Job Sebagai Seorang Blogger

September 18, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun sebelum ni pernah nampak blogger Mama Maszull share pasal ni, saya rasa nak share jugak dalam blog sendiri. Supaya orang yang follow dan baca blog ni nampak apa sebenarnya job sebagai seorang blogger. Takde la nanti yang salah faham dan sesuka hati judge blogger ni makan sampai kenyang hari-hari, tapi iman tak gemuk-gemuk. -_-"

Masing-masing ada skill tersendiri untuk ambil gambar

Ya, semua orang boleh buat blog. Semua orang boleh menulis apa yang dia suka dalam blog masing-masing. Tapi tak semua ada rezeki dan dapat peluang untuk menjadi social media influencer, tinggi satu anak tangga daripada blogger biasa. Blogger yang menjadi marketing influencer lebih banyak berkongsi tentang review produk, media coverage untuk event-event tertentu, advertorial dan juga artikel berbayar di samping entri personal.

Mencari sudut gambar yang sesuai

Disebabkan itu, jangan hairan kalau social media diorang lebih banyak berkongsi tentang salah satu daripada niche blog diorang. Saya sendiri, masa mula-mula berjinak dengan food review sebuah hotel, ada member FB bertanya, "Sunah ada dapat diskaun ke, share-share la sikit. Hihihi". Bila saya terlibat pula dengan review sebuah butik, ada yang fikir saya salah seorang partner butik tu. Satu doa ni, ameen! Ekekeke.

Blogger Kak Mia in action

Iye, tak ramai sebenarnya tahu kerjaya sebagai blogger ni. Ada yang salah faham, kita makan sedap-sedap setiap hari. Hakikatnya, kita tengah buat kerja yang tak semua orang boleh buat. Semua orang boleh makan, tapi tak semua sanggup bercerita sepanjang 300 hingga 700 patah perkataan kat blog, ambil gambar yang menyebabkan air liur meleleh dan dikongsikan di media sosial, siapkan artikel yang menceritakan makanan tu sedap atau tak sedap, kemudian publish dalam masa yang ditetapkan oleh klien. Kadang-kadang perlu bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi hanya untuk siapkan entri.

Blogger Farahain gigih ambil gambar makanan

Jangan tak tahu, ada yang sanggup berhenti kerja kerajaan dan menjadi blogger sepenuh masa. Alhamdulillah, rezeki dia kat dunia blog ni. Kalau macam saya ni, mampu jadi side job aje lah. Nak jadi sepenuh masa tu belum mampu lagi, tanggungjawab lain bertimbun-timbun tapi selalu tak sedar diri. Hahaha. Masa tengah menaip ni pun tengah tunggu brownies sejuk untuk dipotong. Ade tempahan yang customer nak ambil petang ni.

In the end, apa-apa pun kerjaya kita, janji ia halal, insya'Allah ada berkat dari rezeki yang kita perolehi.

"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu dan janganlah engkau melupakan bahagian mu daripada kenikmatan dunia." [al Qashash: 77]

You Might Also Like

15 Comments

  1. Betul tu.. orang kata seronoknya jadi blogger. tapi dia tak tahu pengorbanan yang perlu kita lalui tiap kali nak pegi event.

    ReplyDelete
  2. hai sis.. guide saya jadi blogger boleh? :p

    ReplyDelete
  3. Betul tu, bukan saja kata menayang di socmd. Itulah kerja hakiki seorang blogger.

    ReplyDelete
  4. betul tu sunah.. tak semua org tau tugas sebenar seorang blogger. nampak yg indah2 jer, makan best2, tido hotel best, dapat barang best.. tp disebalik semua tu ada tugasan lain yg perlu kita selesaikan.. kann..

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada blogger yang boleh jana pendapatan daripada blog masing2.

    ReplyDelete
  6. Dr dulu sampai sekarang , memang ramai tak tau kerjaya blogger sebenarnya . Ingat mereka makan free² gitu je .
    Memang free tapi ada 'kerja' perlu di siapkan. Nak update pun bkn cincai² jer .
    At least kita pun sama bt pahal .
    'Kita bantu orang (post & review), insyaAllah allah permudahkan urusan kita'

    ReplyDelete
  7. alamak... bila snap kak mia ni... tak perasan.... hihuhu **tersipu malu**

    ReplyDelete
  8. Dah naik satu anak tangga ni, Alhamdulillah. Dulu kita sekadar pemerhati aje

    ReplyDelete
  9. betul belaka. inilah dia sebahagian kerja blogger. kita bukan menayang tapi support lah kerja-kerja kami. sudi-sudikanlah like, komen. hehe

    ReplyDelete
  10. ya betul tu. ramai yang tak tahu tugas kita as a blogger. btw nice article

    ReplyDelete
  11. Rezeki banyak cabangnya.. dan ini adalah salah satunya... semoga terus succes.

    ReplyDelete
  12. bena ya.. kmk blm mampu nak jd fulltime blogger tok.. blog suam2 kuku jak.. hehe.. k suka2 :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah buat apa yang suka. Bagi Aien adanya blog untuk berkongsi info. Moga terus maju Sunah~ :)

    ReplyDelete
  14. tahniah.
    satu lagi, peluang ni ada bila ada satu grup blogger yg kuat.
    ada yg usaha utk menyatupadukan blog.

    ReplyDelete
  15. hahhahahahahhaa.... bila kita join jdt blogger ni lahhh kitaaa lagiii belajarrr bykk bendaaa...

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com