Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor | Ini pun cerita bulan Januari yang lepas. Sebelum petangnya ke Kafe Pink Zalynz Oven, ciksun dengan adik and anak-anak buah pergi jalan-jalan dekat nursery area Sungai Buloh. Adik yang nak cari pokok indoor sebenarnya. Ciksun takde nak memburu pun. Tapi alang-alang adik nak cari pokok indoor, kita pun cuci mata sekali. Kalau ada yang berkenan, boleh la ikut balik Johor. Haha!

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Eh, yang dalam gambar tu memang ikut balik Johor pun! Cuma pokok-pokok keladi tu pemberian sahabat keladi, Rizz Sufian. Tak beli dekat nursery, dia datang bawak sekotak terus ahahahah! Ciksun dulu banyak bagi anak keladi dekat dia jugak, kira sistem barter lah ni, saling swap pokok keladi. Dia pun datang Shah Alam tu sebab nak ambil pokok keladi yang dikirim dari Sarawak. Ada anak-anak pokok lebih kat kampung, ciksun bagi juga pada dia Tiger Stripes dan seketul ubi rahsia. Haha, kunun nak surprise tapi da hilang tergolek katanya, si Sabo pergi main 🤣

Hari yang sama Rizz datang, ciksun dengan adik pun pergi Sungai Buloh. Budak dua ketul Aisyah Sarah mesti la ikut sekali. Ciksun yang drive bawak kereta, sebab adik tak berani lagi nak drive jauh-jauh. Alhamdulillah, dia da dapat lesen beberapa bulan yang lepas. Senang nak pergi balik kerja or bila-bila emergency. Tu pun jarang-jarang sangat lah dia drive.

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Masa nak ke Sungai Buloh tu ada pulak drama dalam kereta sebab seketul Aisyah nak pakai cermin mata hitam jugak bila tengok bunda pakai. Dia pun silau jugak katanya, sampai nangis-nangis tak dapat cermin mata. Hahaha!

Jemput la tengok gambar, tak banyak snap pun sebab sibuk tengok pokok! 🤣

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Kitorang pergi nursery yang dekat tepi highway, guna waze aje sebab serius tak tahu nursery dekat mana yang banyak keladi. Then pergi area kampung, jumpa la beberapa nursery kat Facebook. Paling best la yang banyak gila keladi Black Magic besor-besor dari Aisyah Sarah tu. Rupanya lagi best dekat area Pusat Kawalan Kusta Negara, orang cakap. Tapi kitorang tak sempat sampai ke situ, dah kena balik rumah sebab petangnya nak ke Zalynz Oven pulak.

So, pokok apa yang ikut balik rumah adik?

Haaa, dia beli Aglaonema dengan Calathea, ciksun belanja jugak Marble Pothos.

Memburu Keladi di Sungai Buloh, Selangor

Penuh kat tepi meja makan dia, ada jugak pokok yang Rizz bagi, ciksun tanamkan untuk dia terus. Sebab pokok-pokok tu sesuai letak indoor. Dapat cahaya sikit dari tingkap tepi meja makan tu.



Ok la, lepas ni kalau ke Shah Alam lagi, nak ajak adik jalan-jalan dekat nursery area PKKN pulak!

Cuci mata aje, janji!

Post a Comment

5 Comments

  1. Cuci mata cuci poket sekali ni. Kalau dah sampat takkan tengok je kan. Mesti ada yang ikut balik. Ada geng pulak cari bunga, misi memburu keladi seterusnya akan datang :)

    ReplyDelete
  2. gitu tajuk entry. memburu keladi.. hehe.. lawa2 la keladi2 dia..

    ReplyDelete
  3. Aduh2.. mun mak kamek tauk kewujudan nursery tok abis la nya mintak embak siya, dah ya akit alak mikir giney mok embak pulang ke Bintulu :P kejawak jak seketul Aishah ya mok pakai spek item juak.

    ReplyDelete
  4. Keladi memang tengah hot sekarang ni kan?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com