BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 5, 2011

Kek Gula Hangus SEDAP

Ops, ni bukan gambar kek gula hangus yang kami buat semalam, tapi macam ni lah rupanya~ :)

Semalam housemate saya mengidam~ Apa?? Mengidam hanya untuk orang mengandung?? Eh, betul la...memang housemate saya mengandung pun~ da 7 bulan lebih~ hehe..

Resepi yang dapat kat mana ek? Lupa pulak..hehe. Promote mentega jap~

Semalam dia nak makan kek gula hangus~ Beberapa hari sebelum ni, kitorang cari resepi kat internet, dapat la satu resepi tu~ maka sambil-sambil saya membuat lempeng telur cicah kuah kacang (kari yang diubahsuai) untuk minum petang, dia dan seorang lagi housemate gi beli barang-barang untuk buat kek gula hangus tu~

Kuah kacang dengan lempeng telur

Lepas maghrib, kitorang pun memulakan operasi~ tolong pukul telur sampai kembang, tolong cairkan gula...housemate yang mengidam tu pulak cumil jek asyik bertanya, da kembang ke? da cair belum? Bila da cair tu, kena gaulkan air gula dengan mentega dan tunggu sejuk. Dia tanya lagi, da sejuk belum? "Dah la ek..." Hehe..tak sabar-sabar~

Tolong cairkan gula lepas hangus

Tolong pukul telur sampai kembang

Bila da sejuk tu kena satukan dengan adunan telur, dan perap lagi 3 jam. Ho..lama tu nak tunggu, kesian ibu mengandung~ Ekeke.. Dalam pukul 10 gitu, oven pun dipanaskan. Then, adunan kek dibakar...kena tunggu lagi sejam! Heh~ Takpe, beliau sabar menunggu...kagum sungguh!

Setelah dicampur dengan adunan telur sebelum diperap~

Then, nak dekat jam 11 malam, kek siap! Sedap gak! Ibu mengandung gumbira, kami seronok~ lepas ni boleh la buat kek lapis pulak! :D

Ni petang tadi...

Ops, gambar kek yang dah siap takde, lupa nak snap semalam..balik ni kalau-kalau ada lagi kek tu, saya snap ye~ insya'Allah~

Okie, seperti yang dijanjikan, ni gambarnye~

Tinggal ciput jek~ wuwuwu~



14 comments:

mary ann ;) said...

buat sendiri ke?? bagusnya ;)

Sunah Mohammad said...

@mary ann
ha'ah..da ade oven kat umah~ :)

Norfa said...

saya panggil kek span.... sedap..suka..tapi mahal kalau beli.. nk buat tak pndai..biasa tunggu raya je.. tok (nenek) buat..

Sunah Mohammad said...

@Norfa
kek span? mahal ye..selalu beli 3 singgit jek..:p

Nieza Micha said...

rajin nye... huhu...

aDisH.sHidA said...

sunah...mcm ikut resepi yang akak wat je nie
yang mat gebu nyer geng kan....
apa pun tahniah....menjadi kan...nak skit boleh x

Sunah Mohammad said...

@Nieza Micha
rajin tolong wat untuk ibu mengandung~ :D

Sunah Mohammad said...

@aDisH.sHidA
hehe..sama ye? saya cek balik tadi~ ikot My Resepi

||aLeaSaRa|| said...

wah fav kite ni tau suka..suka...erm bilalah nk buat sdri...huhu.

Awangku Johan said...

fevret aku ni...
bukan susah nk buat pun..
hehe..

Sunah Mohammad said...

@aLeaSaRa
ape lagi~ wat la~ hehe..

Sunah Mohammad said...

@Awangku Johan
ramainye orang suke kek ni ye~ awang pon suke~

suri solehah said...

salam sunah

menjadi cantiknya,,akak suka tengok sbb akak penah buat(entri dulu2) tapi tak menjadi..mesti puas hati kawan sunah tu

p/s:akak tag GW leh dak?

Sunah Mohammad said...

@suri solehah
salam kak~ heh~ tak tau puas hati ke tak ibu mengandung tu~ hehe..diam jek makan..tapi da habis da..puas hati la kot..:D

akak nak tag GW? tag jek~

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.