Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Dekat Hanbing, IOI City Mall Putrajaya

Makan Dekat Hanbing, IOI City Mall Putrajaya | Hari Jumaat lepas, ciksun makan tengahari dekat sini sebab kawan ciksun ajak temankan dia pergi Decathlon IOI. IOI City Mall Putrajaya dari office ciksun dalam 20 minit gitu. Hari Jumaat boleh lah nak pergi sebab rehat dua jam. Tapi mencari barang dekat Decathlon tu lama jugak sebab benda yang diinginkan tu takde. Diorang ni kekadang dalam website dia ada, tapi dekat kedai takde. Online exlusive je katanya.

Kawan carik paddle pickleball, yang ada hanya jenama Decathlon je kat situ. Beli la jugak alang-alang da sampai. Malas dia nak tunggu online sebab weekend ni nak main lagi. Ciksun pulak terbeli jugak la topi nak pakai masa main pickleball dalam cuaca panas terik. Padahal dah ada topi tapi bukan topi sukan lah, topi berjalan hahaha.

Lepas membeli-tak-belah, kitorang turun ke LG floor cari tempat makan lak. Tengahari Jumaat gitu memang ramai la manusia kat IOI ni. Hampir semua kedai penuh. Memula nak makan kat Dubuyo je sebab malas fikir, tapi tu pun ramai. Takut order lambat siap. Jadi, kami menapak jauh sikit ke Hanbing. Banyak meja kosong, ada dua je yang berpenduduk.

Makan Dekat Hanbing, IOI City Mall Putrajaya

Makan Dekat Hanbing, IOI City Mall Putrajaya

Ciksun pernah datang makan kat Hanbing ni dengan ex-boss sambil buat kerja. Masa tu kitorang order set Bulgogi Duruchigi dengan nasi goreng guna sisa kuah diorang masak beef Bulgogi tu. Oh yes, untuk set menu ni, diorang akan masak untuk kita, kat meja kita. So boleh lah korang amek video diorang in action kunun. 

Makan Dekat Hanbing, IOI City Mall Putrajaya

But, ciksun warning dulu, menu yang ni pedas yaaa! Ciksun sampai kena ketepikan nasi yang diorang goreng tu and order nasi putih yang baru sebab terlalu pedas untuk ciksun. Mostly menu kat sini memang diorang labelkan as spicy dan super spicy. Jadi kalo korang pencari menu pedas maksima, boleh lah datang makan kat sini.

Makan Dekat Hanbing, IOI City Mall Putrajaya

Untuk kali kedua datang sini Jumaat lepas, ciksun order Brisket Ramyeon. Yang ni tak pedas langsung, tapi diorang ada hidangkan cili potong dan chilli flakes bersama in case korang nak ubah kepedasan kuah tu. Tapi kali ni punya lah lama tunggu order siap. Lepas tu bila sampai kat meja, eh tak sama macam dalam gambar. Rega dah lah mahal ye, baik aku masak megi kat rumah je. Hahaha! Mungkin sebab tu la tak ramai pun customer dia. Servis lambertt, and harga agak pricey.

Memang salah lah pertimbangan kami sebab nampak kedai kosong, boleh la cepat makan dan cepat balik office. Lepas ni pergi je kedai yang ramai orang sebab mesti diorang dah ready dengan segala menu, expecting ramai akan datang makan lunch kat kedai diorang.

Bak kata kawan ciksun, no more Hanbing lepas ni. Nohhh, rokiah!

Kalau sekadar makan Bingsu dia, ok la kot?

Post a Comment

0 Comments