Eh, Ustazah! : Qada' dan Qadar

April 01, 2011


Petang itu, sekolah ustazah ade buat picnic. Jam dah kul 4.50 petang, tapi ade beberapa orang yang masih belum memunculkan diri.

Nasri: Mana yang lain ni, ustazah? Da nak dekat pukul 5 da ni.

Solihin: Ha'ah ustazah. Mana Ustaz Fakhrul yang macam muka Ustaz Amirul tu? Asmidayu ni pulak mana?

Ustazah: Sabar...jap lagi sampai lah tu. Ni susun jap pinggan dengan cawan plastik ni.

Atiq: Hish, diorang dua orang ni kan ustazah, bising je mulut kan. Bukan nak tolong ustazah. Hurm...

Ustazah: Takpelah, diorang risaukan kawan-kawan yang belum sampai. Bagi je diorang bising. Dalam kelas kan tak boleh bising.

Nasri: Yessssss! Ustazah sokong!

Ustazah: Takde maknenye Nasri. Kamu amek satay ayam Pak Cik Mat ni, bubuh dalam pinggan.

Nasri: Erk..baekkkk.

Myzatul: Tapi kan ustazah, da lambat gak ni. Kan da janji awal-awal hari tu kul 4.30 petang dah ade kat sini semua.

Ustazah: Myzatul, kita merancang, Allah menentukan. Kita kena beriman dengan rukun iman yang ke-enam, kan?

Myzatul: Errr...qada' dan qadar...

Iffah: Hurm? Qada' dan qadar? Ape kaitan dia ustazah?

Ustazah: Qada' ni ketetapan dan penciptaan Allah sejak azali; qadar pulak sesuatu yang telah diketahui sebelumnya dan telah tertulis, dari apa-apa yang terjadi hingga akhir masa.

Solihin: Erk. Macam sama je?

Ustazah: Berbeza, tapi beriringan kedua-duanya. Qada' ni ketentuan yang lebih bersifat umum, manakala qadar ni merujuk kepada perincian-perincian daripada ketentuan tersebut.

Atiq: Tadi ustazah sebut penciptaan? Maksudnya macam kita ni da diciptakan sebagai manusia, bukan binatang...jadi tu qada' untuk kita?

Ustazah: Yup. Qada' ni terbahagi kepada dua, qada' mubram dan qada' muallaq.


Iffah: O...macam yang Atiq kata tadi, sebab kita ni da dicipta sebagai manusia sejak azali, tak boleh nak ubah dah kan? Itu qada' mubram ye ustazah?

Ustazah: Ye, dan selain tu jantina dan ajal juga termasuk dalam qada' mubram. Kalau dah ditetapkan kamu lelaki, lelakilah...tak boleh ubah jadi perempuan.

Nasri: Kalau muallaq ni pulak, ustazah?

Ustazah: Muallaq ni ketentuan Allah yang boleh diubah dengan usaha dan ikhtiar. Contohnya macam result exam. Kalau kita usaha sungguh-sungguh, Allah akan bagi yang setimpal dengan usaha tu.

Solihin: Ooo...kalau kita sambil lewa je, dapat markah yang sambil lewa jugak la kan, ustazah?

Ustazah: Ha'ah...jadi lepas ni takleh salahkan qada' dan qadar kalau gagal periksa. Mati pun, satu benda yang pasti terjadi, kalau kamu sakit, tapi kamu cari ubatnya, Allah takdirkan kamu jumpa penawar, maka Dia berikan kamu umur yang lebih panjang kerana ikhtiar kamu tadi.

Myzatul: Aha, lagipun Allah tuntut hamba-Nya berusaha mengelakkan kematian, kan? Tapi ustazah, selama ni selalu je dengar orang asyik salahkan takdir. Huhuhu...

Ustazah: Kat situlah silapnya. Nanti ustazah kupas part tu. Untuk qadar pulak, segala perkara yang Allah tentukan dari sebelum kita dilahirkan sampai akhir-akhir masa kita adalah qadar Allah. Macam sekarang, qada' Allah adalah kita akan buat picnic dan jumpa kawan-kawan hari ni, tapi pukul berapa baru picnic ni start dan macam mana kita datang ke sini, dalam qadar Allah pulak.

Atiq: Macam mana pulak kes yang ermmm...contohnye buat jahat, mencuri, merompak, berzina...tu...Allah da tetapkan jugak ke ustazah???

Ustazah: Haaa...kat sini, ramai yang salah faham tentang qada' dan qadar. Cuba tengok gambar ni...


Iffah: Ooo...sepatutnya kita memilih jalan yang terbaik dalam hidup kita kan? Tapi ustazah, kalau da terbuat semua tu dulu macam mana? Kadang-kadang benci bila ingat diri sendiri di zaman jahiliyyah. Huhuhu.

Ustazah: Iffah sayang, segala ketentuan Illahi, kita kena redha. Redha Allah tentukan kita berada dalam kekufuran dan kemaksiatan, ada hikmah Dia jatuhkan semua tu atas bahu kita. TAPIIIII...jangan sesekali redha dengan perbuatan yang kita lakukan di masa silam tu.

Myzatul: Redha dengan ketentuan Allah, tapi tak boleh redha dengan perbuatan hamba, gitu ye ustazah?

Ustazah: Pandai pun...:)

Ustaz Fakhrul: Assalamualaikum semua! Maaf, terlambat. Ada kemalangan dalam perjalanan tadi.

Semua menjawab salam.

Ustazah: Haaa...da sampai pun Ustaz Amirul kamu, semua redha kan walaupun ustaz lambat?

Semua: Ye, ustazah...

Ustaz Fakhrul: Eh, ade benda ustaz terlepas ke tadi? Oh ya, Asmidayu tak dapat datang, takde rezeki nak bersama-sama kita petang ni.

Ustazah: Yeke... Takpelah, lainkali kita buat picnic lagi. Solihin tak kecik hati kan...redha...

Solihin: Insya'Allah ustazah, saya redha...hehehe.


Allah menjadikan sesuatu di muka bumi ini semuanya ada sebab yang tersendiri. Letaknya pada manusia untuk memikirkan di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita sebagai hamba. Jika kini kita dalam kesusahan, katakan pada diri sesungguhnya aku sedang diuji! Andai saat ini kita dalam kesenangan, pesan juga pada diri sesungguhnya aku sedang diuji!

Kerana setiap detik nadi kita berdenyut, semuanya dalam catatan Dia...

You Might Also Like

45 Comments

  1. kt sini dh tumbuh poko sakura.. i mean the sakura la.. sgt2 cute + comel + pink! masyaallah

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak berlakon. Kekok rasanya. Hahaha. Kena ambik kelas lakonan dekat uia lepas ni, haha

    ReplyDelete
  3. I tahu pasal qada' & qadar jugak sebab kat sekolah dulu I duduk sama dalam kelas masa kelas agama. Hehe...

    ReplyDelete
  4. like3!!!
    thanks ustazah..
    suka dapat info macam ni dari ustazah sunah.. =)

    ReplyDelete
  5. qada' dan qadar

    macam same tapi laenkan ustazah?

    baru paham

    ek,redha tue sesuai tok qada' ke qadar??

    ReplyDelete
  6. logorithm: bgusnya u...hehehe..sy pn ske je klu agama lain masuk kls gni..at least dpt jgk ilmu kn.. :)

    sunah: Haahaha...ustaz tak pasal2 lewat yer..mmg exsiden td..tp dh hntr hspital dh :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...
    bertambah ilmu...

    ReplyDelete
  8. @z a k w a n

    nas, kite kan berlakon seminggu sekali..hahaha~

    ReplyDelete
  9. @logorithm

    bagus2, kalo leh share sekali kat sini ape yang uncle study...i lagi loikeeeeeeee! hehehe~

    ReplyDelete
  10. @aliarosli

    alhamdulillah alia faham..akak risau jugak ni, takut berat sangat nak fikir..

    redha untuk kedua-duanya sayang...:)

    ReplyDelete
  11. waaa suke jugak... thanx ustazah!heeee

    ReplyDelete
  12. eheheheheh...

    Allah tak membantu umat itu selagi umat itu tidak membantu diri mereka sendiri.. =)

    tak ingat ayat mane..

    ReplyDelete
  13. @solo molo

    alhamdulillah..sebarkan mana yang mampu..:)

    ReplyDelete
  14. wah.. ptt la... hihi... betul.. qada & qadar boleh diubh dengan doa..

    ReplyDelete
  15. @Along Usop

    "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." [ar-Ra'd:11]

    ReplyDelete
  16. kak sunah hafal sume hadis ngan tafsir ngan ayat ke??

    ReplyDelete
  17. wow !!!
    dialog penuh makna ~

    ReplyDelete
  18. betul.. tak lupa dgn usaha.. hehe

    ReplyDelete
  19. @aliarosli

    erk, tak la sayang...untuk buat entri ni, akak perlu masa yang banyak..kene kaji banyak hadith, kene belek tafsir..ade software al-Quran digital dalam laptop...:)

    ReplyDelete
  20. terima kaseh ustazah!!! **mengimbau kembali zaman sekolah.. mase mula2 belajar rukun iman dan Islam...

    Moga kita dimatikan dalam keadaan Iman.....Amin...

    Tenks sunah!;)

    ReplyDelete
  21. macam mane akak leh jawab soklan along usop kejap je??



    ek,banyak lak tanye

    ReplyDelete
  22. sejak bile ang men entry dialog2 yang mantop ni??hehe:P

    ReplyDelete
  23. syukran ya ustazah sbb sudi amek sy berlakon dlm cita ni.. hehehe..

    stiap yg berlaku mmg qada dan qadar..

    tp jgn buat jahat pon kata qada n qadar jugak.. kan.. heheh...

    ReplyDelete
  24. @aliarosli

    erk..kejap ke? ayat tu da biasa dengar n baca, then guna software al-Quran digital tu boleh carik ayat berkaitan dengan keywords, kalo tak jumpa, kan tenet ade...:) then cek balik dalam software tu..

    ReplyDelete
  25. @nazirulhazwan~

    sejak ceq belajar dari upon ipon...hahahha

    ReplyDelete
  26. MAcam dalam surah Al-Baqarah tak silap mira..

    "..Boleh jadi apa yang kita tak suka adalah yang baik untuk kita dan benda yang kita suka adalah tidak baik untuk kita.."

    lebih kurang macam ni la....saya lupa...ustazah sunah lagi tahu kan..ayat ni..

    ReplyDelete
  27. as salam..
    thanks dik ;)
    bermanfaat.

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com