Operasi X The Movie - Filem Terbaru 2018 dari Dream Pictures Production

November 03, 2018

Operasi X The Movie - Filem Terbaru 2018 dari Dream Pictures Production | Nampaknya suasana filem tempatan sedikit meriah dalam dua tiga bulan kebelakangan ni dengan filem-filem dari genre aksi. Hujung bulan September yang lepas, filem PASKAL meletup di panggung dan sisa-sisa letupan masih tempias sampai ke hari ni. Belum lagi reda sepenuhnya impak dari PASKAL, saya ternampak pula pelakon Hairul Azreen share tentang filem Operasi X pada 9 Oktober yang lepas kat Instagram dia.

Disebabkan masa tu memang tengah suka dengan lakonan dia, saya terus follow Instagram @operasixthemovie juga. Kiranya saya antara followers bawah 3k la masa tu. Siap @operasixthemovie mentioned kat IG story diorang sebab saya upload IG story tentang trailer filem yang ditayangkan di seluruh negara bermula 1 November tu. Hihihi.

Uols da tengok trailer Operasi X The Movie? Kalau belum, jemput tengok kat bawah. Nak video lagi besar, boleh terus ke laman Youtube Dream Pictures Production.


First impression masa saya tengok trailer filem arahan Sandosh Kesavan ni: wahhh, banyaknya drone shot! Trailer start dengan muzik yang rancak dan ehemm, Aaron Aziz! OMGieee. Tapi lepas tu tetiba, Awieeee? Oh no, ni mesti filem penuh gelak ketawa. Siapa tak kenal Dato Awie dengan lakonan-lakonan filem komedinya? But then, hey Datuk Yusof Haslam pun ada? Ok, ni filem aksi dengan sedikit selingan komedi agaknya! Agak je lah, sebab belum sempat nak ke pawagam lagi.

Tapi serius saya suka kebanyakan shot yang diambil dengan menggunakan drone untuk trailer ni. Hasil suntingan video nampak lebih menarik bila digabungkan dengan elemen slow motion. Paling wow adalah shot tanah perkuburan dari atas. Fuhhh! Nampak macam cerita omputih pulak! Dan dah tentu tak sah namanya filem aksi kalau tak ada adegan tembak-menembak dan fighting scene. Then I saw him - Amerul Affendi lagi? Kau jadi jahat lagi ke dalam ni oi! Tak insaf-insaf budak ni. Hahaha!

Namun saya agak sedih sebab shot Hairul Azreen tak berapa banyak dalam trailer, mungkin sebab dia bukan watak utama. Dan sedikit kecewa dengan efek letupan pada hujung trailer. Tak nampak real sangat, agak kurang kat situ. But still, I’m gonna watch this. Teringin sangat nak tengok hasil gabungan pelakon-pelakon lama dan baru dalam genre aksi macam ni.

Lagipun, baca review orang yang dah tengok, ramai cakap best dan bagi bintang yang berbaki 0 hingga 0.5. Kau rasa??? Boleh jadi Filem Terbaik 2018 ke ni?

Ajom laaa book tiket!


You Might Also Like

3 Comments

  1. Dah tengok trailer cerita ni.. Memang best. Jalan ceritanya pun ok.. Mesti banyak scene yang tak sabar untuk tengok kan..

    ReplyDelete
  2. wow terima kasih review akak! memang sekarang makin banyak filem tempatan camni.. best2 :)

    ReplyDelete
  3. wahhhhh tiberrr aku terujaaa ingin menonton di pawagam..hahahhhaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com