BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, September 13, 2011

Mampukah Kita Mengubahnya?

Brooklyn Bridge by ~treeleaf on deviantART

Kita naik bas...dengan kawan-kawan.

Then bas kita lalu jambatan...kita yang tengah tido tiba-tiba terbangun bila bas macam slow semacam. Kita nampak ada construction. Sibuknya jambatan tu dengan pekerja-pekerja yang tengah buat pembinaan. Ada yang dah rosak, perlu dibaiki mungkin. Kita dengar bunyi generator. Bunyi macam-macam mesin.

Tiba-tiba kan...ada benda pelik berlaku. Kita nampak macam ada benda yang tak berapa betul. Terus kita bangun dari tempat duduk. Kita rasa gegaran. Turun dari bas. Tengok-tengok kat depan kita jambatan da mula bergoyang. Yang retak sikit-sikit jadi retak besar-besar. Makin lama makin besar. Kita lari.

Orang lain pun ikut lari. Semua nak selamatkan diri. Tapi dalam masa lari-lari tu macam-macam boleh jadi. Dengan keadaan jambatan yang bergoyang, dan kedudukan jambatan pulak atas lautan luas terbentang. Tiang-tiang besar mula jatuh menghempap segala benda yang ada atas jambatan, mesin-mesin berminyak panas yang tengah berfungsi, semuanya boleh mendatangkan bahaya pada kita dan orang lain.

Kalau kita tak hati-hati, bila-bila masa nyawa kita diambil. Bila-bila masa jugak kita jadi mangsa hempap tiang dan mangsa minyak panas. Atau mungkin kita yang terperosok antara celah retakan jambatan dan jatuh masuk ke dalam laut. Mana-mana yang ditentukan untuk kita, akan kena pada kita.

Kalau dah ditakdirkan ajal dan maut kita, mampukah kita mengubahnya?

Ramai orang kata tak...

Tapi Allah menyarankan supaya hamba-hambaNya berusaha untuk hidup!

Macam mana tu?

Kamu pilih...

P/S: Inspirasi dari Final Destination 5


30 comments:

fRaMe+LenSeS said...

ehhe. baru tgk semalam.. hurmm.. betoi la tu. da tiba masa. dia mati jugak,,

[sutera kasih] said...

best tak final dest. 5 tu..nk tgk gak..

betul tu..kita mampu mengubahnya tp jgn sesekali mempertikaikan takdir hiudp..

aDisH.sHidA said...

berdoa supaya semua selamat...andai takdir dah ditetapkan ajal kita masa itu redha...tetapi selagi boleh berusaha kita berusaha...

Cik Bambam said...

kan kena usaha dan tawakal sebelum redhaaa..?? bukan ker? errrr..

Kancil 8349 said...

betul tu...kuasa Allah amat besar. Memang betul kalau Dia turunkan bencana, ramai akan mati tetapi jika insan tersebut berusaha untuk lari dari bencana sambil berdoa kepadanya mungkin Allah akan selamatkan dia dari bencana tersebut...tengok je apa yang terjadi di Acheh...

Kancil nak mengajak kamu menyertai segmen Kancil. Kalau sudi joinlah...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-korang.html

terima kasih dan kancil menghargainya

MaiRa QuEeN said...

susah btul nak jawab...kalau jodoh ke ape ke boleh la kite berusaha dpatkan yg lebih baek tp kalau maut sedetik pon Allah xtunggu...


blog maira hilang sis..jom bace..
http://www.mairaqueen.com/2011/09/blog-not-foundpandai-ke-aku-berceloteh.html

YAYA AZURA said...

sudah ketentuan..tapi rasa gerun jugak kan..

Dzarief Zuhdi said...

wah.. mendalam nie.. best ek fd5.. kena tengok nie.. :D

JIJI YU said...

cara mati kita leh diubah dgn doa..nak pnjgkka leh jgk..tapi bila dah tiba..takyah mintak2

ijA said...

berusaha lebih untuk dpt lebih baik dari sebelum ini...

H.J said...

hoho..tak tengok lg citer ni..tak sampai stok lg.haha

aimie amalina said...

tak mampu
=(

maszull said...

salam sakura...bestkn cite tu suspen betul bila tengok...:)

nuruashia ♥ said...

ajal maut dek tgn Allah..kite just kne follow jep kan..

Nadzirah K. said...

final destination 5 tu mmg best & menakutkan...
kalau dah takdir,hanya mampu redha je :)

Muslimah Optimis said...

heheheeh.. nak pi tengok jugak la

Cik Aish said...

huhu tk tgk lg final destination..apa pun ajal maut di tgn tuhan :)

ariana said...

Ajal maut ditangan tuhan..siapalah kita nak menolaknya..namun tak boleh lah berserah bulat2 pada takdir..

MerLe said...

betul tu..kna usaha gk..
cthnye klu sakit.. kena usaha cri ubat jgk..bknnnye duk je tggu mati.. Allah tak suka hambaNya yg mudah putus asa..

Kalamhati said...

mmg mati tu pasti..namun b4 tiba detiknya kita masih boleh mengubah hidup kita..bukan pasrah semata2..berusaha as if kita nk hidup lama lg..dan beribadat as if kita akan mati dlm waktu terdekat

FaKArePa!n said...

cerita dah macam filem 2012 dah.. hihi

Qaseh dalia adelia said...

betul ajal maut di tanganNYA dan kita tak mampu nak mengubah tapi kita boleh jaga diri kita , jaga kesihatan kita ..sekurang2nya masa hidup kita tak buat benda yg sia2 .. insyaAllah amin

FasiHaH SupiaN said...

bila nak tgk final destination 5 ni......

kura said...

dah agak dah. FD5 je ni. heheh

nini said...

boleh...kita boleh ubah takdir kita dengan doa..=D

Niena Pengembara Ilahi said...

:D

erm.. agaknya mati kta cmne ye.. WALLAHUALAM

mynameismy said...

"anda mampu mengubahnya..."

hee~ iklan dlm tibi...;D

mas saari said...

jangan bosan dengan hidup, teruskan kehidupan ini selagi nyawa dikandung badan... kalau dah sampai ajal itu ketentuanNYA!

SyazwanSarawak said...

bersedialah untuk ke destinasi terakhir dunia :")

pengemis Cinta~ said...

bersedia untuk mati bukan hanya membiarkan diri mati, tapi bermaksud usaha untuk terus hidup^^ nak tengok jugak cerita ni! hee

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.