BLOG ENCIK SUAMI

Friday, April 15, 2011

Eh, Ustazah! : Hidayah


Penat, penat! Penat benar ustazah dan kawan baiknya keluar membeli-belah kejap tadi. Sampai rumah, adiknya Amalina dah ready dengan jus oren. Bagus betul adik sorang ni.

Amalina: Waaahhhhh, banyaknye beli barang?

Esmeda: Ye lah, nak kawen ni. Banyak nak prepare. Huhuhu.

Ustazah: Hamboiii...bila pulak nak kawen? Tak sebut ape pun...diam-diam ye.

Esmeda: Gurau je lah, mana de nak kawen. Tapi kannn...tadi kat kedai tu, ada sorang aweksss tu kannn...

Ustazah: Banyaknye "kannn", macam Pak Cik Mat yang jual satay ayam tu pulak dah...

Esmeda: Eh, ko ni...janganlah potong cerita.

Ustazah: Okeh, okeh...sambung, sambung.

Amalina: Ha, kak Es, cepat la sambung!

Esmeda: Erm...takde...suke tengok dia. Sejuk je mata tengok.

Ustazah: Cashier tu ke? Alhamdulillah. Solehah...insya'Allah yang soleh untuk dia.

Esmida: Haishhh, ko tak kenal dia ustazah. Aku ni da lama kenal. Dulu dia tak macam tu tau...dulu--

Ustazah: Siapa kita nak judge masa silam dia, Es...tak layak pun kita. Alhamdulillah, kalau dia lebih baik dari dulu.

Amalina: Ha'ah...hidayah kan milik Allah.

Esmeda: Hidayah...?

Ustazah: Yup, hidayah, dear...petunjuk yang akan Allah berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.


Ustazah: Orang yang mendapat hidayah Allah akan berubah tingkah lakunya, daripada kufur kepada beriman. Contoh di zaman sahabat, cuba teka...sape yang masa jahiliyyah sangat-sangat digeruni semua kerana kebengisan dia dan bila dapat hidayah Allah dia tetap dihormati.

Esmeda: Alamak, sirah-sirah ni...errr...

Amalina: Akak! Umar kan??? Umar al-Khattab!

Ustazah: Yezza...betul tu. Umar al-Khattab antara contoh yang dapat hidayah Allah. Alhamdulillah, biarpun sebelum memeluk Islam dia pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup, tetapi sesudah menerima Islam orang tetap pandang tinggi pada kewibawaan Umar.

Esmeda: Subhanallah...tapi ustazah, cane nak dapat hidayah? Kalau Allah hanya bagi pada orang-orang yang Dia inginkan je?

Ustazah: Hidayah memang milik Allah yang mutlak. Tapi jangan salah anggap, hidayah bukan ditunggu untuk terpilih, tapi hidayah itu perlu dicari.

Amalina: Macam mana nak cari, akak?

Ustazah: Berusaha dapatkan hidayah tu...dengan memperbaiki amal kita. Hayati al-Quran, basahkan lidah dan suburkan hati dengan zikrullah, banyakkan ibadah sunat yang lain, insya'Allah Dia akan bagi hidayah kepada hambaNya yang layak.


Esmeda: Erm...selalunya bila nampak orang yang dulunya tak bertudung tu da bertudung mesti cakap, "dia da dapat hidayah..." Tapi, tengok-tengok lepas tu tak kekal jugak tudungnya. Solat pun entah ke mana.

Ustazah: Es, hidayah tu Dia bagi kat sape-sape yang Dia kehendaki kan, tapi kita tak tahu siapa, dan bila orang tu dapat hidayah dari Dia. Kalau orang tu da terbuka hati untuk menerima Islam secara keseluruhan, alhamdulillah... Insya'Allah Dia akan tetapkan hatinya...tapiiiii, dengan usaha orang tu jugak.

Amalina: Macam mana nak tetapkan hati pulak?

Ustazah: Lepas solat, kita selalu amalkan doa ni, perasan tak?


Esmeda: Ha'ah lahhh...

Ustazah: Pintalah kepada Allah agar ditetapkan hati kita, moga kita istiqamah mengerjakan kebaikan, dijauhkan dari kemungkaran, sampai tertutup hati kita nak buat dosa.

Amalina: Jangan sampai Allah tarik balik hidayah, kan akak?

Ustazah: Alhamdulillah, pandai adik akak...

Esmeda: Alhamdulillah, terima kasih tau. Tak sia-sia aku datang minum jus oren ni. Hehehe...

Ustazah: Ha...lepas ni datang la lagi minum jus oren.

Esmeda: Insya'Allah...nak cari hidayah jugak untuk diri.

Ustazah: Insya'Allah untuk semua...


Hidayah itu milik Allah, tapi kita sebagai hamba tidak sepatutnya hanya menunggu untuk hidayah itu jatuh bergolek, berusahalah untuk mendapatkannya. Insya'Allah manis dan indah hidayah itu akan kita rasa bila tiba masanya...


JOM UNDI HEADER SUNAH SUKA SAKURA DOT COM KAT SINI



30 comments:

Cik Puan Zura said...

bagus penerangan ni...
bermanafaat...

forever love said...

huhu..

semoga atq sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNYa..

thnx akk...

cik pulau said...

betol2.. hidayah itu milik Allah..^^,

EYQASARA said...

Alhamdulillah.. mudah2an eyqa pun dapat hidayah.. Amin.. :)

... said...

as salam..
alhamdulillah..untuk dihadam halwa iman..
moga kita makhluk-Nya, diberikan hidayah dan kekuatan untuk menghadapi dunia ujian-Nya..

ameen..

iklan konsep memberi dan menerima :

infoRenungan: Jangan Langgar Lampu Isyarat Iman.bahaya ok~

dan juga kat athirah trex :

infoRebungan :Jerung vs. Manusia. Iman Penyelamatnya!

bersama kak Es said...

masya Allah...tazkirah selembut bayu terasa nyaman menyapa muka.
Moga ada hati yg 'terbuka' dengan sinar hidayah.

menarik dik!

bila tarikh kawen?nak pi tempah kat ayer itam ni bunga telur...kehkehkeh

Along Usop said...

baik kak.. =)

kite kene jaga hati kita sebelum dia mati... kan?

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hdayah dtg dr Allah.tp kita kena usaha jd hamba yg terbaik sbb terlalu byk nikmat Allah berikan kpd kita

amin said...

Terbaiklah Sunah..yup Hidayah perlu dicari dgn bersungguh2..

mynameismy said...

;)

Kuasai minda said...

Semoga kita semua terus mendapat hidayah daripada ALLAH, sentiasa mendapat hidayah baru...

Kebetulan, khutbah Jumaat di tempat KM pun berbicara tentang hidayah tadi. Hidayah itu petunjuk, hidayah itu ilham, hidayah itu peringatan daripadaNya.

Menurut khatib yang berkhutbah, hidayah paling mudah berlaku dalam 3 keadaan iaitu semasa solat, semasa membaca Al-Quran, dan semasa menziarahi orang yang meninggal. Jika 3 keadaan itu belum mendapat apa-apa hidayah, maknanya hati kita terlalu jauh...

Miss Ran said...

menanti nmeku muncul tak muncul jugak..rindu pada blog ni terubat

Novelgurl said...

dan juga..dgn mmbce entry kak sunah ;D

padlie said...

Thanks. Refreshment untuk hati.. :)

aliarosli said...

bestttttttttt,hidayah perlu usaha, bukan tunggu kan?

emmmmmmm,datang kak! rinduuuuu akak

~...AmALinA....~ said...

suka entri ni...=)
alhamdulillah...semoga kita terus diberi hidayah dan pentunjuk dari-NYA..ameen

Izamir Ridzwan said...

alhamdulillah.. semoga kita semua dapat hidayah dariNya

senyumSOYA said...

nak dapat jugak hidaya..doa-doakan ya.insyaALLAH~

airmataibu said...

nice N3, dah follow sunah... tahniah ye, ada masa dtg rumah kita... boleh berkenal kenalan...

hitammanis said...

aku ingin berubah....semoga aku mendpt hidayah-MU

http://lizahhamidin.blogspot.com/2011/04/aku-ingin-berubah.html

Tukang Cat said...

Cool! keep it up!

... said...

@Along Usop

sebelum dia mati? 'dia' tu siapa?

terima kasih encik kuasai minda =)

ayuorked said...

kak sunah :) sy dtg lagi.. lame tak menjenguk blog akk.. sihat? hehe wah..cerita yang menarik.. berdialog :) shuke bace ;)

Hafriz Mohamad said...

Hidayah itu milik Allah..

Alhamdulillah. Tersusun, jelas dan mnarik untuk di baca.. ^_^ nice!!!
klau ada undian utk entri.. sy akn bg 10/10.. hihi

qasehraihan said...

hidayah itu milik Allah taala..
tp berusahalah kita mencarinya..huuu

hai sunah..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/mengapa-wanita-menangis.html

Aretikz said...

Hidayah itu macam jenis.. tp rmai yg menunggu hidayah dari-Nya.. sedangkan Al-Quran dan Sunnah itulah salah satu bentguk hidayah.. Nabi sendiri cakap, dua benda ni ditinggalkan kepada kita,. kalau kita amalkannya kita akan terselamat dari kesesatan..

namun hidayah dari-Nya paling bermakna.. InsyaAllah, jika kita berpegang Al-Quran dan Sunnah, pasti hidayah dariNya itu berterusan kita dapat.. ^_^

Salfiza said...

Hidayah milik Dia... :)

z said...

Subhanallah..hidayah ALLAH mmg indah... ^_^

fRaMe+LenSeS said...

terbaek la cita ni.. suka2.. :D

JIJI YU said...

aku baru teringat..aku nak wat entry sal hidayah sebab ade orang tanye aku..

ustad2...tuhan tu zalim ke tak ek..sebab hidayah tu milik die..tapi die bagi dekat orang yg die nak je..kesian le kat bapa sedare nabi...tak dapat hidayah sampai ke mati..

alhamdulillah aku dah jawab kat die dah..ehehe

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.