Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim | Ni cerita sebelum raya hari tu. Sempat ye ciksun mencemar duli ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) buat pertama kalinya sejak stadium tu dibuka secara rasmi pada bulan Februari 2020. Tengah sibuk dengan tempahan kek lapis untuk raya masa tu, boleh pulak break sekejap and pergi tengok bola. Peluang yang tak akan selalu dapat dalam hidup, mesti la tak nak lepaskan.

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Ciksun pergi ni under Tourism Malaysia Wilayah Selatan, sempena Taiwan Travel Agency FAM Trip ke sini. Disebabkan kejadian ni berlaku bulan Ramadan, kitorang berbuka puasa dulu dekat kafe Warisan Noor, Taman Nusa Sentral. Tak jauh dari SSI tu je. Match bulan puasa, biasa start lambat sebab diorang bagi laluan untuk orang pergi terawih dulu. Pukul 10 malam baru start match, so ada banyak masa untuk kitorang iftar dan solat dulu.

Lepas selesai segala kat situ, kitorang gerak ke SSI naik MPV. Terus pergi dekat JDT Hummer Tour parking area sebab nak naik JDT Hummer dulu. Kalau korang nak naik JDT Hummer ni, diorang caj RM30 untuk satu kepala. Driver akan bawak korang keliling SSI tu selama 10 minit. Merasa la korang duduk dalam limosin mewah sekejap kann.

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Kalau nak tahu hari dan waktu operasi, korang boleh rujuk Facebook Psholidays.com sebab waktunya sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Macam sekarang ni tengah ada promosi buka setiap hari sampai 1 Mei 2023 sempena raya, diorang beroperasi direct dari pukul 11 pagi sampai 10 malam. Kalau lepas 1 Mei, korang kena rujuk semula page diorang ya!

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Lepas JDT Hummer Tour, kitorang sempat beramah-mesra kejap dengan delegasi dari Taiwan, diorang ada sesi bertukar-tukar cenderamata juga. Then, terus dibawa masuk ke VIP box untuk tengok bola. Berbeza dengan tiket bola biasa, kalau tengok bola dari VIP box, korang hanya perlu bagi nama aje dekat penyambut tetamu yang menunggu dekat pintu masuk ke ruang VIP. Penyambut tetamu pulak semua manis-manis dan ramah aje melayan serta guide kita ke VIP room.

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Rezeki ciksun pada hari kejadian, dapat tengok bola dari VIP box dekat Mezzanine level. Ada refreshments disediakan untuk penonton VIP dekat level ni sepanjang perlawanan. Disebabkan match belum start, kitorang sempat la cuba makanan dan minuman yang disediakan khas oleh pihak DoubleTree by Hilton Johor Bahru kat situ. Sedap betul semuanya terutama daging hiris yang dipanggang sempurna.

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Hampir pukul 10 malam, ada pengumuman tentang pemain yang sedang warming up dekat tengah padang. Kitorang dah duduk kat seat dah time ni tengok diorang panaskan badan. Tak ramai sangat penonton yang datang malam tu sebab bulan puasa kannn. Tepat pukul 10 malam, pemain diiring keluar dan lagu Negaraku bergema satu stadium. Start aje wisel mula separuh masa pertama, ciksun terpinga-pinga dengar bunyi drum dari sebelah kiri stadium.

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Haaaa, meriah nkooo stadium sepanjang match dengan gema sorakan dari Boys of Straits ni. Selalunya ciksun dengar cerita diorang dari Norfy The Iskandarian aje. Duk sebut-sebut Ultras Johor bila cerita pasal bola, kali ni ciksun tengok sendiri depan mata macam mana diorang punya semangat sebagai penyokong JDT tu. Sepanjang permainan 90 minit (ditambah masa kecederaan), diorang "menyanyi" tanpa henti! Allahu. Kadang-kadang diorang buat nakal juga, usik keeper pihak lawan dan mana-mana pemain pihak lawan yang buat hal. Kalo ciksun jadi keeper pihak lawan, rasa macam kena buli beramai-ramai ๐Ÿ˜…

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Memang berbeza betul rasa tengok bola secara live depan mata dengan tengok dekat TV. Meriah betul bila ada yang jaringkan gol, satu stadium bergegar dibuatnya. Cuma bila tengok live ni, kadang-kadang kita terlepas lah apa yang berlaku, tiba-tiba je ada dua tiga pemain dah terbaring tengah padang. Takde siarang ulangan nak tengok apa yang jadi macam kat TV. Hahaha! Tapi secara live jugak la kita nampak segala scene, siap bergaduh lagi beramai-ramai sampai keeper pun datang tinggalkan tiang gol, leraikan pergaduhan bila referee dah tak mampu nak kawal.

Pengalaman Naik JDT Hummer dan Tengok Bola JDT vs PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim

Bila habis perlawanan, kita yang duduk area VIP ni boleh tengok pemain secara lebih dekat sebab dekat dengan pintu diorang masuk ke padang tadi. Boleh la ambik gambar mana-mana pemain kegemaran korang tanpa perlu zoom banyak-banyak. Family pemain pun seat diorang depan seat VIP je, excited la nampak Hayder yang comel depan mata. Hihi.

Bila ciksun upload video dekat TikTok, ramai yang tanya macam mana nak tengok bola dekat VIP box ni. Ok, ciksun ada buat study sikit pasal ni and jumpa info dekat Twitter JOHORSouthernTigers. Untuk rasa pengalaman VIP, korang kena beli season pass Diamond VIP berharga RM5,728 yang memberikan korang banyak kelebihan termasuklah member privileges di Tiger Arena. Tapi kalau nak beli season pass biasa pun ada je bermula dari RM410. Apa-apa pertanyaan, korang boleh terus pergi kaunter tiket dekat Stadium Sultan Ibrahim, atau hubungi diorang:

JOHOR DARUL TA’ZIM FC
JDT HQ, SULTAN IBRAHIM STADIUM,
79200, ISKANDAR PUTERI, JOHOR
TEL : +607-5852084
EMAIL : SUPPORT@JOHORSOUTHERNTIGERS.COM.MY

Alhamdulillah untuk peluang ni. Terima kasih Tourism Malaysia Wilayah Selatan! Insya'Allah lepas ni nak pergi tengok lagi match seterusnya, nak rasa duduk kat kerusi biasa pulak sebab dekat seat VIP kena behave sikit ๐Ÿคฃ

Post a Comment

3 Comments

  1. wah boleh disewa keda yea paduhal hummer yea. best juak kitak dpt nanga mainbol kat vip seat ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. wah nikmat sungguh kalau berada di VIP room...ramai yang ada tiada peluang kecuali yang ada duit

    ReplyDelete
  3. Dulu MY dan suami beli juga season pass, dapat jersi ori dan beberapa merchandise lain juga. sekarang tak beli dah season pass sebab suami pun tak sempat nak tengok bola

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com