Ticker

6/recent/ticker-posts

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island | Ok lah, ok. Sambung cerita Jeju. Tapi ciksun buat entri pendek-pendek je, aci tak? Macam banyak sangat entri tunggu queue dalam draft nun. Haha! Alhamdulillah, hari tu ciksun selamat tiba di Jeju Airport pukul 9.21 malam waktu Korea. Sampai airport sana, amek luggage then terus keluar nak cari teksi.

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island

Terkejut ciksun sebab panjang gilaaa baris tunggu teksi kat luar. Agaknya memang ramai tourist prefer naik teksi kalau sampai kat Jeju ni. Ada je bas tapi kalau tak biasa dan tak study, luggage pulak banyak, mesti rasa lebih selesa untuk naik teksi aje. Tapi ciksun sarankan kalau datang Jeju, better sewa kereta, lagi mudah dan fleksibel. Macam Prof ciksun, diorang guna aje perkhidmatan sewa kereta dekat Booking.com. Sebelum datang Korea, make sure apply permit memandu antarabangsa dulu dekat JPJ Malaysia.

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island

Dari airport ke hotel, ambil masa perjalanan tak sampai 30 minit. Ciksun tunjuk aje info tempahan hotel dekat Booking.com apps kat driver. Driver teksi kat sini, diorang akan tanya dekat map apps diorang alamat yang diorang tak tahu. Senang kerja. Tambang teksi dari airport tu ke hotel pun berpatutan, ₩5,000 je, dan driver guna meter. Baru la kita rasa kejujuran diorang kan?

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island

Hotel yang ciksun stay sepanjang kat Jeju adalah Hotel Tong Yeondong. Satu malam ciksun stay seorang diri, lagi tiga malam stay dengan dua orang Prof ciksun.  Malam yang pertama sepatutnya stay bilik single, tapi receptionist tu baik hari, dia bagi bilik twin. Ahjussi yang pandai speaking English dan pernah datang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk main golf katanya. Kalau korang datang, tak jumpa ahjussi ni, agak susah la sebab yang lain tak pandai cakap English.

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island

Menginap di Hotel Tong Yeondong, Jeju Island

Ni la rupa dalam bilik hotel ciksun. Selesa dan luas, cuma tu lah hotel ni takde iron, tuala pulak jenis tuala muka dan tuala rambut yang kecik tu aje. So, kalo korang nak bawak tuala lebih besar dari rumah, much better. Diorang akan refill air dengan tukar tuala setiap hari. Kalau korang tak request untuk bersihkan bilik sebelum pukul 12 tengahari, diorang akan letak aje tuala dan air mineral depan pintu bilik hotel. Wifi dia ok, laju juga. Nak connect just connect aje kepada access point nombor bilik korang. Mostly hotel kat Jeju ni guna access point macam tu. So, in case korang lalu sebelah hotel, nak pakai internet emergency, connect aje mana-mana nombor bilik yang sampai ke telefon korang. Haha!

Bilik single kat hotel ni hari tu ciksun bayar ₩45,000 semalam kat Booking.com. Ade parking space kat depan hotel tapi limited, boleh juga parking tepi-tepi jalan aje. Dekat dengan Shilla Stay Hotel tempat conference ciksun, jalan kaki aje 5 minit. Ade mart jugak tak jauh dari hotel kalo nak beli apa-apa. Kitorang beli madu Jeju kat situ untuk bawak balik.

Ok, nanti jumpa lagi!


P/S: Selamat Hari Malaysia!

Post a Comment

6 Comments

  1. haahaha tuala muka!! teringat masa first time jejak korea, mmg nangis tgk tuala muka je yg ada hahaha dah harike3 baru tau, bole minta tuala besar kat receptionist. iskkk..

    ReplyDelete
  2. kali sidak x mandik mcm kita kali ya berik towl nipis ajak.. hahaha... kmk mun travel suka embak kain batik in case towel nipis mcm tok... jimat sikit space luggage embak kain batik dpd embak towel.. hihi

    ReplyDelete
  3. towel kecik je.. mana maun kan.. ha ha ..pengalaman kan gi tempat org..mcm2

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com