Ticker

6/recent/ticker-posts

Buttermilk Cheesecake Taka Patisserie

Buttermilk Cheesecake Taka Patisserie | Kalau sebelum ni ciksun pernah review Butter Cheesecake dari Mita Cake House, kali ni ciksun nak share pulak tentang Buttermilk Cheesecake dari Taka Patisserie. Sebetulnya, ciksun pernah nampak orang komen sebut kek Taka ni tak kurang sedapnya dari kek Mita. Tapi belum ada rezeki nak cuba. Bila balik Bintulu, nampak nama kedai Taka Patisserie dekat The Spring Mall Bintulu, tak ingat pun lagi pasal butter cheesecake. Dah masuk dalam kedai, pilih-pilih roti, baru nampak ruang butter cheesecake yang kosong. Then, tengok rak roti yang baru keluar dari oven. Eh, macam kek butter Mita lah! Nak rasa lahhh. Lepas dah bayar baru lah teringat komen orang tentang kek Taka ni.

Buttermilk Cheesecake Taka Patisserie

Lawa packaging dia dan tak nampak perkauman sangat. Hahaha. Taka Patisserie ni dah lama beroperasi kat Sarawak, dah ada cawangan dekat Lembah Klang dah pun. Jadi, tak perlu dah bersusah payah cari kek butter cheese dekat Sarawak. Kat Semenanjung pun dah boleh cari. Melainkan memang nak Mita Cake House jugak. Tapi kek butter dia ni lebih kurang sama aje dengan yang dekat Mita Cake House tu.

Buttermilk Cheesecake Taka Patisserie

Buttermilk Cheesecake Taka Patisserie

Bagi ciksun sedapppp, moist dan lembut kek nya. Aroma butter memukau hidung dulu sebelum masuk ke dalam mulotttt. Kalo bau dia tak memukau, memang tak terbeli lah dekat Taka Patisserie tu ๐Ÿ˜‚ Kek nya pun tak terlalu manis. Harga jangan tanya eh, ciksun da tak ingat sebab beli bulan April, now da nak masuk bulan Jun esok. Nape lahhh tak ingat nak buat entri cepat-cepat ๐Ÿ˜œ

Kalau korang nak cuba, boleh ke cawangan Taka Patisserie!

๐Ÿ“ The Spring Shopping Mall, Kuching
๐Ÿ“ CityOne Megamall, Kuching
๐Ÿ“ Vivacity Megamall, Kuching
๐Ÿ“ TT3 Commercial Centre, Kuching
๐Ÿ“ Saradise Outlet, Kuching
๐Ÿ“ The Spring Shopping Mall, Bintulu
๐Ÿ“ Miri Times Square, Miri
๐Ÿ“ SS15, KL
๐Ÿ“ Setapak, KL

Post a Comment

5 Comments

  1. Taka Patisserie nang byk juak nyaman² pastrinya... tp butter cheese cake mita agik nyamanlah bg kmk.. hihi

    ReplyDelete
  2. menarik nmpk buttermilk cheese cake tu...oh lebihkurang mcm mita cake juga ye...mita cake mmg fav

    ReplyDelete
  3. mmmm nampak sedap.....tapi kalau dah berumur ini kena jaga makan.....

    Salam kenalan dari saya, pemilik blog
    oohsenyum.com

    saya nak tanya awak ini, awak berminat tak
    tukar link blog dengan saya (bloglist) insy
    Allah akan menambahkan lagi trafik ke blog
    awak.



    Kalau awak sudi beritahu ye di ruang comments blog saya, terima kasih
    banyak-banyak. Di bawah ini link blog saya.
    Saya harap awak sudi

    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
  4. cantik kotaknya.. nampak pun sedap tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com