Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru | Ciksun baru aje balik dari Bintulu, Sarawak, Ahad lepas. Tak tipu la kalau cakap, da start homesick. Rindu kampung halaman dan keluarga bila bangun tidur hari Isnin, suasana rumah mamak hilang terus dari pandangan. Allahu. Dah tu, pagi-pagi bangun, lapar dia bukan main lagi. Kalau kat kampung, kul 6.30 pagi dah dekat dapur dah siapkan sarapan. Langit dah terang. Balik Johor, perut kena re-adapt semula dengan sarapan lewat sikit.

Walaupun baru aje balik dari kampung, rindu dengan makanan Sarawak tu sentiasa ada. Memang bagai pucuk dicita, ulam mendatang bila pergi makan malam dengan kengkawan dekat Doubletree by Hilton Johor Bahru sehari lepas balik dari kampung. Sebabnya, dari 8 Mei sampai 30 Jun 2022, diorang ada buat Weekdays Buffet - Best of Borneo Flavours dekat Makan Kitchen. Weehuuu! Ciksun happy sangat sebab dapat ubat homesick kat sini. Haha!

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Sebabkan balik Sarawak hari tu tak sempat makan Mee Kolok, memang ciksun terus amek Mee Kolok as first menu. Uniknya dekat sini, Mee Kolok dia ada dua jenis sup. Uols boleh pilih nak Sup Ayam atau Sup Tomyam. Wahhhh, bulat mata ciksun dengar ada Sup Tomyam. Hahaha! Tapi ciksun pilih Sup Ayam ajeee. Hihi. Sedap jugak Mee Kolok dia, uols boleh curah sup tu sikit-sikit atau tuang aje semua sekali. Pasti hirup sampai licin mangkuk ๐Ÿ˜†

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Walaupun sehari sebelum balik dah makan Laksa Sarawak kat rumah, ciksun cuba jugak Laksa Sarawak dekat sini. Hihi. Uols boleh pilih condiments apa yang uols nak, sambal pun ada. Tapi ciksun jenis simple, amek hirisan telur dengan cebisan ayam aje. Tanpa sambal pun dah pedas weiii! Hahaha! Sedap jugak dan berasa lah Laksa Sarawak nya tu, ok la buat melepas rindu.

Selain daripada menu ni, diorang ada jugak Ambuyat stail Sabah dan Brunei makan (bersama Singgang Ikan), ada Umai Udang dan Ikan, ada Manok Pansuh, Sup Manok, Udang Masak Tuhau Cili Api, Sambal Terung Sarawak dengan Ikan Masin, Roasted Beef Tenderloin cicah Sos Lada Hitam Sarawak, dan banyak lagi! Nah ciksun share gambar-gambar selebihnya.

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Ubat Rindu Makanan Sarawak di Best of Borneo Flavours, Doubletree by Hilton Johor Bahru

Kek Lapis Sarawak pun ada! Hihi. Ciksun jenguk jugak ABC dia, kalau ada ABC Special macam kat Bintulu tiap kali bulan Ramadan, best jugak kan! Tapi boleh aje kita buat sendiri kat sini sebab ABC kan always DIY, atau bahannya ikut citarasa kita. Ok lah, kalau uols nak try menu-menu Borneo dekat sini, boleh terus buat tempahan!



Best of Borneo Flavours @ Doubletree by Hilton JB
Makan Kitchen, Lobby Level
8 Mei - 30 Jun 2022
Ahad - Khamis | 6.30 pm - 10.00 pm

RM108 nett per Dewasa
RM54 nett per Kanak² (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)

Untuk tempahan atau pertanyaan:
☎️ +607-268 6868
๐Ÿ“ง JohorBahru.FB@hilton.com

Post a Comment

3 Comments

  1. Wawww, boleh laa melepas rindu yer, Udang besar macam kat Telaga Ayer ada tak, hehe, saja je tanya, sebab baru makan udang kat Telaga Ayer aritu...

    ReplyDelete
  2. Alamak..nampak sedap semuanya wakkk..terliur kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com