BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, April 9, 2013

Ninetology Black Pearl II Yang Meresahkan Hati


Ya.

Benda inilah yang meresahkan hati saya beberapa hari ini. Sebab benda ni jugak lah saya tertunggu-tunggu PosLaju datang ke rumah. Huhuhu.

Ye lah, ini first time saya buat urusan jual beli kat Lelong. Macam mana saya boleh terbuat ni? Semuanya bermula dari tertengok handphone senior yang cantik lah amat. Errr. Dia beli guna rebat SKMM tu. So, saya rasa macam nak jugak memandangkan harga dia masih dalam kemampuan, insya'Allah.

Ninetology Black Pearl II ni harga asal dia RM599. Bila tolak rebat SKMM RM200 jadi RM399. Then, company Ninetology sendiri bagi rebat RM100, kita hanya perlu tambah RM299 je lepas tu. Not bad lah dengan dia punya specs yang alhamdulillah, memuaskan hati saya. Specs dia boleh tengok kat blog Nisa Kay. Bahaha, malas nak taip!

Memula dulu cari, cari, cari kat kedai area Johor ni, dah siap pergi DiGi centre semua, hasilnya hampa. Sebab diorang tak jual kat sini. Senior yang ada handphone ni pun, beli kat KL. Hari tu, nampak kawan post status, tempat yang senior ni beli handphone tu dah habis stok jugak. Keciwa keciwa keciwa. T_T

Then hari tu, senior tu turun Johor, borak punya borak, dia suggest tengok kat Lelong. Haigoo. Boleh percaya ke Lelong? Kami search time tu jugak, dan jumpa satu seller area Penang. Nampak nama kedai, IC verified, rating agak tinggi dengan positif comments. Kawan-kawan cakap, kalau nak beli barang kat Lelong, elok cari yang ada kedai. Lebih boleh dipercayai. Insya'Allah.

Lepas contact seller dia, dan berurusan pasal SKMM semua, dalam masa sehari je da buat pembayaran. Tepuk dahi sendiri, masih ada rasa takut kena tipu beb. Of course la kan? Huhu. Khamis lepas, seller tu dah pos handphone ni kepada saya. Sehari selepas saya membuat pembayaran. Uiyoo, kalau betul, memang efisien la kan?


Dan alhamdulillah, memang efisien pun dengan bukti dalam gambar ni ha! Cuma pihak PosLaju je yang kurang sikit efisiennya kali ni. Erm, sape-sape yang berminat nak dapatkan Ninetology Black Pearl II kaler putih (tu je tinggal), ade baki 3 biji lagi kat Joe Lim, boleh jenguk link Lelong dia kat SINI ye~

Astaghfirullahal'azim wa alhamdulillah...~


11 comments:

Puteri BeriBiru said...

syukurlah selamat smpi.tp sis mmg selalu mkn hati ngan pos laju

AyueJean AJ said...

Bestnyaaa.....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang rezeki Sunah, kalau kena tipu tu maknanya tak ada rezeki, kan...

aDisH.sHidA said...

nasib baik selamat sampai..kalau tak bukan rezeki kamu la...

wah lepas nie sakan la depa wechat dan wasap

Mat Gebu said...

Waaa.....tu je boleh kata... huhu,,

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Cik Sara said...

Terbaikkk...

diana said...

setakat ni tak de masalah dengan pos laju..

akmall said...

makin cantik blog kak Sunah... kan...

Mrs. Abi said...

waaaaaa patut laaa duk pos laju pos laju pos laju pos lajuuuuuuu hahahaha....

Mas Zull said...

assalamualaikum sunah...seronoknya...;)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.