Ticker

6/recent/ticker-posts

Buka Puasa 3 Ramadan Dengan Bufet Ala Bazar 28 Hari Di Pulai Springs Resort

Buka Puasa 3 Ramadan Dengan Bufet Ala Bazar 28 Hari Di Pulai Springs Resort | Salam 4 Ramadan korang! Hari Jumaat pertama bulan Ramadan ni, korang rancang nak berbuka puasa kat mana pulak? Biasa kalo dah hujung minggu kat Johor gini, mungkin ada yang dah plan berbuka puasa kat luar dengan family or kawan-kawan. Ciksun pun dah ada plan berbuka kat luar hari ni. Nanti ciksun cite yang hari ni kemudian. Nak cerita kisah berbuka puasa semalam dulu dekat Pulai Springs Resort, Johor Bahru.

Ciksun pergi berbuka dengan kak Ajan. Pukul 6 dah terpacak jadi orang pertama sampai kat meja registration. Ahahaha! Konsisten dengan tema Bufet ala Bazar 28 Hari, tahun ni diorang tampil dengan deretan bazar lebih panjang - 26 warong dan lebih 200 juadah dihidangkan di luar dan di dalam restoran Gleneagles Terrace. Uihh, jenuh berjalan sampai ke swimming pool kat hujung nun, Warong Pantai Timur yang menghidangkan Nasi Kerabu dan Laksam. Coconut Shake diorang yang femes dan sedap tu pun duduk sebelah Warong Pantai Timur ni. Tangan ciksun dah lah "satu" je, tiap kali nak amek makanan, boleh guna satu tangan je. Hahaha! Saje je diorang nak bagi kita bersenam sebelum berbuka ๐Ÿ˜‚

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Terbaru tahun ni, ada warong Nasi Kandar ala Pulai! Rasa macam betul-betul pilih menu dekat restoran nasi kandar! ๐Ÿ˜† Tapi ciksun tak sempat merasa semalam, dah banyak sangat makanan diambil. Ambil takat mana yang kita tahu perut kita boleh isi je. Dah hampir 37 tahun hidup kat dunia, takkan tak tahu saiz perut sendiri lagi. Jangan membazir, ciksun suka Pulai Springs Resort letak notis cam kat bawah ni, bagus alhamdulillah.

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

Bufet Ala Bazar 28 Hari 2024 Pulai Springs Resort

And, wajib korang cuba bila berbuka kat sini, Nasi Arab ala Pulai 28 Hari bersama Kari Kambing, Sup Tulang Merah dengan Roti Mantou, Pasta Grana Padano Cheese Wheel, Korean Fried Chicken, Lokching, Sup Power Chef, Asam Pedas ala Pulai, Mee Kolok Sarawak, aneka hidangan BBQ termasuk Kambing Golek, Sate Ayam dan Daging, Oden-oden, Durian Goreng, Dimsum, Kunafa, dan banyak lagi! Aneka bubur dan pencuci mulut pulak ada belah dalam restoran ya! Jemput tengok gambar-gambar menu yang lain dekat page FB Blog Sunah Sakura.

Bufet ala Bazar 28 Hari
๐Ÿ“ Restoran Gleneagles Terrace, Pulai Springs Resort
๐Ÿ—“️ 13 Mac - 9 April 2024
๐Ÿ•ก 6.30 pm - 9.30 pm

Harga promosi minggu pertama Ramadan (13 - 19 Mac 2024)**
๐Ÿ’ต RM123nett per Dewasa
๐Ÿ’ต RM61.50nett per Kekanak (4-12 tahun)

Harga normal bufet
๐Ÿ’ต RM138nett per Dewasa
๐Ÿ’ต RM69nett per Kekanak (4-12 tahun)

✨ Beli 10 Dewasa PERCUMA 1 ✨
Surau disediakan
Parking PERCUMA

☎️ 016-733 2918
☎️ 016-733 2919

Klik sini: Full Menu

✅Bermula dari RM420 untuk 2 orang
✅Penginapan di Studio Suites
✅Sahur / Sarapan Pagi
✅'Bufet ala Bazar 28 Hari' di Gleneagles Terrace Restaurant
☎️ +607-521 2121

**T&C apply

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah memang banyak tu kalau dah 26 warong dengan lebih 200 hidangan. Mesti ada yang tak sempat nak merasa. Saya lebih tergoda dengan mi dan udang celup tepung tu. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun fiza, tak sempat nak rasa semua..amek mana yang sempat aje..hihi

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com