Sunday, September 16, 2018

Nikmati Makanan Itali di Eye's Steak, Warehouse, Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maka, bakal berakhir sudah cuti hujung minggu yang panjang bagi rakyat Johor dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya. Haha! Apa je pengisian cuti uols?

Saya selain dari memenuhi tempahan brownies dan undangan majlis kesyukuran menyambut menantu jiran setaman, pergi jalan-jalan cari makan lerr. Hujung minggu dah macam jadi rutin pulak bagi saya dan housemate cari port makanan yang belum pernah kami pergi kat JB ni. Erm, jangan ada yang butthurt pulak kalau saya asyik up entri pasal makanan. Gi scroll atas, tengok banner tu dan ingat balik niche blog saya, ya! Maceh.

Semalam, selain saya bersama housemate, kali ni kami cari port makanan best dengan geng-geng JDT Blogger pulak. Sekali-sekala makan beramai-ramai, itu pun tak semua ada. Ahli kumpulan 20 orang, tapi yang free dan boleh luangkan masa dalam 6 orang je, ditemani ahli keluarga masing-masing. Saya macam biasalah, ditemani Ibah. Hahaha.

Disebabkan beberapa hari lepas, dak Uyul share bukan main syok lagi dia makan Chicken Grill with Aglio Olio Pasta di Eye's Steak Kilang Bateri, kami pun apa lagi! Tak boleh jadi ni, kita pun kena cuba! Kami pun decide untuk makan berjemaah kat Eye's Steak, Warehouse @ Kilang Bateri, Johor Bahru. Semua bersetuju untuk dinner awal, sebelum pukul 6 petang kami dah ada kat sana.

Eye's Steak @ Warehouse, JB. JDT Blogger dari kiri: Kak Seri, Ain, Kak Mia, saya, Huda & Cik Tom

Restoran Eye's Steak ni berkonsepkan hipster, dibina daripada kabin kontena, ada ruang makan open space di depan restoran dan juga ruang makan beraircond kat dalam. Disebabkan kami ada 13 orang semuanya, kami pilih untuk duduk kat dalam aje, memang cukup-cukup ruang tu untuk kami dengan mencantumkan empat buah meja.

Kat sini, menu yang disediakan lebih kepada Italian food. Ada macam-macam jenis pasta sampai kitorang pun jenuh fikir nak makan yang mana satu. Nasib baik ada waitress yang rajin melayan kami dan recommend kan menu apa yang menjadi hot seller kat situ. Nak tahu apa yang kami makan? Tengok gambar kat bawah.

Menu @ Eye's Steak, Warehouse, JB

Meatball Pasta @ Eye's Steak, Warehouse, JB

Dari kiri atas, lawan arah jam: Mac & Cheese, Seafood Aglio Olio, Chicken Grill with Aglio Olio, Marinara Pasta & Beef Bolognese @ Eye's Steak, Warehouse, JB

Selain daripada pasta, ada juga menu grilled, makanan ringan-ringan macam wedges, eh nasi pun ada tau! Tapi kitorang tak order dua benda yang last tu. Untuk menu grilled, kitorang order macam Uyul order tu, Grilled Lamb Chop dan Sirloin Steak. Haa kauu, mana pernah hakak makan Sirloin Steak sebelum ni. Semalam la kali pertama saya makan benda ni. My comment? Hakak kau gigi tak berapa nak kuat lah nak menyiat steak tu! Kahhh!

Sirloin Steak @ Eye's Steak, Warehouse, JB

Tapi, tapi, tapi! Oi, sedap sungguh lah Grilled Lamb Chop with Aglio Olio Pasta tu! Walau lamb dia agak kering, tapi disebabkan ada sos lada hitam yang sangat sedap, perghhhh! Bergabung, meletup! Hahaha! Aglio Olio Pasta yang disertakan bersama menu ni pun lebih sedap berbanding Seafood Aglio Olio Pasta yang tak kurang sedapnya tu.

Grilled Lamb Chop with Aglio Olio Pasta @ Eye's Steak, Warehouse, JB

Fajitas Chicken @ Eye's Steak, Warehouse, JB

Untuk air pulak, pun ada macam-macam. Saya recommend sangat A&W Float dia sebab tak terlalu manis macam Jumbo Green Tea dia. Kak Mia dengan anaknya si Sofea tu pulak suka gila Chocolate Ice Blended dia. Saya pun tak sempat nak rasa. Hahaha!

Aneka minuman @ Eye's Steak, Warehouse, JB

Overall, ok lah. Boleh datang lagi dengan kawan-kawan dan keluarga sebab suasana restoran sangat santai untuk lepak-lepak. Kalau uols nak datang ke sini, sila lah waze Warehouse @ Kilang Bateri, JB ok?



Eye's Steak, Warehouse, JB

Lokasi:
No. 83, Jalan Tampoi
81200 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan:
Setiap Hari
5:00 petang - 12:00 tengah malam

No. Telefon:
016-3212606

Instagram:

Facebook:

5 comments:
Write Comments
  1. Akak suka sgt mac & cheese, akk & cheese mmg tadapat dipisahkan, hehehe

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cubalah ..
    Macam sedap plak semua pasta tu ...

    ReplyDelete
  3. fajitas chicken thorrrbaikkkk,, air ice blended ade cream tuhh ain asyik berebut jee dengan sofea ..hahhahahahaha.. pastuuuuu ain jatuh cinta dengan spageti bolognese dia...sodappp

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com