Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak | Ini cerita sebelum puasa. Hari tu kan ciksun fly naik MYAirline dari KL turun kat Miri. Sampai aje Miri, adik terus bawak pergi makan tengahari. Ciksun dah makan dalam flight, tapi follow aje lah sebab mamak and bapak mesti dah lapar, pepagi tadi gerak dari Bintulu dengan tayar tetiba pancit masa on the way tu. Kesian diorang. Macam-macam dugaan, dengan sebelum geraknya bateri kereta kong pulak. Adeii.

Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak diorang kat airport, terlambat sikit aje sebab diorang gi berhenti cari toilet dulu. Sempat la ciksun disapa budak NGO kat airport Miri tu sekejap, kena tahan sampai dia tahu ciksun seorang student lagi, terus dia berhenti bercakap ๐Ÿ˜… Time tu jugak kebetulan adik ciksun dah sampai, ciksun nampak kereta dia kat luar.

Bawak segala beg masuk ke dalam bonet, then terus jalan. Adik ciksun da ada pengalaman JJCM kat Miri, jadi memang serahkan kat dia aje untuk bawak gi makan mana. Dari airport, 15 minit aje dah sampai ke tempat yang dituju. Adik bawak ke 3 Beradik Gemok Kitchen dekat Miri Handicraft Centre. Kedai ni dia bukak ikut macam timing restoran Jepun, kul 10.00 pagi sampai 2.30 petang, then tutup kejap sebelum bukak balik pukul 5.30 petang sampai 10.30 malam.

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Ciksun masih kenyang, jadi order Mee Kolok Daging aje. Mamak order Nasi Putih dengan Sup Tulang, Ecah order Bihun Sup Tulang, bapak pulak makan Nasi Kukus Ayam Berempah. Mamak cakap sup tu sedap, dia suka. Mee Kolok Daging ciksun tak habis makan sebab masih kenyang lagi. Huhu. Ecah dengan bapak pun habis makan menu diorang, so memang kena dengan tekak la tu.

Restoran 3 Beradik Gemok, Miri, Sarawak

Kat sini jugak ada banyak kedai barang kraftangan Sarawak. Dah namanya Miri Handicraft Centre kan. So, kalo korang nak cari cenderahati nak bagi kawan-kawan, memang sesuai la memborong dekat sini. Ciksun tertarik dengan t-shirt kat sini, cantik-cantik. Tapi tak berapa ada sangat nak membeli. Kena sedar diri dulu sebelum jadi muflis. Haha!

Ok lah, tu je. Jumpa lagi next entry!

Post a Comment

2 Comments

  1. wah ada ke miri dirik koh, lama ke ctok ariya? kamek suka juak kedai ye, faberet menu, nasi dulang nok 3 rasa dan paceri nenas

    ReplyDelete
  2. Kapan lah saya ke Miri yaaa ๐Ÿ˜„. Teringin sebenernya kesana. Belum pernah eksplor bagian Malaysia yg sebelah sana, selalu yg main island saja.

    Nampak sedaaaaap kak, apalagi yg mie daging ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ‘. Untung dah buka puasa baca ini ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com