Ticker

6/recent/ticker-posts

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort | Hari ni rata-rata semua da mula bekerja secara rasmi. Housemates ciksun pun hari ni baru semua start kerja balik. Malam tadi hampir semua da sampai dari kampung. Tinggal dak Ibah je pagi ni baru balik JB sebab dia kerja sesi petang. Mood kerja pun macam haper ni, banyak benda tertunggak since cuti raya.

Pagi ni ciksun nak kene setelkan bil-bil office, tapi Maybank2U tengah ada system update pulak. So, ciksun masuk blog dulu lah. Nak update kisah beraya dekat LEGOLAND Malaysia Resort minggu lepas, menyempat aje ciksun kannn. Alang-alang masih cuti lagi, so pergi je la LEGOLAND, diorang tengah ada promosi Raya Kampung Style dari 21 April sampai 21 Mei 2023.

Masa ciksun pergi tu tak sampai seminggu raya lagi, so memang ramai orang datang beraya dekat LEGOLAND haaa. Ingatkan bila da start kerja, tak ramai. Rupanya memang ramai mak bapak extend cuti sempena cuti sekolah, bawak anak-anak pergi LEGOLAND. Masuk-masuk themepark, terus nampak pintu gerbang dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Lalu pintu gerbang tu, nampak pulak ketupat besar tengah-tengah The Beginning area.

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Meriah The Beginning dengan macam-macam aktiviti sempena Raya Kampung Style. Ada mainan Congkak dekat Pangkin Pak Long, Checkers dekat Anjung Seri, Teng Teng dekat Laman Teng Teng, bina Ketupat LEGO dekat Balai Raya, dan try paluan Kompang dekat Pondok Kita. Dekat Pondok Kita ni jugak korang boleh dapatkan form Aidilfitri Hunt untuk cari barang tersembunyi dekat MINILAND dan dapatkan hadiah menarik.

Pagi-pagi pukul 11 dah start ada live show tarian dengan lagu raya. Sepanjang hari, korang boleh tengok persembahan tarian Gema Lebaran pukul 10 pagi, Senandung Al-Mubarak pukul 11 pagi, Seloka Hari Raya pukul 3.30 petang, Dendang di Hari Raya pukul 4.30 petang dan Riang Ria Raya pukul 5.30 petang. Semua persembahan ni dekat Beginning Stage tu.

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Selain tu sebelah petang ada jugak aktiviti mainan tradisional seperti Chapteh, Anyam Ketupat, Lukis Batik dan Bola Kampung. Sepanjang hari jugak korang boleh spot Ollie the Dragon berbaju Melayu dekat Beginning Stage area. Karakter LEGO yang lain pun korang boleh jumpa dekat NINJAGO The World Entrance, Castle Stage dan Waterpark Turnstile. Yang ni kitorang tak sempat dah nak jumpa sebab dah ke SEA LIFE Malaysia pulak depan themepark tu.

Dekat SEA LIFE, korang boleh buat aktiviti SEA-LAMAT HARI RAYA pulak sempena Raya Kampung Style ni. Konsep dia korang Balik Kampung ke Kampung Tok Abah, Kampung Tok Busu, Kampung Mak Ngah dan Kampung Opah untuk kumpul cop setem. Bila dah lengkap semua, boleh la claim Dodol dekat Kampung Opah. Hihi. Sedap tau Dodol LEGOLAND!

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Cantik jugak SEA LIFE diorang hias dengan tema Aidilfitri. Meriah ketupat dan lampu raya, ada spot untuk bergambar jugak kat dalam tu untuk korang rakamkan memori raya dekat SEA LIFE. Dari SEA LIFE, kitorang ke waterpark pulak. Tapi tak lama pun kat sana sebab kul 1 lebih macam tu dah berdentum bunyi guruh. Dah kene stop segala aktiviti air walaupun belum hujan time tu. So, kalo korang nak gi waterpark, plan awal-awal, masuk pepagi sebab sekarang pepetang asyik hujan.

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Pergi Raya Kampung Style di LEGOLAND Malaysia Resort

Sempena raya ni jugak, diorang punya menu ada la tema rendang sikit-sikit. Roti, pizza ada yang topping rendang. Korang boleh cuba kat mana-mana restoran diorang tau! Ok lah, sape-sape nak pergi rasa pengalaman Raya Kampung Style dekat LEGOLAND Malaysia Resort, boleh terus belek maklumat lanjut kat website diorang ek.



Post a Comment

5 Comments

  1. kamek tok bkurun dh nak pergi legoland, alu sik jadi2. hrp thn tok ada rezeki

    ReplyDelete
  2. Sempat jumpa dino ngan ninjago jak riyaa. 🤭 Sekali petang lebag hujan, nasib done semua. Boleh lepak di balai raya anyam ketupat lego

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com