BTS Purple OREO Hotteok Flavour | Sebagai seorang Army, hendaklak ciksun tak mahu ketinggalan merasa biskut OREO baru kaler purple ni. Sempat jugak ciksun pergi OREO x BTS pop-up event dekat Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 8 hingga 14 Jun 2026 bulan lepas. Ciksun pergi 13hb, hari ulangtahun ke 13 diorang debut. Ikutkan ada adik bongsu ciksun datang KL, tapi dia terpaksa cancel sebab AirAsia sesuka hati dia je pergi tukar hari fly my sister sehari lebih awal. Dah payah pulak dia nak apply cuti extra. Maka, ciksun pergi sorang-sorang je lah.
Ni la hari kejadiannya, tengok dari level atas, ramai jugak manusia. Ramai yang berbaris nak amek gambar, ciksun da simpan niat dalam hati untuk beli biskut dan redeem pinggan je. Lepas tu balik, tak payah nak amek-amek gambar tu. Malas nak beratur. Hahaha!
Pintu gerbang dia cantik. Amek satu gambar kat sini dan upload dekat IG story, tag oreo.sgmy, boleh redeem pulak 1 keping OREO x BTS sticker. Ciksun buat lah jugak, dapat 1 keping sticker extra lepas beli biskut pada certain amount. Boleh bagi dekat adik ciksun nanti.
Masa event ni, diorang buat promo, RM7.99 je untuk pek yang ni.
Kalau beli kat luar sekarang, harganya dah mahal sikit dari masa event ni.
Hasil borong dekat event.
Dapat la pinggan OREO tu satu, comel je.
Beli banyak-banyak tapi makannya sikit-sikit je.
2 bungkus da bagi dekat my sister dekat Shah Alam.
Comel ke idok?
Ada macam-macam design atas biskut tu.
Seronok tiap kali bukak pek baru, nanti nampak design dan wordings lain.
Sedap jugak, wangi bau brown sugar.
But benda-benda manis ni memang kena jarang-jarang makan.
See you in December kay!
💜💜💜
Post a Comment
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com