Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru | Hari Deepavali dah nak dekat ni, mesti ada yang nak cari port best makan Indian food kat area Johor Bahru kan? Nak makan-makan dengan family atau kawan-kawan, sekali-sekala makan dekat luar pun best juga.

Ajommm lerr ke Renaissance Johor Bahru Hotel! Diorang ada buat buffet makan malam Colors Of Rangoli sepanjang bulan Oktober ni hingga November nanti! Macam-macam menu masakan India disediakan, tanpa melupakan menu-menu wajib diorang yang biasa ada juga.

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Antara menu yang korang kena cuba nanti adalah Lamb Rogan Josh dia, makan pulak dengan Lamb Dum Biryani Rice, fuhh rasa tengah makan dekat Mumbai. Haa tiberrr! 😆 Nak buat macam mana kan, memang serius sedap sangat-sangat. Daging kambingnya lembut, nasi biryani pun gebu dan sempurna rasa rempahnya. Padanan yang sangat-sangat bagai ladu dibelah dua. Hah! 🤣

Kalau tak nak makan dengan menu berkuah, korang makan lah dengan Roasted Whole Lamb Leg Tandoori, Kerala Baked Fish with Masala atau Ayam Tandoori dia. Ketiga-tiga ni pun sedap yeee, sekali lagi menu kambing dari kategori ni menjuarai hati ciksun, seriusss terbaikk! Slipper Lobster Pepper Masala, Amitsari Prawn, Murtabak Kambing, roti Poori, aneka Muruku, Chicken/Seafood Butter Curry Pizza, Teh Masala Chai juga antara menu yang wajib uols cuba!

Nah ciksun share serba sedikit gambar menu yang ada.

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Selebihnya, korang boleh belek aje kat Facebook page Blog Sunah Sakura, ciksun upload kat situ semua menu yang ciksun nampak masa makan kat sana hujung minggu lepas. Macam biasa, harga hari biasa berbeza dengan hari minggu ye. Oyster pun ada pada hari Jumaat & Sabtu aje. Jangan kang korang pergi hari biasa, marah ciksun pulak bila oyster nya takdeee 😌

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Sedapnya Indian Food di Colors of Rangoli Dinner Buffet, Renaissance Johor Bahru

Dinner ni ada dekat Cafe BLD tau, cantik hiasan restoran ni sempena Deepavali yang akan tiba tak lama lagi. Ada kolam Deepavali terletak elok depan restoran selepas pintu gerbang bertemakan Deepavali tak jauh dari cashier counter. Korang boleh tengok kalo datang makan kat sini nanti.
  
Jemput-jemput, book meja uols now, now, now!

Colors of Rangoli Dinner Buffet
Cafe BLD, Lobby Level, Renaissance Johor Bahru Hotel

🗓 Ahad - Khamis
🕰️ 6:30pm - 10:00pm
🏷 RM98 nett per Dewasa
🏷 RM49 nett per Kekanak (6-12 tahun)

🗓 Jumaat & Sabtu
🕰️ 6:30pm - 10:00pm
🏷 RM138 nett per Dewasa
🏷 RM69 nett per Kekanak (6-12 tahun)

 35% discount untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru

Post a Comment

5 Comments

  1. Terliur nengoknya. Saya suka jugak Indian food sebab diorang bubuh macam-macam rempah. Secukup rasa

    ReplyDelete
  2. Sedap ni masakan berempah. Tandoori tu ratah je pun sedap. Nasi beriyani pun banyak pilihan lauk pauknya. Sedap sedap sedap!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com