BLOG ENCIK SUAMI

Monday, May 30, 2011

DOA KU BUAT MEREKA


Klik header untuk join

Mak...

Ti pernah buat mak marah sangat masa zaman dulu kala... Tapi masa tu Ti kecik lagi mak... Ti nakal kan... Ti dengan Opie tak jaga adik baik-baik. Ti sedar sepupu tengah pusing mesen gelek getah. Masa tu adik bongsu duk tepi Ti. Tapi Ti tak sedar adik buat apa masa tu. Sampailah adik tiba-tiba menangis. Ti hairan. Ti nampak jari adik kat roda pemusing. Muka adik takut sangat. Air mata adik banyak. Ti tengok ibu jari adik. Darah banyak sangat. Kuku ibu jari adik da tanggal. Adik menangis kuat sangat. Ti kesian tengok adik, tapi Ti tak tau nak buat apa. Opie dengan sepupu pun tak tau nak buat apa. Semua cuba pujuk adik, "jangan nangis..." sambil tiup jari adik. Tapi adik macam tak dapat tahan sakit. Adik nangis lagi dan lagi.

Mak dengar adik nangis, Ti terkejut tengok mak bawak parang. Muka mak merah sangat. Mak marah, Ti tau. Tapi Ti tak sangka mak bawak parang. Ti, Opie dengan sepupu lari dari mak sebab mak kejar Ti, Opie dengan sepupu sambil bawak parang. Kali ni Ti yang nangis sambil cakap kat mak, "jangan..." Mak ngah yang tahan mak, pegang mak kuat-kuat. Bawak mak balik naik rumah. Ti, Opie dengan sepupu tunggu lama kat bawah rumah sampai petang, baru naik atas. Ti ingat sampai sekarang benda tu... Sampai sekarang pun air mata ni menitis lagi bila ingat benda tu... Biarpun mak da maafkan kami yang nakal ni... Maafkan Ti sebab tak jaga Ecah baik-baik...

Bapak...

Ti dulu nakal kan... Ti buat ayah tak bercakap dengan Ti beberapa hari. Ti tak mo ingat dah, tapi Ti takkan boleh lupa benda yang buat bapak kecik hati sampai macam tu. Ti faham, bapak sayang dengan Ti, mak pun sama... Sebab tu bapak buat gitu kannn... Sekarang Ti dah boleh fikir, kenapa bapak buat macam tu dulu. Semua untuk kebaikan Ti, sebab bapak nak jaga Ti elok-elok, takut Ti tersungkur jatuh sedang masa tu sepatutnya Ti berlari kejar pelangi. Alhamdulillah, Ti bersyukur ada mak dan bapak macam mak dan bapak... Alhamdulillah...

Adik-adik Ti yang baca ni, mungkin akan ingat balik semua yang berlaku dulu... Kita nakal kan kecik-kecik dulu. Sekarang, semua da besar. Jangan duk buat hal lagi, kesian kat mak ngan bapak tu, sampai bila agaknya diorang nak peningkan kepala disebabkan kita ni. Sama-sama kita doakan kebaikan buat mak dan bapak di dunia serta di akhirat. Moga Allah mengampunkan dosa mereka, dan mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita sejak dari kecil lagi... Ameen...


10 comments:

JIJI YU said...

pergh kejor ngn parang tu..takpe la ti..tu sumer pengalaman yang mematangkan..kire perngajaran secara tak langsong jugak tu kan..

Sunah Mohammad said...

erkkkkkkkkkkkkk~ jiji! jangan mengada panggil ti, okehhh!

YAYA AZURA said...

masa kecik mmh kita tak nampak slh kita..bila besar baru dapt berfikir..alhamdullillah..kekesalan tu wujud sebelum terlambat .. harap dan bahagiakan mak dan bapak ..

Jiejah Gorjes said...

ibubapa dan adik bradik adalah harta kite :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga kita jd anak yg membuatkan hati mereka tenang skrg ni ye sunah..

UpProfits said...

smga menjadi anak yg baik..aminn..

shopping2u said...

singgah dri blog abg ben dan terus follow :)

Eera Shera said...

salam.dari blog bro Ben! emm.. moga jadi anak yang taat pada ibu bapa ek =)

putERi-kAtEk said...

nakai kak TI ni naaaa amboiiii
so jari adik tak dak apa2 ka?huhuhu kesian dia

''bidadariSIDIA'' said...

Assalam :)

singgah baca dan terus follow,
jom terjah kita punya pulak :)

http://bidadarisidiahuzaifah.blogspot.com/2011/05/doa-ku-buat-mereka.html

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.