Menu Berbuka 2 Ramadan

Menu Berbuka 2 Ramadan

Menu Berbuka 2 Ramadan | Ni menu berbuka puasa semalam kat rumah mamak ciksun. Ye, masih lagi bersiaran dari Bintulu, Sarawak. Semalam menu macam renyah sikit, seawal pukul 4 petang ciksun dah duduk kat dapur. Start dengan prepare bahan untuk merendang. Bapak ciksun, sejak ciksun jejak kaki kat Miri asyik sebut nak makan rendang bila gi kedai makan kat sana. Malangnya semua kedai takde rendang. Jadi ciksun buat keputusan untuk masukkan Rendang Ayam dalam list menu berbuka puasa.

Menu Berbuka 2 Ramadan
Rendang Ayam Kampung, ayam mamak bela, bapak sembelih.

Menu Berbuka 2 Ramadan
Mee Goreng Daging.

Menu Berbuka 2 Ramadan
Cucur Udang.

Menu Berbuka 2 Ramadan
Lemang.

Menu Berbuka 2 Ramadan
Bubur Pedas.

Menu Berbuka 2 Ramadan

Alhamdulillah.

Penat jugak masak menu-menu yang renyah seorang diri sampai waktu berbuka. Itu pun Lemang tu adik ciksun beli dekat pasar malam, antara menu yang bapak duk sebut jugak dari hari pertama Ramadan. Teringin dia nak makan lemang, tapi hari pertama tu adik tak sempat nak ke pasar malam. Bubuk Goreng dengan Bubur Pedas tu pulak mamak yang masak, dia teringin nak makan katanya. Mujur lah dapur memasak mamak ada 4, memang penuh dapur dengan nak masak air nya lagi. Tapi jadi serabut jugak sebab masih tak reti estimate masa memasak dengan waktu berbuka seawal 6.39 petang.

Rasa macam da betul timing, tapi ye la bila ada pulak menu mengejut, jadi sesak la kat dapur tu. Sinki pulak 1 je, hahahah! Itu yang menyebabkan kena tunggu turn. So hari ni ciksun kena start masak awal sikit lah. Menu tema BBQ pulak hari ni, korang berbuka apa nanti?

Post a Comment

2 Comments

  1. Awal nyambut Hari Raya siap ada lemang dgn lemang hehe. Teringin mok belajar polah bubur pedas. Dolok di Bintulu ada sorang kawan mak kmk nya pandai polah bubur pedas nyaman, selalu order dgn nya utk sungkey sekali dgn bersedekah dgn kawan2 di ofis.

    ReplyDelete
  2. Cuma rendang dan lemang yg familier bagi saya. Menu lainnya belum pernah coba. Penasaran nak rasa bubur pedas ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com