Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan | Untuk entri ni, ciksun copy paste aje dari post Facebook ciksun sebulan yang lepas. Dalam pertengahan bulan September, ciksun cari food waste container untuk buang sampah makanan yang boleh dikompos. Dah nak sebulan duduk Busan, baru perasan diorang asingkan sisa makanan dalam bekas khas bila nampak kat tepi-tepi jalan pada malam hari tertentu.

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Kat Korea, korang kena asingkan biodegradable food waste dengan food waste yang non-biodegradable. Cara nak bezakannya senang je. Korang fikir, sisa makanan ni, haiwan ternakan korang bole makan tak? Kalo boleh, sisa tu termasuk dalam biodegradable food waste. Kalo tak boleh, kene asingkan food waste tu pulak ke general waste, buang dalam sampah biasa.

Contoh biodegradable food waste adalah sisa sayuran, sisa nasi, sisa buah-buahan, tulang ikan, isi ketam, roti, bijirin, kuih-muih yang tak habis dan sebagainya. Kalo yang tak boleh dikompos pulak, segala kulit haiwan bercangkerang (kulit udang, kulit ketam, kulit kupang, kulit lala, dan lain-lain), kulit telur, kulit bebawang, tulang ayam, tulang lembu, tulang kambing dll. Dua kategori ni kene asingkan dan buang pada hari tertentu ikut jadualnya.

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Ni salah satu cara Korea untuk menangani krisis sampah dengan peningkatan populasi rakyat dia yang berkembang pesat. Kerajaan diorang melarang penanaman sisa organik di tapak pelupusan sampah pada tahun 2005, diikuti dengan larangan lain terhadap pembuangan cecair busuk yang diperah daripada sisa makanan pepejal - ke dalam laut pada tahun 2013. Pengkomposan tepi jalan telah dilaksanakan pada tahun yang sama, memerlukan semua orang mengasingkan sisa makanan daripada general waste. And kalo korang nak tahu, banchan (side dishes) disediakan dalam amaun kecik guna piring-piring kecik tu pun salah satu cara untuk mengurangkan food waste, tau!

Bagi area rumah ciksun, diorang guna designated food waste container untuk pembuangan sisa makanan biodegradable. Container ni boleh beli dekat supermarket, dan tak semua supermarket ada jual. Kalo guna container ni pulak, kena beli sekali payment certificate. Ye, setiap food waste yang korang buang, korang kene bayar ye. Payment certificate ni bole beli dekat supermarket yang sama.

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Gigih ciksun cari supermarket sekitar kawasan ciksun, akhirnya jumpa jugak satu supermarket yang jual container tu. Alhamdulillah, mujur ada staff GS Fresh Mart yang tolong bagitahu kat mana pakai Google Translate. Sebelum jumpa tu berpusing-pusing jugak la ciksun dari GS Fresh Mart ke CU Mart, then pergi Daiso, dari situ cari 7-Eleven. Semua takde jual. Ciksun balik semula ke GS Fresh Mart nak tanya payment certificate dulu, last-last staff tu bagitahu ada supermarket area rumah ciksun ni jugal container dengan payment certificate tu.

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Kalo duduk area Nam-gu, korang boleh ke Gunmart ni (dalam Naver tulis Geon Mart), dekat sangat dengan rumah ciksun rupanya. And guess what, ada banyak barang runcit halal dijual kat sini. Alahai, kemain jauh ciksun gi Sasang-gu hari tu. Daging-daging ayam, itik, lembu, kambing yang halal pun ada kat sini. Tapi barang runcit tak semua halal tau, korang tetap kene check satu-satu label dia.

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Beli Designated Food Waste Container di Gunmart Supermarket, Nam-gu, Busan

Lepas ni takyah gi jejauh dah. Tapi limited la barang dapur halal dia tu. Tak sebanyak dekat New World Mart tempoh hari. And ada barang yang mahal, ada yang murah dari Daiso. So boleh lah survey-survey dulu sebelum membeli. Designated food waste container tu ada banyak saiz, ciksun beli yang paling kecik, 3L - ₩6,500. Payment certificate pulak 10 keping, ₩2,400. Setiap kali buang food waste, letak 1 keping. Da habis, boleh beli lagi dekat Gunmart.

Sape nak datang Busan, duduk rumah ciksun, kena ikut peraturan sampah ni. Hahaha!

Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnya mun konsep tok pun dipakai di Malaysia juak. Selain dari mengurangkan sisa buangan di tapak pelupusan sampah, kompos dari sisa makanan tok boleh dijual dengan ladang2 pertanian utk dijadikan baja kompos ๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  2. bagus betul sistem recycle kat sana kan

    ReplyDelete
  3. aikk lama lalu sik ngabas blog dirik, udh di korea paduhal. best sik sia? bagus sys buang sampah cdak, teratur. aiiee ada sosej rose sia, patut ctok selalu sikda, byk di eksport kalik.

    ReplyDelete
  4. Bagus tapi malas pulak aku bab certificate bagai tuh ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com