Resepi Ayam Woku Ala Indonesia

Resepi Ayam Woku Ala Indonesia

Resepi Ayam Woku Ala Indonesia | Tiba-tiba kita ke Indonesia pulak ye. Alkisahnya, hari tu ada kawan TikTok hadiahkan lauk basah sempena birthday ciksun. Tanjat betul ciksun dibuatnya, tak pernah-pernah orang bagi hadiah birthday lauk basah lengkap untuk ciksun. Dia siap cari resepi gulai ayam katanya sebelum pilih item yang nak dibeli dari Pasar Peladang Skudai nun. Gigih weyyy ๐Ÿ˜‚

Resepi Ayam Woku Ala Indonesia

Tapi tiba-tiba tengahari dia PM resepi Ayam Woku pulak dekat Facebook. Lahhh, bertukar selera keee. Tapi yang nak masaknya ciksun nanti, dia jauh nun di KL, share resepi pun, tetap tak boleh nak makan bersama. Haha! Ciksun tengok resepi, ada juga bahan yang tak ada kat rumah. So, rasanya proceed aje dengan gulai ayam. Tapi bila dah petang, geledah peti ais, nampak ada limau nipis. Ehhh, boleh ni buat Ayam Woku!

Resepi Ayam Woku Ala Indonesia

So, ciksun pun prepare lah bahan-bahan ikut resepi tu. Buah keras je ciksun takde kat rumah, hampir-hampir nak pakai buah pala sebab tersalah ingat. Mujur lah bau dulu, eh ni macam bau Kek Buah Kukus! Kalau pakai tu, mesti Ayam Woku ciksun rasa macam kek buah, lahhh tiberrr! So takpe lah kalau takde buah keras. Resepi yang dikongsikan tu pun tak bagi amaun yang tepat untuk setiap bahan. Ciksun main agak-agak aje.

Resepi Ayam Woku Ala Indonesia

Resepi Ayam Woku Ala Indonesia

Rasanya sedap juga, lebih kurang macam Ungkep Ayam, cuma Ayam Woku ni takde pakai segala jintan dan biji ketumbar tu. Air asam jawa pulak digantikan dengan air perahan limau nipis aje. Kuahnya rasa masam-masam manis, sedap dan boleh bertambah nasi dibuatnya. Kalau nak kuah lagi banyak dan pekat tanpa buah keras, boleh lebihkan bawang merah.

Ok, jom tengok resepi!

Resepi Ayam Woku Ala Indonesia

Bahan-bahannya:
10 ketul ayam saiz sederhana (diperap dengan air limau nipis selama 30 minit dalam peti ais)
3 - 5 helai daun limau purut
Segenggam daun kemangi (ciksun pakai Mrs. Burns' Lemon Basil kat kebun)
2 batang serai (diketuk)
1 biji limau nipis
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng ayam
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
7 - 10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 - 5 tangkai cili api
1 - 2 tangkai cili hijau
1 inchi halia
2 inchi kunyit hidup
2 biji buah keras

Cara-cara membuatnya:
  1. Goreng ayam setengah masak dengan garam dan serbuk kunyit (tak nak goreng pun boleh).
  2. Tumis bahan kisar dan serai sampai wangi.
  3. Masukkan air sedikit dan ayam, gaul rata. Biar kuah mendidih dan memekat.
  4. Masukkan daun kemangi dan daun limau purut.
  5. Perah limau nipis dan gaul lagi.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  7. Tutup api, sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas-panas.

Post a Comment

6 Comments

  1. nampak sedap ni. (sambil daun kemangi tu apa?) huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Sekali tengok macam masak lemak cili padi. Mesti sedap ni.

    ReplyDelete
  3. Teringin pulak try... baru tahu ada nama Woku menu...

    ReplyDelete
  4. Kemangi itu udah jadi ciri khas ayam woku ๐Ÿ˜. Tapi memang kalo sulit ditemukan, tak apalah pakai daun lain yg juga beraroma wangi

    Saya suka ayam woku, biasanya pesan dari teman, selalu request, harus PEDAS SANGAAAT ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. soalnya saya pecinta pedes kak.

    Semoga nanti Kaka bisa makan ayam woku di kota asalnya langsung, Sulawesi Utara ☺️

    ReplyDelete
  5. tak pernah tahu pulak resipi ayam woku ni. tengok macam masak lemak gak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com