Thursday, February 3, 2011

Pizza Telur Berkeju


Hari tu lagi nak masukkan, tapi was-was sebab gambar tak clear. Guna handphone je masa tu, kamera compact habis bateri lak. Tapi, takpe lah. Masukkan je. Yang penting nak kongsi resepi tu sebab sedap sangat! :D

Ok...jom kita namakan makanan ni Pizza Telur Berkeju (buruknya nama! Ada cadangan lain? Hahaha~)

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 biji buah tomato (dibuang biji dan dhiris kecik-kecik)
2 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
sekeping cheese (KRAFT je saya guna) - hiris jugak
sedikit oregano
sedikit serbuk lada hitam

Cara nak buat:
Mula-mula pecahkan telur, ala macam biasa la... Kacau dalam mangkuk kecik tu dengan garpu ke sudu ke, tak kisah lah ye. Then, campurkan sosej yang dah dihiris tadi.

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan telur bercampur sosej. Bagi separuh masak, taburkan hirisan tomato. Bagi masak sikit, balikkan ye~ Tunggulah dengan sabar...haha~ Api tu jangan besar sangat, kang hangus lak!

Kemudian, balikkan semula bila rasa da bercantum bahagian yang bertomato dan bersosej tu tadi. Taburkan kepingan cheese yang da dihiris tu jugak.

Lepas tu taburkan (taburkan ke?) serbuk lada hitam dan oregano secukup rasa...saya tak letak garam pun, sebab cheese dengan sosej da cukup masin.

Dah siap! Sedap~~~


29 comments:
Write Comments
  1. ingatkan blog mat gebu dah tukar template..haha

    ReplyDelete
  2. kompem menanges la mat gebu!hahaha;p

    ReplyDelete
  3. weehuu piza buatan sendiri..terbaekkk! ^_^

    ReplyDelete
  4. @nazirulhazwan~

    ekeke~ che mat buleh nangis ka? dia lagi terer la masak memasak ni~

    ReplyDelete
  5. yang nih norfa selalu buat time pergi sekolah dulu2..tiap2 pagi makan ni.. heheh.. tpi telur + sosej je la..then mkn ngn sos cili..kegemaran nih..

    ReplyDelete
  6. @Norfa

    hehe..sebenornye adik akak yang selalu wat kat umah..akak adjust sket2 kat sini..sedap seh!!

    ReplyDelete
  7. wooo mcm sedap... nak cuba lah t...

    ReplyDelete
  8. emm..kreatif sunah ni..kalau buat mesti anak2 suka sbb telur n sosej tu..nak try lah sunah..

    ReplyDelete
  9. @suri solehah

    ha~ wat untuk diorang ye~ pastu jangan lupa wat entry..nak tengok! hehe~

    ReplyDelete
  10. emmmm... simple dan menarik.. nanti nak cuba lah.. tq for sharing..

    ReplyDelete
  11. Salam sunah, oregano ape?xtahu..huhu

    ReplyDelete
  12. @FasiHaH SupiaN

    oregano tu herba Itali~ ;) nanti wat entry sat!

    ReplyDelete
  13. wah...menarik la resepi nih...simple tapi nmpk sgt2 melazatkan...nyum..nyum..

    sesuai utk penggemar telur..nmpk skit kepelbagaian nak masak telur..dr goreng telur dadar biasa je....

    ReplyDelete
  14. Perghhh....syabas...ha! aku nak nangess....tak de makna nya..kita very supportive nya person, lepas ni sila derhaka lagi mana2 resipi yeaa....salute lah!!!... (^_*)

    ReplyDelete
  15. @DeQdEq

    betul, betul! saya paling suka modify telur2..haha~

    ReplyDelete
  16. @Mat Gebu

    haha! lepas ni nak jadi si tanggang pulak!

    ReplyDelete
  17. tengok macam sedap je

    nak try lah :)

    ReplyDelete
  18. salam sunah...wah nampak sedap jer nanti mama nak cuba buat la...mesti hasilnya best kn...:)

    resepi terhebat dr sunah sakura....
    "Pizza telur berkeju"

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com