BLOG ENCIK SUAMI

Monday, May 23, 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA ABANG FAHRIN


Klik imej untuk join

Abdul Farique merenung kertas kerja di atas meja di hadapannya. Dalam kepalanya bermain-main 1001 persoalan yang kemungkinan besar akan dilontarkan kepadanya dalam mesyuarat bersama orang-orang besar negara sebentar lagi. Abdul Farique menarik nafas sedalam-dalamnya, melafazkan kalimah hawqala sambil menghembuskan nafas perlahan-lahan.

***

"Menara Warisan tu pun masih dalam pembinaan lagi. Awak pulak nak tambah lagi benda lain yang macam ni?" suara Ibnu Saili dari Kementerian Kewangan tajam menujah telinganya.

"Kenapa tidak? Kalau Ly_Tulip16 boleh memudahkan lagi hidup rakyat, berbanding Menara Warisan yang hanya sekadar perhiasan di tengah-tengah Stingarden, rasanya Ly_Tulip16 lagi boleh menjana pendapatan negara." Abdul Farique mempertahankan Ly_Tulip16. Slaid bergambar rangka Ly_Tulip16 pada skrin putih di depan bilik mesyuarat itu bertukar-tukar selang lima saat.

"Apa??? Sekadar perhiasan? Awak..."

"Macam mana projek rapuh macam ni boleh menjana pendapatan?" Sergeant Keroro, Menteri dari Kementerian Pertahanan pula bertanya, memotong kata-kata Ibnu Saili. Faham benar dia apabila Menteri Kewangan itu sedang baran. Tak perlu dilayan.

"Saya percaya bila Ly_Tulip16 siap pada tahun 2016, sektor pengangkutan dan perlancongan adalah antara yang akan mendapat banyak kelebihan. Dari segi perindustrian pun tidak terkecuali." Abdul Farique meminta ahli mesyuarat petang itu berfikir jauh ke hadapan.

"Tapi Farique, macam mana pulak dengan aspek keselamatan? Terjamin ke dengan jarak yang begitu jauh macam ni?" Nik Adila, Menteri dari Kementerian Pengangkutan ragu-ragu.

"Puan, alhamdulillah saya dah buat kajian selama empat tahun, dan saya percaya dengan bahan-bahan yang ada di pasaran sekarang, insya'Allah Ly_Tulip16 mampu menyamai saingannya di Jepun." Abdul Farique semakin yakin.

"Abdul Farique, tunjukkan yang Ly_Tulip16 betul-betul seperti yang awak katakan." Akhirnya Dato' Jahn Abas membuat kata putus. Abdul Farique mengucap syukur. Perdebatan selama hampir tiga jam itu akhirnya membuahkan hasil. Langkah seterusnya untuk Ly_Tulip16 akan bermula.

***

Detik yang berlaku lebih kurang enam tahun yang lalu terbayang-bayang di fikiran Abdul Farique. Kenangan itu membuatkan dia tersenyum.

"Abah! Cepatlah! Tren da nak sampai!" suara Sarah, anak perempuannya yang berumur 5 tahun, menghentikan bayangan memori berusia enam tahun itu. Dia menoleh melihat anaknya yang berlari-lari anak mendapatkannya. Isterinya mengikut dari belakang.

"Esmeda, tiketnya ada?" Abdul Farique bertanya kepada isterinya. Esmeda mengangguk sambil tersenyum.

"Cepat, abah! Sarah nak tengok penyu dalam air!!!" tangan Abdul Farique ditarik Sarah. Abdul Farique yang tidak bersedia dengan tarikan itu tertarik ke hadapan dan...

"I'm sorry, sir! Are you okay?" Seorang pelancong lelaki mengucap maaf terlebih dahulu. Ada loghat Aussie pada bahasanya.

"It's all right, I'm okay," Abdul Farique tersenyum. Pelancong itu bersama keluarganya juga, membalas senyum Abdul Farique sebelum terkejar-kejar ke arah kaunter tiket.

Saat itu juga tren dengan nama "Ly_Tulip16" pada badannya yang berwarna putih tiba di stesen. Orang ramai berpusu-pusu keluar. Yang bakal masuk pula menanti dengan sabar.

"Abang, alhamdulillah...dah berjaya impian abang, kan?" Esmeda memeluk lengan suaminya.

"Alhamdulillah...terima kasih sayang sebab bantu abang selama ni..." Abdul Farique memimpin keluarganya ke arah Ly_Tulip16.

Mereka sekeluarga bertolak ke Mukah hari ini, ke kampung halaman Esmeda. Mereka akan merentasi Laut China Selatan. Bukan lagi menaiki kapal terbang Air Asia, tetapi dengan Ly_Tulip16, keretapi peluru dasar laut yang menyambungkan kepulauan Borneo dengan Semenanjung Malaysia.


15 comments:

bersama kak Es said...

WOW!!!

BOLEH JADI MENTERI.
MAKE SURE Ly_Tulip 16 tak roboh atau musnah okeh!!

Like 100x

Abdul Farique said...

Assalam . thanks gunakan saya watak utama :p ,
kalaulah saya betul2 macam cerita tu ... haha :p

waN Mohd Salim said...

kreatif la akak ni

... said...

as salam..
boleh tahan.namun masih ada beberapa babak klise walaupun tak berapa ketara. teruskan berkarya ;)

nik adila said...

waa , tibe2 dpt jd menteri pengangkutan gtu,hehe,btw tanx sbb msok kan sy ! :)

Sunah Mohammad said...

@...

klise tu ape?

mad khaz said...

best cerita akak,nanti kan dari saya pulak.

hehe,menteri kementerian pertahanan.

lol XD

mas saari said...

wah! cerita yang menarik...

Fauzan 'Jahn' Abas said...

saya pun gunakan awak jadi pealkon saya..hehehe, kat sini....


http://jahnscar.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

azila said...

salam..wah mcm baca novel lak k.zla, tup2 dah tamat..kreatifla sunah...nanti leh try tulis novel lak.heheh

Solihin Zubir said...

heheh.. sidang antara menteri2 la plak..

Ly_Tulip said...

owh, sy jadi peluru mengantikan kapal terbang???Huhuhu...

Btw, thanks ea... name sy die sebot di setiap perenggan... :)

Nice stori.. :)

Liza @ Adzriel AB said...

terbaik.. kita doakan impian jadi kenyataan. Insyaallah tiada yg mustahil..

Liza @ Adzriel AB said...

http://adzriel.blogspot.com/2011/05/segmen-drama-kreatif-blogger-bersama.html share entry ni

ibunaznoy said...

singgah mai baca cerpen yg best!

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.