Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru

Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru

Sedap Bethollll Menu Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru | Agak-agak cuti panjang weekend Hari Malaysia nanti nak pergi mana uols? Tinggal esok aje, hari kerja. Jumaat dah cuti dah, bersambung Sabtu dan Ahad. Mesti ada yang dah buat planning jalan-jalan dengan family or kawan-kawan kan?

Uols kalo ada plan nak pergi jalan-jalan ke Desaru atau melintas Desaru, boleh jugak pergi makan-makan sambil bergosip dekat Four Points by Sheraton Desaru! Istimewa sempena musim Kemerdekaan dan Hari Malaysia, diorang ada Malaysiaku Afternoon High Tea sampai 30 September 2022 ni tau!

Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru

Ciksun dah cuba masa staycation kat sana sempena cuti JDT menang hari tu. Ha tiberr, boleh pergi bercuti awal ek konon-konon dah tahu JDT akan menang lawan Terengganu. Jangan lah percaya, itu semua takdir Allah menjadikan cuti peristiwa tu kebetulan jatuh hari Ahad.

Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru

Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru

Four Points by Sheraton Desaru ni berkolaborasi dengan BOH untuk set hi-tea diorang. Berpeluanglah ciksun merasa teh BOH Hibiscus Zest dan teh BOH Gunung Chantik. Merah warna teh Hibiscus Zest tu sebab bunga raya rasmi Malaysia kan warna merah. Ada rasa masam-masam sikit, sedap minum panas-panas. Teh BOH Gunung Chantik tu rasa macam Earl Grey tea, dia tawar-tawar tapi takde rasa pahit teh. Dua-dua ni minum tanpa gula pun dah sedap!

Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru

Menu-menu highlight dalam set hi-tea ni adalah BOH Chamomile Tea Scones, Wagyu Slider, BOH 'Teh Tarik' Creme Brulee, Smoked Salmon & Sour Scream Croissant, Open Face Multi Grain, Brie & Onion Jam, dan Tuna & Egg Kyuri Rolls. Ciksun paling suka scones dengan Wagyu Slider tu! Sedap gilerrr. Agaknya kalo ada scones tu aje pun ciksun boleh makan berketul-ketul. Tak keras scones dia, lembut aje. Sedap makan dengan butter, whipped cream dan jem strawberi.

Malaysiaku Afternoon High Tea di Four Points by Sheraton Desaru

Wagyu Slider tu paling terbaikkkk! Allahu, nak nangis rasa bila makan sebab sedap sangattt 😭 Roti slider tu pun lembut aje, daging tu pulak juicy dan terasa mahal dagingnya. Kesemua menu yang ada dalam set ni termasuk Cheese Cake dan Chocolate Tart tu pun sedappp! Very recommended untuk uols cuba! Kalau uolstak suka teh, nak pilih kopi pun boleh! Diorang ada jugak pilihan beberapa minuman berasaskan kopi untuk uolsss!

Berapa harga set ni?

Malaysiaku Afternoon High Tea
Four Points by Sheraton Desaru
Setiap hari sehingga 30 September 2022
3 - 5 petang

RM99nett untuk 2 orang

Buat tempahan terus di:

Post a Comment

5 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com