Wordless Wednesday: Colocasia Pharaoh's Mask

Wordless Wednesday: Colocasia Pharaoh's Mask

Colocasia Pharaoh's Mask

Colocasia Pharaoh's Mask.
Antara yang ekslusif dan kayangan.
Ciksun bergambar dengan pokoknya di City Gardening Special Edition II hari tu.
Event tiga hari dekat Cycle & Carriage Mercedes Benz Showroom, Johor Bahru.

Hari tu jumpa paling murah anak dalam RM108.
Yang induk ni entah berapa lah ya.
Zaman awal masuk Malaysia dulu induknya ribu-riban juga.
Anak kecik pun almost 1k.

Sekarang, harga da semakin turun.
Susah nak maintain harga pasaran Colocasia kat Malaysia ni.
Yang senang beranak, senang bersulur akan jatuh harga.
Yang jenis susah beranak, susah nak dapat, susah nak jaga, harga masih mahal.

Tak macam kat Thailand or luar negara.
Diorang memang jaga harga semua Colocasia supaya tak jatuh merudum.

Hari tu, ciksun dapat anak kecik cinonet bawah seratus.
Mintak kat boss korek yang dalam pasu.
Hahaha, buruk benor perangai ek, tapi kalau tak cuba, mesti tak dapat.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah juga.

Dah boleh berhenti membeli agaknya.
Sebab ni yang paling teringin.
Masa untuk mula menjaga dan membiakkan pula.
Semoga hidup subur dalam jagaan ciksun.
Ameen.

Post a Comment

5 Comments

  1. Cantikkkkk...memang x ingat la keluarga2 keladi ni...apatah lagi nama- nama dia..

    ReplyDelete
  2. kalau dah minat..korek dalam pasu pun boleh. semoga pokok keladi colocasia pharoah cik sun menjadi cantik

    ReplyDelete
  3. dasyat pokok keladi nya lagi besau dari muka cik sun .hahhaha.

    ReplyDelete
  4. Sebagai petani, wak masih tak berminat dengan keladi hiasan ni.
    Satu masa nanti dia jadi biasa2 aje untuk dipandang sebelah mata

    ReplyDelete
  5. Tengok rupa dia dah boleh agak betapa kayangan harga dia. Kalau harga dari Thailand memang mahal dan dorang jaga harga pasaran.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com