Singgah PD Famous Cendol Coconut Shake

Singgah PD Famous Cendol Coconut Shake | Hari Sabtu yang lepas, ciksun dengan officemate pergi Melaka. Ada event dekat UTeM half-day. Kehujanan dari Cyberjaya ke Melaka. Habis event pun masih hujan mencurah-curah ke bumi. Sampai ke Port Dickson pun masih lagi hujan. Memula ciksun nak ajak dia makan dekat Ayam Bakar Station, tapi masa menunggu adalah 40 minit ye. Rasanya ni kali kedua ciksun datang dengan penuh harapan tapi beredar dengan kekecewaan.

Dah lah sejam lebih nak sampai dari UTeM ke sini. Bila sampai, tak dapat nak makan pulak. Tak sanggup nak tunggu 40 minit, perut dah lapar. Jadi kalo korang nak ke Ayam Bakar Station on the weekend, mohon datang awal sebelum waktu lunch atau selepas habis waktu lunch dalam kul 3 ke atas. Itu pun kalau betul lah teori ni.

Kitorang gerak cari port lain. Ingatkan nak ke Cowboy Place sebab situ pun ada Ayam Panggang, tapi bila sampai destinasi, eh dah bukan Cowboy Place nama kedainya. Dah takde agaknya. Betapa lamanya lah ciksun tak ke PD sampai dah takde dah kedai best-best. Last pergi dulu, Cowboy Place dah pindah ke tempat baru, tapi tempat baru ni pun dah jadi Nurul Seafood. Memang dah tutup lah agaknya, dari bacaan di Google Review semua.

Last choice, kami ke PD Famous Cendol Coconut Shake, depan Dataran Teluk Kemang. Ada ikan bakar dengan ayam bakar kat sini, lauk nasi campur pun ada. Ciksun dengan officemate makan ikan pari bakar (RM15) dengan bawal hitam bakar (RM20). Tambah nasi putih RM2 sepinggan. Then beli coconut shake aiskrim RM5.

Singgah PD Famous Cendol Coconut Shake

Singgah PD Famous Cendol Coconut Shake

Singgah PD Famous Cendol Coconut Shake

Singgah PD Famous Cendol Coconut Shake

Boleh lahhh buat ghaso-ghaso melepas rindu dengan Port Dickson. Tempat healing zaman-zaman duduk JB dengan kawan-kawan dulu. Rindu kadang nak healing dengan random itinerary. Hasrat hati memang nak pergi bercuti yang betul-betul rehat dan menenangkan fikiran.

Moga ada rezeki nanti.

6 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

  1. Okkk tunggu trip ternak lemak kita ke hatyai wokayyy.. itu jam kita tenang-tenang makan dan tido sajerrrr hahahahahaah

    ReplyDelete
  2. Nampk sedap ikan bakarnya tu... terliur la pulak

    ReplyDelete
  3. mengancam la ikan bakar tu ha...geram nengoknya....

    ReplyDelete
  4. Faham sangat perasaan tu, bila tengah lapar dan redah hujan lebat, sekali kedai yang kita tuju penuh memang boleh luruh harapan, haha. Tapi mujur juga plan terakhir singgah kat area Teluk Kemang ni tak mengecewakan. Menu bawal dengan pari bakar panas-panas tu nampak mengancam betul, pekena pula dengan coconut shake memang terus hilang penat memandu jauh.

    ReplyDelete
  5. Lama tak jumpa CikSun. Kalau tahu ciksun ke PD, LeYa blk kg terus gather ngan sun... Hehe...

    ReplyDelete
  6. Terliur pulak tengok ikan bawal bakar tu. Eh murah juga harga tu. Ingatkan ikan bawal macam mahal lagi harganya. Kecewanya rasa bila kita jauh-jauh datang kedai tu dah tutup dah. Dah tak de terus. huhu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Previous Post Next Post