Bufet Ramadan 2023 - Seafood Buffet Santapan Bara @ Restoran Bara, Stulang, JB

Bufet Ramadan 2023 - Seafood Buffet Santapan Bara @ Restoran Bara, Stulang, JB

Bufet Ramadan 2023 - Seafood Buffet Santapan Bara @ Restoran Bara, Stulang, JB | Ape? Belum habis lagi ke cerita bufet Ramadan? Hahaha! Esok dah nak puasa, of course lah masih rancak! Kot-kot ada lagi yang belum tahu nak berbuka puasa kat mana dengan keluarga or kawan-kawan pada bulan Ramadan nanti kan! Kadang-kadang tu memang takde idea nak berbuka puasa apa atau dekat mana, lagi-lagi yang bekerja area JB. Takut tak sempat nak balik berbuka kat rumah, boleh lah ciksun bantu bagi idea.

Jommmm, this time ciksun nak ajak korang berbuka puasa dengan menu-menu "dari laut ke dapur Bara" dalam bufet buka puasa Seafood Buffet Santapan Bara di Restoran Bara Stulang JB! Ala, tak jauh dari McD Stulang tu jugak haaa. Dekat aje dengan Vantage Bay yang ciksun pergi hari tu. Nak parking tepi-tepi jalan aje or depan restoran ni. Memang agak pack la kalo bulan puasa nanti kan, tapi kat sini diorang boleh muatkan sehingga 80 orang aje untuk waktu berbuka. So, insya'Allah ada la tu tempat parkingnya.

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Kalau korang datang iftar dekat sini nanti, korang akan dijamukan dengan juadah-juadah lazat seperti Ikan Pari Bakar Sambal, Udang Buttermilk, Udang Masak Lemak, Siput Sedut Masak Black Pepper, Kupang Stim Halia, Ketam Sweet Sour, Sotong Masak Sambal, Tomyam Putih Udang, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Kambing Golek, Stu Daging dan macam-macam lagi! Haa, nampak tak beberapa menu pertama tu semuanya makanan laut! Ye lerr, dah namanya Seafood Buffet Santapan Bara ๐Ÿ˜†

Nah ciksun share beberapa keping gambar menu kalau korang nak bukti ek!

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Buffet Ramadan 2023 @ Restoran Bara, Stulang, JB

Fuhh, paling puas hati menu Ketam Sweet Sour tu sebab besar-besar saiz ketam dia. Lepas tu hampir semua ketam ada telur! Weehuu! Udang Buttermilk pun sedap, ciksun suka! Macam Ibah masak! Tomyam Putih Udang dia sedap, cuma sedikit manis untuk ciksun. Ikan Pari Bakar pun besarrrr, sambal dia sedappp! Kitorang makan kongsi-kongsi tiga orang sampai licin. Kambing Golek kat sini korang kena cuba, dia punya pencicah tu unik yeee, Mint Sambal. Sambal campur Mint Sauce, haa macam tu lahh! Tapi ciksun tak sempat nak ambik gambarnya, entah lah kelam kabut nak makan ๐Ÿคฃ Lagi gambar dan video, korang boleh rujuk post FB Blog Sunah Sakura ya!

Untuk korang yang datang berbuka puasa kat sini, team Restoran Bara ada buat cabutan bertuah jugak tau! Setiap minggu, pada hari-hari tertentu, seorang pengunjung akan dipilih secara rawak untuk memenangi beg Rizman Ruzaini! Perghhh, siapa nak bagi free-free kan? So, korang kena datang lah secara rawak jugak berbuka puasa kat sini nanti ๐Ÿ˜‚ Semoga ada rezeki korang nak bergaya dengan beg RR pada hari raya nanti, ameen!

Nah details!

Seafood Buffet Santapan Bara
๐Ÿ“ Restoran Bara Stulang, Johor Bahru

๐Ÿ—“️ 24 Mac - 22 April 2023
๐Ÿ•– 7:00pm -  9:30pm

๐Ÿ’ธ Harga Bufet
RM59.90 per Dewasa
RM39.90 per Kekanak (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)

✨ Boleh muat sehingga 80 orang dalam satu masa

๐Ÿ“ Ruang solat ada disediakan tapi better ambil wudhuk dari rumah dan jaga wudhuk sampai azan Maghrib ya!

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ฑ 014-722 4205 | 017-755 2049

Post a Comment

0 Comments