Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea | Ya Allah, tahu tak betapa kerajinan seketul ciksun dah hampir kosong untuk menghapdet blog ni? Ahahahaha! Banyak je hari ciksun bukak blogger dashboard tu tapi tak terbukak hati nak klik draft yang bersusun. Sebab memikirkan, bila da start taip nanti susah nak berhenti. Nanti sakit belakang duduk lama sangat. Tu yang tak start-start jugak. Tapi kesian blog ni dah macam rumah usang dah. Baik hapdet untuk hilangkan sawang.

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Sambung share pengalaman dekat Busan je lah kan. Pada satu hari cuti khas Korea, Hari Hangul 9 Oktober 2023, ciksun ke Igidae Coastal Walk. Tak jauh dari rumah ciksun naik bas, 27 minit aje. Tapi ditakdirkan Allah, ciksun terlepas bas Namgu 2 yang sepatutnya ciksun naik time tu. So, ciksun check Naver Map boleh naik bas no. 24 atau no. 39, nanti kena turun satu station untuk kejar balik bas Namgu 2. Ciksun pasrah je lah try. Alhamdulillah masa sampai station yang kene tukar bas tu, ciksun nampak bas Namgu 2 kat seberang jalan. Berlari-lari la ke seberang sebab bas tengah berhenti dekat zebra crossing.

Ni sebelum ciksun tahu dari entrance Igidae Coastal Walk tu ke rumah ciksun jalan kaki setengah jam je. Bila dah tahu, ciksun balik rumah jalan kaki je hahaha! Dari tunggu bas 10 minit, then kena tukar-tukar bas, dah sama dah waktunya. Jalan je lahhh. Boleh bakar lemak, kan? Hahaha! Kalau korang nak naik bas, kena search Yongho Starlight Park atau dalam Naver dia tulis Yongho Lake Byeolbit Park. Korang kena turun dekat Bunpo High School, then menapak dalam 10 minit ke Yongho Starlight Park tu.

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Kenapa ke Yongho Starlight Park? Kenapa tak search Igidae Coastal Walk? Sebab salah satu entrance dengan view yang cantik ke Igidae Coastal Walk adalah sebelah Yongho Starlight Park ni aje. Ada tangga yang connecting park ni dengan Igidae Coastal Walk. Masa ciksun sampai tu hujan, berteduh la kejap dekat gazebo dalam park tu. Ade la beberapa orang ahjussi dan ahjumma tengah bersihkan park dan public toilet. Ada jugak seorang local jogging keliling park. Menarik juga kalo ciksun gi jogging kat sini kan. Malangnya now da masuk musim sejuk. Takde la weyy nak jogging pagi-pagi. Haha!

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Sekeliling park ada cabin kontena tertulis urban farming. Mungkin projek badan-badan pertanian kot. Park ni tak besar sangat, tak kecik sangat. Kalau nak tengok persembahan bunga api yang diadakan di Gwangalli Beach pun boleh tengok dari park ni je. Still boleh nampak dan penuh jugak la dengan manusia. Ok, bila hujan dah berhenti, ciksun terus start menapak ke Igidae Coastal Walk. Ciksun share beberapa keping gambar yang ciksun ambil sepanjang trekking kat sini ya!

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Memang cantik sungguh pemandangan dari jalan persisiran laut ni. Nampak bandar Haeundae dan Gwangan Bridge dari kejauhan. Cuaca lepas hujan, jadi langit berawan. Tak nampak biru. Ramai juga tourists lain trekking pagi tu. Yang menarik kat sini, jambatan gantung dia tu. Ada dua tempat kalo tak silap jambatan ni. Boleh ambil gambar dekat situ menandakan korang dah sampai Igidae Coastal Walk. Ciksun siap amek video lagi guna tripod sebab time tu takde sape-sape. Hahaha! Puas hati!

Ikutkan perjalanan penuh Igidae Coastal Walk ni sejauh  4.7 km, merangkumi Dongsaengmal Trail - Global Gathering - Nongbawi Rock - Eoulmadang - Oryukdo Quay, kesemuanya 2 jam setengah berjalan kaki. Boleh sampai ke Oryukdo Skywalk ye dari sini. Tapi ciksun tak sanggup nak menghabiskan sampai ke sana. Air ape pun tak bawak. So, dalam suku perjalanan, ciksun panjat bukit ikut laluan mana tah dalam peta yang diorang sediakan tepi-tepi area berjalan kaki tu, jumpa jalan besar. 

Jalan-jalan di Igidae Coastal Walk Pada Cuti Hari Hangul Korea

Menapak balik ke area Bunpo High School, singgah ke CU Mart topup Cashbee card. Tapi ciksun amek keputusan jalan kaki je balik ke rumah, sebab tengok map time tu tak sampai setengah jam dah boleh sampai. Boleh la melintas bawah Gwangan Bridge kan. Alhamdulillah, suka sangat view dekat Igidae Coastal Walk ni. Kalau datang sini bawak makanan dan minuman, boleh juga duduk kat tebing batu tu melepak sejam dua sebelum gerak balik rumah. Menenangkan!

Masuk percuma, bukak setiap hari 24 jam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Biasa lah tu kdg2 mmg dtg tahap kemalasan nak update blog ni hahaha :D
    Cantik pemandangan di Igidae Costal Walk tu.. Musim sejuk lak tu :D

    ReplyDelete
  2. Mood malas melanda.. hihihi... kmk mun di opis rajin curi masa tp di umah nang malas on pc laptop bagai.. mun rasa nk update k hp jak sambil gurin... hehehe... nektok snow dh trn x dpt nk briskwalk dolok ooo... nang kacak view coastal walk ya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com