Bufet Ramadan 2023 - Citarasa 4 Juadah @ Four Points by Sheraton Desaru

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa 4 Juadah @ Four Points by Sheraton Desaru

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa 4 Juadah @ Four Points by Sheraton Desaru | Dikenali dengan tagline "Terbukti Sedap & Confirm Jadi", ramai dah mencuba resepi-resepi kak Yatiekitchen dan memang terbukti menjadi bila tanya feedback diorang. Ciksun tak pernah lagi try mana-mana resepi kak Yatie, tapi dah pernah makan Daging Dendeng yang guna resepi bulat-bulat kak Yatie. Sumpah sedap sangat!

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Kalau korang nak rasa menu-menu khas guna resepi kak Yatie ni, ciksun rekemen untuk korang masukkan bufet Citarasa 4 Juadah dekat Four Points by Sheraton Desaru dalam list untuk berbuka puasa bulan Ramadan nanti. Istimewa tahun ni, Sous Chef Zulkifli Sulong dan team membawakan 4 tema juadah dari 4 bahagian di Malaysia - Utara, Selatan, Timur dan Barat, juga dengan menu-menu signature dari resepi asal kak Yatie: Sambal Tempoyak with Ikan Goreng Garing, Varuval Chicken, Daging Dendeng, dan Pais Tempoyak Cili Padi Ikan Siakap Bakar.

Ciksun ulang lagi sekali, sedap gila weiii Daging Dendeng resepi kak Yatie Kitchen!

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Kalau Daging Dendeng pun dah sedap, apatah lagi menu-menu yang lain tu kan! Selain daripada menu resepi kak Yatie, korang boleh juga cuba Bubur Lambuk dan Laksa Terengganu, Nasi Kerabu Kelantan, Mee Kolok Sarawak, Nasi Daging Utara, Nasi Beriyani, Lontong, Laksa Johor, Nasi Ambeng, Beef Bolognese & Arabiatta, dan banyak lagi menu dari 4 zon utama Malaysia. Suami ciksun suka betul Rendang Ayam kat sini, makan dengan lemang dan ketupat palas, memang mantulll! Dah rasa macam hari raya terus!

Takde Kambing Golek ke? Eh, adaaaa! Kambing Golek dengan Seafood on Ice dihidangkan setiap hari sepanjang Ramadan nanti dekat The Mesh Restaurant kat sini tau! Korang boleh makan Kambing Golek tu dengan Nasi Kerabu, kuah tumis tu padanan yang sesuai bila makan dengan hirisan kambing bakar. Ada jugak bahagian bakar-bakar dekat luar sebelah pool tu selain dari Kambing Golek, situ ada Satay, Ikan Bakar, Ayam Bakar, Daging Bakar, Kambing Bakar, Satar dan Otak-otak. Pssst, Kambing Bakar kat bahagian ni pun sedap tau! Ini rahsia kita berdua ye ๐Ÿคซ

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Untuk menutup menu berbuka, korang boleh la cuci mulut dengan Sweet Honey Dew & Sago, Air Batu Campur (ABC), aneka French Pastries, Bubur dan Kuih Melayu. Creme Brulee dia sedap! Oh, ada Serawa Durian jugak untuk para peminat menu berasaskan Durian. Hihi. And sepanjang waktu berbuka tu, korang akan dihiburkan dengan muzik gamelan oleh bakat-bakat dari SMK Bandar Penawar.

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Buffet Ramadhan 2023 di Four Points by Sheraton Desaru

Kalau korang lebih suka berbuka puasa dekat rumah dengan keluarga, boleh juga order Juadah Bersama takeaway set diorang. RM88 nett aje per set, ada 7 menu tradisi dalam set ni, sesuai untuk 3 orang makan. Kalau nak beli kuih raya untuk bagi kawan-kawan, diorang ada jugak enam jenis Eid Cookies yang korang boleh pilih: Pineapple Tart, Coconut, Cashew, Almond Oreo, Matcha Pumpkin Seed, dan Suji. Harganya RM20 nett aje sebalang atau RM108 nett sekotak (ada semua 6 jenis). Order kuih raya ni dibuka sepanjang bulan Ramadan ya!

Kak Yatie Kitchen jugak akan datang pada 1 dan 8 April 2023 untuk sesi live cooking, bole la korang jumpa beliau depan-depan nanti! Belek gambar-gambar menu dekat page FB Blog Sunah Sakura ๐Ÿ’–

Citarasa 4 Juadah Buffet Dinner

๐Ÿ“ The Mesh Restaurant, Four Points by Sheraton, Desaru 
๐Ÿ—“️ 24 Mac - 21 April 2023
๐Ÿ•ก 7.00pm - 10.00pm

๐Ÿ•Š️ Harga Early Bird (sehingga 23 Mac 2023)
RM88 nett per Dewasa
RM44 nett per Kekanak dan Warga Emas

๐Ÿ’ธ Harga Biasa
RM138 nett per Dewasa
RM69 nett per Kekanak dan Warga Emas

✨ Beli 10 Dewasa PERCUMA 1

✨ Nikmati 10% Harga Biasa untuk pengguna kad Maybank, UOB, dan HSBC

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ฑ 017-239 9163

Post a Comment

1 Comments

  1. Kena balik JB la macam ni kalau nak makan berbuka sedap...hehehe...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com