Ticker

6/recent/ticker-posts

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan | Semalam, ciksun pergi Beryl's Chocolate Shop and Museum dengan kawan-kawan yang datang dari Merlimau. First time ciksun jejak kaki kat sini padahal dekat dah dengan Cyberjaya. Da pernah jugak plan nak datang sini dengan anak-anak buah yang duduk Shah Alam tu, tapi sekolah diorang plan lebih awal dari ciksun. Jadi, terkubur je la plan tu, nak pergi sorang tak sampai-sampai.

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Nampak je ada lokasi ni dalam itinerary diorang, ciksun teruja sungguh. Rupanya tiap kali ke KL, diorang memang akan singgah muzium coklat ni sebelum balik Melaka. Destinasi wajib untuk diorang borong coklat bawak balik. Sebelah kilang Beryl's Seri Kemangan tu je. Masuk percuma, buka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Ada kafe jugak tapi kecik je, so kalau nak duduk makan or minum hari yang ramai pengunjung, kena tunggu ada meja kosong.

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Muzim ni dua tingkat. Tingkat bawah ada kedai coklat, kafe, workshop, dan tempat buat coklat. Tingkat atas ada info dan sejarah tentang coklat dari seluruh dunia. Kalau pergi kena timing, boleh nampak diorang buat coklat dari tingkat atas. Masa kitorang pergi semalam, takde pulak proses buat coklat. So, tak nampak lah dari atas tu. Tapi semalam ada walk-in worshop jugak untuk sesiapa yang nak belajar buat coklat sendiri, boleh bawak balik lagi coklat yang korang dah buat tu.

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Kitorang shopping coklat je, rega dia tak sure lah lagi murah ke kat sini. Mungkin juga lebih murah dan lebih banyak variasi berbanding bila korang beli kat luar nun. Total habis RM60+ je untuk ciksun beli coklat, RM24+ untuk beli 6 pcs macarons. Kawan-kawan ciksun paling banyak habis RM140+. Pakkal la aku belum gaji kan 😑

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Borong Coklat @ Beryl's Chocolate Shop and Museum, Seri Kembangan

Kitorang teringin aiskrim coklat dia tapi belum ready pulak semalam. Ramai gak customer lain nak beli aiskrim tu sebab dari luar da nampak iklan askrim kon coklat sebesar alam. Rupanya tak dapat pun nak merasa. Takpe, next time insya'Allah ciksun datang lagi. Boleh dah ni kalau nak datang sorang-sorang. Dah tahu tempatnya kat mana. Ahihihi.

Tapiiii, lupa amek gambar dalam kedai coklat! Excited sangat kot nampak orang coklat banyak sangat. Next time lah amek gambar dalam kedai coklat pulak.

Korang da sampai sini tak?

Beryl's Chocolate Shop and Museum
No. 10, Jalan Raya 7/1,
Kawasan Perindustrian Seri Kembangan,
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.

Tel No.: +6012-310 3563

Business Hours:
Mon – Sat, 8:30am – 5:30pm
Sun, 9:00am – 5:30pm
*Except Public Holiday*

Post a Comment

0 Comments