Tiba-tiba Muncul | Eh, tak sangka dah berbulan-bulan lamanya tak update blog. Elehhh, tak sangka konon! Padahal memang dia pun yang malas nak ngadap. Hahaha! Entah lah ye, bukan tak ada pergi tempat best, bukan tak ada makan benda sedap, bukannya tak ada aktiviti menarik nak kongsi, tapi mood nak update berkongsi kat blog tu tak ada. Masa ambil gambar-gambar the moments, memang terdetik dalam fikiran, "ni nanti nak update kat blog". Tapi, sampai ke sudah, habuk pun tarakkk!
![]() |
Gambar mesti lah takde kaitan |
Apa la agaknya cerita kawan-kawan blogger yang lain? Dah lama sungguh ciksun tak blogwalking. FB yang ada kawan-kawan blogger pun dah tak ada, jadi tak tahu apa cerita orang lain kecuali geng-geng JDT Blogger yang masih aktif sebab memang ada dalam whatsapp group diorang. Ciksun menunggu masa aje kene tendang keluar sebab da tak aktif buat job review. Agaknya diorang pun tak sanggup nak tendang keluar ye, malu pun ada duduk dalam group reviewers ni 🙈
Tu pun ada jugak lagi panggilan-panggilan event coverage dan review yang masih ciksun dapat sampai hari ni melalui email or whatsapp. Mana yang tahu tu tahu lah ciksun dah tak buat dah. Mana yang tak tahu, masih usaha bertanya. Mekasih masih ingat ciksun. Kawan-kawan yang tak tahu ciksun buat keje blogger sebelum ni pulak dengan soalan berbeza, "dah lama tak nampak video makan-makan?" Maka ciksun pun berterus-terang dengan diorang ciksun dah tak buat review makan-makan as blogger dah.
Takde masa dan timing pun tak kena. Kalau ada jemputan biasanya mesti weekdays. Pernah juga dapat jemputan untuk review kat KL, tapi pukul 6 petang. Dari Cyberjaya nak ke KL tu petang-petang camtu, hurmmm tak pe lah..harap maklong. Haha! Ciksun transfer ke laki ciksun aje, kalau-kalau dia kat KL pada hari review, dia amek aje job tu. Cenggitu la kekdahnya.
Rindu? Mesti lah rindu aktiviti macam tu yang kurang menyerabutkan otak. Kita jadi bos kepada diri sendiri, KPI kita pun kita sendiri yang tentukan. Masa kerja pun fleksibel, tapi itu lahhh...
Kepada kawan-kawan yang masih lagi berblog hingga ke hari ini, semoga terus berjaya tau!
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com