BLOG ENCIK SUAMI

Friday, June 17, 2011

Eh, Ustazah! : Al-Qur'an




Hari tu ada gotong-royong kat sekolah ustazah. Beberapa orang anak murid tolong ustazah kat surau. Kemas ape yang patut. Rak-rak buku pun dah penuh dengan buku-buku sumbangan ibu bapa.

Nasri: Ustazah, al-Quran ni nak letak sini jugak ke? Dah bercampur-campur dah dengan buku-buku ni semua.

Ustazah: Ha, elok jugak kamu tanya. Ustazah ingat nak letak kat satu rak lain. Asingkan dari buku-buku ni.

Aimaa: Berdebunya al-Quran yang kat sebelah sini ni, ustazah...

Hakim: Takde orang baca ke ni?

Ustazah: Ha, tanya diri sendiri, datang baca al-Quran tak kat surau?

Hakim: Err... Hehehe. Kadang-kadang je baca kat sini, selalunya baca kat rumah.

Mas: Bagusnya, baca selalu... Ustazah, kalau jarang baca al-Quran, ape jadi?

Ustazah: Al-Quran ni, salah satu cara untuk menyucikan hati kita. Bayangkan kalau hati kita ni dibiarkan sepi tanpa membaca ayat al-Quran, mesti lama-lama jadi berkarat kan?


Mas: Erk, tak mo lah hati jadi berkarat! Huhuhu...

Ustazah: Jadi, kenalah amalkan baca al-Quran tiap-tiap hari. Jangan bagi hati tu mati.

Hakim: Aha, baca al-Quran boleh lembutkan hati, kan ustazah?

Ustazah: Yup, baca dan perdengarkan ayat al-Quran selalu insya'Allah boleh lembutkan hati yang keras macam batu. Orang yang sibuk membaca al-Quran ni ada ganjaran yang Allah akan bagi.


Nasri: Subhanallah, Allah saaaaaaaaaaaaaaaaaangat baik, kan ustazah?

Ustazah: Yup, lagipun Allah dah janji yang al-Quran ni akan jadi syafaat kat akhirat bagi orang-orang yang membacanya.

Hakim: Syafaat?

Ustazah
: Yup, syafaat ni adalah pertolongan daripada orang-orang yang Allah bagi keistimewaan, supaya kat akhirat kelak orang yang terpilih ni boleh melepaskan manusia daripada kesusahan.


Hakim: Subhanallah! Tapi mestilah seiring dengan perbuatan menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram tu, ye ustazah?

Ustazah: Ha'ah. Kalau hanya buat separuh-separuh, susah lah nak dapat.

Aimaa: Ape lagi kebaikan baca al-Quran ni ustazah? Nak tau banyak-banyak...

Mas: Betul, betul! Nanti lagi bersemangat nak baca al-Quran hari-hari!

Ustazah: Hehe... Ade banyak lagi kelebihan membaca al-Quran ni.



Aimaa: Subhanallah! Satu huruf punnnnn???

Ustazah: Ye, satu huruf punnnnn...

Aimaa: Baiknya Allah... Kalau macam ni pun still malas baca al-Quran, hurmmmm...

Ustazah: Kadang-kadang manusia bagi alasan sibuk.Kalau sibuk sangat pun, lepas Subuh tu still ade masa nak baca al-Quran kan? Satu lembar al-Quran pun takpe, lama-lama insya'Allah jadi banyak lembar...

Nasri: Dan tak semestinya lepas solat je kan ustazah? Bila-bila masa terluang pun boleh kan?

Ustazah: Yezzaaa, bila-bila jeee... Tiba-tiba takde idea nak update entri blog tu, gi baca al-Quran. Mana tau dapat ilham tiba-tiba Allah bagi kannnn... Ni nak baca al-Quran kat bustop pun segan.

Nasri: Erkkk! Betul jugak!

Mas: Ermmm, nak jugak dapat ganjaran ni semua! Lepas ni nak baca al-Quran selalu~~~

Aimaa: Insya'Allah lepas ni kita baca al-Quran selalu...

Ustazah: Baca dengan tadabbur sekali, elok jugak~

Hakim: Tadabbur?

Ustazah: Baca al-Quran, sekali dengan maknanya...

Semua anak murid ustazah sebut 'oooo'... Then, sambung kemas-kemas surau sambil terus berkongsi tentang al-Quran.


Kadang-kadang kita jadikan alasan sibuk hingga mengabaikan al-Quran. Sedangkan al-Quran itulah yang akan jadi saksi kita di akhirat kelak. Al-Quran yang akan membantu melebarkan kubur kita, menerangkannya, menjauhkan dari api neraka. Tapi semakin hari, kita seakan-akan semakin meminggirkannya...


18 comments:

al_hakim said...

hakim2..malas bce quran ni..=) nice syaring ustazah...

Muslimah Optimis said...

hurmmm.. tq..tq.. haha.. ai jadi anak murid ustazah sunah..hihi.. ustazah, dulu kan aima baca quran je tak tadabur tapi lani dah baca sekali makna..alhamdulillah.. mostly baca lepas maghrib nak tunggu isyaklah..kan masa panjang.. hihi.. nak baca kat bus stop, kadang2.. hhi..

Miss Ran said...

baik ustazah

sergeant keroro said...

semoga kita sentiasa istiqamah membaca Al-Quran :)

NuSaNa NoSa 91 said...

adakah al-Quran itu sbg perhiasan je?? muhasabah~ huhuUu~ T_T

K O R I E said...

salam.
hi akak..korie dtg komen lagi ^_^
satu lagi kejutan..
xtahu plak akak ni ustazah.
Hurm pttlah org lain pggl akak ustzah.. waa bestnya akak.

Nak jadi anak murid akak bley x? hee
----__----

SoLy SoLicious said...

al-quran adalah pegangan hidup umat islam....segalanya terkadung di dalam al-Quran... sedih bila al-quran hanya dijadikan hiasan untuk syarat nak ada sahaja

♥ Princess ♥ said...

peringatan buat diri sendiri..thanks :)

JIJI YU said...

nak suh otak bergeliga sepanjang hari.baca quran pagi2..

Citarasa Rinduan said...

sunnah

bagus entry nie..

dan tiba2 kak teringat drama kitab buruk.. opss.. al quran buruk

senyumSOYA said...

ganjaran bagi mereka yang mengingati allah dan kitab nya amat besar kan..(^^!

semoga saya termasuk dalam golongan yang berusaha mencari redha ALLAh dalam amalan membaca al-quran...

cik pulau said...

lepas baca ni kan ustazah..
terus tgk al-quran berhabuk ke tak... :D

mas saari said...

wah! nama akak ada...thanks sunah!

skrg ni ajar sendiri anak2 mengaji kat rumah jadi secara tak langsung hari2 baca al-quran...alhamdulillah!

Ai-Sis said...

baik je cara olah cerita.hehehe.ustazah,saya ada soalan nak tanya bagai mana pula dengan orang yang hanya mendengar orang membaca al-Quran sahaja tapi tidak membaca?apakah kebaikkan yang dapat kepada pembaca itu dapat juga kepada yang mendengar?cuba ustazah olahkan sedikit tentang ini dengan entry dan tagged saya :)

efa nur said...

nice sharing ustazah...
lepas nie nak berguru dgn ustazah lah.. :)

fRaMe+LenSeS said...

nice sharing la ustazah.. ai like.. weeee~~

aliarosli said...

kalau rindu dekat abah selalu dengar ayat al-Quran dari mp3 sebab abah setiap pagi dengan lepas solat mengaji. kalau rindu sangat mengaji sekali, tapi nanti menangis jugak

mselim3 said...

bagus entry ini saya suka2...istiqamah k...entry yang simple tapi mudah difahami...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.