Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor | Seumur hidup ciksun lah kan, rasanya ni kali pertama ciksun makan malam dengan layanan yang penuh ekslusif. Seakan-akan ada butler yang attend ciksun dari mula-mula duduk kat meja makan sampai lah ciksun habiskan pencuci mulut. Lagi buat pengalaman ni sangat istimewa, restorannya hanya terletak kat bandar sibuk Taman Ungku Tun Aminah aje, terselit di celah-celah deretan kedai depan Tasek Central tu.

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Dari luar, restorannya memang nampak privacy sikit, guna pintu kayu yang ade lubang sikit-sikit aje. So, orang luar takde la tengok kita tengah nganga mulut nak makan oyster. Haha! Bila masuk dalam, haaa lagi la rasa ekslusif dia tu. Restoran ni hanya menerima pengunjung secara tempahan, tak ada walk-in. Limited seats available, dalam 10 groups of customer pada satu-satu masa.

Kenapa?

Sebab konsep diorang, every customer yang datang akan dilayan sepenuhnya dari awal sampai akhir. Setiap kali tempahan makanan kita sampai, diorang akan explain tentang makanan tu supaya kita tahu ape yang kita makan. Dari segala ramuan hingga ke cara penyediaan dan cara terbaik untuk kita menikmati hidangan tersebut. Haa, now dah percaya ke rasa macam ada butler kat tepi meja ๐Ÿ˜‚

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Menariknya, owner restoran ni dah travel ke serata dunia untuk betul-betul ambil pengalaman kulinari. Hampir setiap hari, Michael akan buat "eksperimen" ke atas makanan di tingkat atas restoran ni. Hidangan yang disediakan kat sini mostly guna ramuan dari India, Indonesia dan Sri Lanka. Menu-menu tempatan diubahsuai dengan teknik masakan moden yang menyerlahkan lagi rasa makanan tersebut.

Hari tu, ciksun makan dengan kawan-kawan, diorang nak raikan ciksun dah Viva Voce PhD dan alang-alang celebrate birthday ciksun sekali. Nah ciksun share beberapa keping gambar menu yang tersedia dekat sini.

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

Makan Malam Ekslusif di NATIVE Restaurant, Skudai, Johor

First time ciksun boleh makan Fresh Oyster tanpa rasa menyesal. Sebelum ni pernah jugak try Fresh Oyster tapi sebab tak reti nak season kan dengan ape, rasa hanyir oyster tu buat kita rasa nak keluarkan balik dari mulut. Haha! But kat sini, diorang gunakan special Calamansi Sauce untuk curahkan atas Fresh Oyster tu. Masa mula-mula sampai kat meja ciksun, memang dah menusuk hidung dah bau oyster. Seram jugak ciksun nak mencuba. Tapi sebab Sis Lin cakap lain gilaaa bila makan dengan Pink Ginger tu, ciksun pun beranikan diri untuk rasa.

Wowww, Calamansi Sauce dengan Pink Ginger tu padanan yang hebat untuk Fresh Oyster! Mati terus bau hanyir oyster tadi. Aaaa, sedapppp rupanya Fresh Oyster ni! Akhirnya ciksun dapat nikmati kebahagiaan rasa oyster sebenar ๐Ÿ˜‚

Seriously, sedap-sedap semua menu kat sini. Pasta tu pun mengejutkan! Ciksun tak sangka, bau Truffle Oil yang kuat masa menu tu sampai depan ciksun langsung tak mengecewakan bila dah sua masuk mulut. Sedap rupanya bila gaul Truffle Oil dengan pasta! Boleh lah ciksun cuba masak nanti sebab kat rumah memang ada Truffle Oil, ciksun biasa pakai untuk bakar daging aje. Tu pun belajar dari Korean artist, si budak Rain ๐Ÿ˜‚

Kat sini korang boleh buat tempahan untuk makan set 3 course (RM198), 4 course (RM288) atau 6 course (RM398). Nak tengok menu-menu yang ada dalam course ni boleh belek kat Facebook Blog Sunah Sakura ekk.



Kalau uols nak datang makan kat sini, buat tempahan lebih awal ya! Waktu operasi diorang pun bukan macam restoran biasa. Dia ikut style Japanese restaurant masa ciksun gi Jepun dulu, buka hanya pada waktu lunch dan dinner sahaja. Restoran ni No Pork, No Lard, bahan-bahan digunakan untuk memasak adalah halal dan tanpa alkohol. But they do serve wine to non Muslim customer. So, datang dengan kerelaan masing-masing ya.

Nah details:

NATIVE Restaurant

Buka Selasa - Ahad
12 pm - 2.15 pm Lunch
6 pm - 9.15 pm Dinner
Isnin TUTUP

Call for reservations: 011-1099 1976

Post a Comment

1 Comments

  1. letups Cik Sun makan kat restoran kayangan. Butler tu hensem tak? hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com