Ticker

6/recent/ticker-posts

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal | Time penduduk Korea bercuti Lunar New Year 10 Februari 2024, ciksun plan awal-awal dah nak pergi istana kat Seoul pakai hanbok. Kalau ikut tradisi lama diorang, memang akan pakai hanbok pada hari Seollal. Jadi sesuai sangat la nak cuba pakai hanbok pada hari tu. Pepagi ciksun dengan adik dah checkout guesthouse, keluar awal takut tak sempat nak balik sini sebelum pukul 11 pagi. Naik subway terus ke Anguk station.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal

Lengang jalanraya, menapak dalam 10 minit ke arah Changdeokgung, kedai sewa hanbok tak jauh dari istana tu. Ada banyak kedai sewa hanbok depan istana tu tapi banyak yang tutup pada hari Seollal. Ciksun dengan adik tawakkal je, kalau bukak, boleh la pakai hanbok. Kalau tutup, takpe. Alhamdulillah, bukak kedai yang dituju. Hanboknam nama kedai sewa hanbok tu, seawal pukul 9 pagi dah bukak. Dah ada customer lain tengah bersiap dekat dalam.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal

Ada banyak pilihan hanbok kat sini, dari tradisional, bertema hingga ke premium. Harga sewaan ikut jenis hanbok dan tempoh sewaan. Kitorang sewa 2 jam kalo tak silap, sebab nak pergi amek gambar dekat Bukchon Hanok Village sekali. Tapi lupa pulak amek gambar harga sewaan. Kalo tak silap, rega sewa tak sampai RM50 pun untuk sejam. And ada locker disediakan percuma je kalo korang sewa hanbok kat sini. Boleh lah simpan segala baju dan beg yang tak nak dibawak sekali.

Nah cerita bergambarrrrr:

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Ciksun pilih kaler pink, hanbok tradisional.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Ecah pilih hanbok tradisional kaler purple. Suhu sejuk ye, sekejap-sekejap je bukak winter jacket bila nak amek gambar.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Kalo pakai hanbok pergi istana, bole masuk percuma. Tapi hari Seollal memang diorang bagi free entrance.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Ah gituuu, macam dalam period drama Korea.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Nak dapat background kosong pada hari cuti tak senang ye. Kena banyak-banyak bersabar.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Ala...intai-intai macam dalam drama Korea tuuuu.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Tak dapat explore sepenuhnya sebab limited time, mana yang sempat je lah. Changdeokgung ni besar, dan cantik sebab ada Secret Garden tapi ada waktu dia jugak yang kita boleh lawat.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Redah je pakai hanbok menapak pergi Bukchon Hanok Village. Ahjussi tepi jalan dok puji-puji "yeppudaaa" hahaha!

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
Sampai Bukchon Hanok Village, amek gambar depan ni je. Lepas tu bergegas balik.

Pakai Hanbok Pergi Changdeokgung Pada Hari Seollal
On the way balik, tengok jam, sempat lagi ni nak membelek perfume. Haha!

Sempat pulak beli perfume Granhand dekat Bukchon Hanok Village tu. Kawan ciksun kirim, ciksun pun terbeli sekali buat kenangan. Wangi betul baunya, ciksun suka! Ciksun belikan Weimar signature perfume untuk kawan, Nube multi perfume untuk diri sendiri. Weimar tu signature perfume diorang, mahal dua kali ganda dari Nube. Tapi takde dijual kat Malaysia and takde pengeposan ke Malaysia katanya. So kalau spray signature tu rosak, takde ganti. Kena datang Korea kalo nak tukar. Ciksun tengok kat Shopee Malaysia pun takde yang signature tu. Dekat Lazada ada, tapi rega dia mahal lebih RM200 yee dari beli kat sini. Multi perfume tu ade kat Shopee, cuma wangian Nube takde dalam senarai.

Takpe lah, sekali je beli seumur hidup pun takpe melainkan ade nak pergi Korea lagi ๐Ÿ˜

Post a Comment

2 Comments

  1. Seronoknya. moga banyaklah rezeki saya nak ke luar negara lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah nanti ada rezeki syaz...ameen ameen!

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com