Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Bufet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia | Ni kali pertama ciksun jumpa ada Ayam Perchik Johor dalam menu bufet Ramadan setakat yang ciksun pergi preview dia. Sebelum-sebelum ni mesti Ayam Perchik Kelantan yang dihidangkan. Ciksun pulak dah lama sangat tak makan Ayam Perchik Johor, biasanya kitorang beli dekat pasar malam taman rumah ciksun ni dulu-dulu. Entah bila kali terakhir makan, ciksun dah tak ingat dah. Sampai lupa yang Johor pun ada Ayam Perchik dia sendiri.

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Kalau korang nak try Ayam Perchik Johor, boleh datang berbuka puasa dekat Feast of Heritage Buffet, restoran Caprillicous, Capri by Fraser, Johor Bahru / Malaysia pada bulan Ramadan nanti. Puas hati ciksun makan Ayam Perchik Johor kat sini, dia punya kuah perchik tu yang sedap sebenarnya. Selain daripada Ayam Perchik Johor, diorang ada hidangkan menu-menu tradisi asli Lamb Shank Briyani, Whole Lamb Carcass (BBQ Counter), Boneless Leg of Lamb, Lamb Rogan Josh, Udang Bakar Tempoyak, Rendang Ayam, Daging Palembang, Lele Penyet, Penang Loh Mee, Murtabak Ayam & Daging, dan banyak lagi!

Meriah ye depan restoran dengan BBQ counter. Kambing Golek besorrr, barisan Satay dengan segala Nasi Impit dan Kuah Kacang, kebab Ayam untuk Shawarma paling tinggi ciksun jumpa kat sini, then berderet pilihan menu BBQ dia, segala Sosej, Daging Lembu, Daging Kambing, Ikan, Otak-otak dengan Pepes. Rambang mata nak pilih ambik apa, boleh lah amek seketul setiap satu. Haha! 

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Penang Loh Mee tu pun first time ciksun cuba. Nak makan dia, self service kat sini, korang pilih mee apa korang nak dengan condiments dia, then celur sekejap dalam air panas yang disediakan. Bila da lembut segala bahan tu, boleh la angkat dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk yang disediakan dan tuang kuah sup Penang Loh Mee. Refreshing and comforting, light-light je rasa dia, korang boleh letak Garlic Oil atau Sesame Oil, ciksun suka bila kak Ajan letak dua minyak ni. Sedap aromanya dan menaikkan selera.

Dia punya Murtabak Daging pun ciksun suka jugak. Bukan senang ciksun nak suka murtabak sebab sejenis tak suka ada bawang hidup dalam makanan yang nak dikunyah. Tapi mostly, murtabak yang ciksun jumpa dalam bufet Ramadan tahun ni lebih banyak isi daging or ayam berbanding bawang tu. So, ciksun boleh telan dengan gembiranya. Kat Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia ni pulak "kulit" murtabak tu crispy aje, sedappp! Diorang sediakan dengan Kari Ayam, tapi makan gitu aje pun dah sedap dah!

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Buffet Ramadan 2023 - Feast of Heritage @ Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia

Yang tak kurang meriahnya, bahagian pencuci mulut diorang jugak. Banyak betul pilihan Kuih-muih, Kek, Puding, dan Kuih Raya. Korang masuk restoran aje terus nampak depan mata. Sangat menggembirakan hati yeee orang yang tengah berpuasa bila nampak yang indah-indah dan manis-manis tu. Haha! Kalau nak ABC dengan Buah-buahan, boleh masuk ke dalammm sikit, nanti mesti jumpa! Belek gambar-gambar dekat FB page Blog Sunah Sakura kalau nak tengok ya!

Jemputtt datang nanti tau!

Feast of Heritage Buffet

📍 Caprilicious Restaurant, Capri by Fraser Johor Bahru / Malaysia 
🗓️  26 Mac - 18 April 2023
🕡  6.30 pm - 9.30 pm

🕊️ Promosi Early Bird (sehingga 26 Mac 2023 atau 1000 pembelian terawal)
RM148 nett per Dewasa

💸 Harga Biasa
RM158 nett per Dewasa
RM130 nett per Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM86 nett per Kekanak (7-12 tahun)

*PERCUMA untuk Kekanak 6 tahun ke bawah

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 +6019-773 2163
📧 Fnb.cfjohorbahru@capribyfraser.com

*All inquiry and reservation will be confirmed ONLY by Food & Beverage Department

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com