Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru | Dua hari lepas, ciksun renew passport lama yang dah expired bulan Disember 2021. Orang lain dah berkurun renew, ciksun baru nak buat. Haha. Nak renew ni pun ada kisah seram di sebaliknya tau, bukan semudah ABC. Tapi yang tak mudah tu bertukar jadi mudah gilerrrrr bila dah selesaikan kisah menyeramkan tu.

Sebelum apply MyOnline Passport, ciksun pergi ambil gambar passport dulu dekat kedai gambar biasa. Kat Taman Universiti, Skudai ada banyak kedai gambar yang boleh shoot gambar passport. Bagitahu siap-siap dekat kedai tu, ciksun nak buat gambar passport. Diorang dah sedia tahu dah, background gambar wajib warna putih. Tudung pun ciksun pakai siap-siap warna hitam dari rumah. Ambil gambar, then tunggu 20 minit, diorang terus send gambar dekat e-mail dan bagi 4 keping gambar hardcopy, kena bayar RM20.

Hari Isnin, ciksun pun bukak website MyOnline Passport. Klik dekat Semak Kelayakan Permohonan dulu, untuk pastikan kita ni 13 tahun ke atas. Untuk pemohon berumur bawah 18 tahun, kena ada details Penjaga sekali. Maklumat ni semua korang boleh baca dekat Permohonan Passport tu. Masukkan nombor passport lama, jenis passport, nombor kad pengenalan dan juga jenis kad pengenalan. Then tekan cari.

Haaa, time ni lah ciksun masuk ke alam menyeramkan bila dapat notifikasi atas website tu, "Permohonan Tidak Dapat Diteruskan. Rekod tidak dijumpai dalam myIDENTITY. Sila Rujuk Pejabat Imigresen."

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Terus ciksun whatsapp Sis Lin, tanya dia macam mana dia buat hari tu. Ciksun punya tak lepas and kena rujuk Pejabat Imigresen pulak. Hadoiiii! Macam mana tah rekod takde dalam MyIdentity tu. Nak kena register dulu ke hapeee. Padahal sebelum ni dah pernah dah buat passport. Berapa kali ciksun cuba, still tak dapat. Then google pun tak jumpa jawapan. Ciksun pasrah. Nak tak nak, esok kena pergi jugak ni Pejabat Imigresen.

Kembali buat kerja harian macam biasa. Then malam tu dalam pukul 11 lebih ciksun bukak lagi website, kot la tiberr boleh kan. Mana la tahu ada problem ke dengan sistem siang tadi. Masa ni la ciksun menyedari sesuatu yang kelakor sekali. Rupa-rupanya ciksun tersalah masuk nombor IC ciksun woiiii!!! Mana ada tarikh 32 Julai!!! Ciksun TER-terbalikkan angka 2 dengan angka 1 dalam nombor IC tu. Wakakakakkakakakakkakakkakakakk!

Bila da betulkan, baru la lepas. Then follow the flow, isi semua details dan masukkan aje gambar passport yang baru buat tu. Submit, then kena bayar RM200 untuk permohonan biasa 13 - 59 tahun (Warga Emas 60 tahun keatas: RM100) bagi tempoh 5 tahun. Tapiiiiiii, transaksi bayaran tak boleh dilakukan dari 10:55pm - 12:30am sebab ada penyelenggaran sistem setiap hari. Kalo nak buat bayaran, kena buat selepas 12:30am. So ciksun pun tidur.

Terjaga pukul 4.30 pagi, ciksun terus buat bayaran RM200 😂 Dekat resit, nampak pukul berapa kita bayar. Agaknya mesti pegawai imigresen tu tergelak tengok. Resit tu korang kena print yeeee untuk tuntut passport nanti. Tapi da bayar tu belum pasti lagi tau lulus ke tak. Kena tunggu email dari pihak imigresen pulak untuk status permohonan passport.

Dalam pukul 10.11 pagi, ciksun dapat email dari Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Pasport. Alhamdulillah, permohonan ciksun LULUS, yahooooo! Tengahari tu jugak ciksun pergi Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika untuk pungut passport baru. Ciksun tengok waktu pejabat dekat google, dari pukul 8 pagi - 10 malam. Tapi rupanya diorang rehat waktu tengahari, dan buka semula pukul 2 petang. Mujur juga ciksun datang tu pukul 1.33 tengahari gitu. And ciksun orang pertama kat barisan MyOnline Passport. Tunggu je la diorang bukak kaunter nombor giliran pukul 2 petang.

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Ada dua jenis kaunter kat bawah tu, satu untuk yang dah buat MyOnline Passport, satu lagi kaunter untuk Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah, pelajar yang akan menyambung pengajian, dan jemaah haji sebab line ni untuk dapat pengecualian RM100 (tak boleh buat permohonan online). Make sure masuk baris dekat line MyOnline Passport yeee. Bila kaunter bukak aje, terus pegawai kat situ panggil. Ciksun bagitahu nak claim passport dan tunjuk resit. Pegawai tu bagi nombor giliran, kena naik ke tingkat 3 dan letak resit dekat Kaunter 11. Okay!!!

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Ciksun naik lif ke tingkat 3, Kaunter 11 ke sebelah kiri lepas pintu masuk tu aje. Pegawai kat kaunter tu memang tengah kumpul segala resit, jadi ciksun dapat bagi terus resit bayaran kat dia. Dia cakap tunggu sekejap, nanti nama akan dipanggil. Dalam tak sampai 10 minit, dia da panggil nama ciksun. Pergi kaunter dan bagi passport lama. Dia gunting passport lama tu sebagai tanda dah tak boleh digunakan, then tunjuk passport baru. Ciksun diminta semak segala maklumat yang ada dalam passport tu, pastikan betul sebelum tandatangan.

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Bila dah tandatangan dekat borang serahan passport, dia suruh buat pengesahan cap jari pulak. Cap jari kanan approved ✅. Cap jari kiri tak dapat detect ⚠️. Hahaha! Pegawai tu suruh lap kejap jari and try letak balik. Ok, approved ✅!

"Ok, dah, tu saje."

Wowww, sangat cepat dan mudah ye proses pungutan passport sekarang! Tak lama tunggu bila kita dah apply online guna website kalau permohonan kita takde sebarang masalah. Ada yang mungkin gambar masa online tu tak lepas, kena ambil gambar semula dekat pejabat imigresen. Tapi still mudah aje proses nya. Alhamdulillah.

Tak Sampai Sejam, Pungut Passport Baru di Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika, Johor Bahru

Begitu lah pengalaman ciksun ambil passport baru dekat Pejabat Imigresen Taman Setia Tropika. Sini cuma tu lah, parking kena kat luar kawasan KDN tu. Takde parking disediakan kat kawasan dalam KDN, semua untuk kakitangan diorang aje. Alhamdulillah ciksun dapat parking dekat juga masa tu, jalan kaki sikit masuk dalam. Kat sini kawasan MBJB, guna MBJB Spot Apps untuk bayar parking, sejam RM0.60 jeeee! Ciksun ingat lambat lagi, nak dekat sejam tu ciksun pergi la tambah lagi 30 minit. Dah membazir RM0.40 ahahahha!

Ok lah, moga bermanfaat untuk korang yang nak renew passport!

Post a Comment

8 Comments

  1. Pantas ni..pukul 4.30 pagi bayar, pukul 10 pagi dah dapat email lulus.
    Bagus juga share pengalaman seram tu, buat ingatan/panduan yang lain. Hehe

    ReplyDelete
  2. 40sen pun nak kira...
    Pakkal masa ko tanya aku tengah drive, kalau tak, memang kena sedasssss gak dengan aku masa tu hahahaha dah kata check check eeeee ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo 100 orang, da RM40.00....eh hahahahahahha

      Delete
  3. hahaaha hoyeee akhirnyaaa... dah bole packing dah ni :D

    ReplyDelete
  4. memang parking je bermasalah kat situ. lemah lutut menapak dari parking ke pagar, pastu menonggek panjat bukit pulak..

    ReplyDelete
  5. Waktu macam tu senang tak sesak orang online kan. Hihi..saya punya pun dah expired mac 2021 tak silap. Tapi belum renew lagi. Takde plan nak kemana kita bekukan dulu. Senang boleh buat online.Datang² pickup je.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com