Ticker

6/recent/ticker-posts

Sekitar ISCO '09

Salam mahasiswa. Pada 24- 26 Julai 2009, Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 2009 atau lebih sinonim dengan ISCO '09, telah berlangsung di Hotel Putra KL anjuran Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program yang melibatkan hampir semua IPTA di seluruh negara ini julung-julung kali diadakan yang mana bertujuan untuk meningkatkan jalinan ukhwah dan silaturrahim antara pemimpin mahasiswa Islam setiap IPTA yang terlibat. Ana dan Saudara Azim Fahada mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia bersama-sama lapan orang mahasiswa lain daripada PMI UTM, Kelab Iqra' dan IMPI berpeluang untuk mengikuti pembentangan kertas kerja daripada pensyarah-pensyarah berpengalaman daripada UiTM, UKM, KUIS, dan UTHM.

Antara kertas kerja yang dibincangkan pada hari kedua ialah "Peranan Mahasiswa Islam dalam Menstabilkan Sosio-Politik di Malaysia" oleh PM. Dr. Hj. Muhammad Rahimi Osman (UiTM Shah Alam). Sesi dialog peserta bagi kertas kerja pertama ini agak panas dengan isu-isu negara Islam yang dilontarkan oleh mahasiswa-mahasiswa yang hadir, menunjukkan kematangan mahasiswa berfikir mengikut acuan semasa. Kertas kerja kedua bertajuk "Ke Arah Pemantapan Mahasiswa Islam" yang dibentangkan dengan penuh emosi oleh Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusof Hj. Othman daripada UKM turut mengundang soalan-soalan provokasi daripada mahasiswa Islam terutamanya berkaitan dengan hak mahasiswa Islam bukan Melayu di universiti-universiti khas untuk bumiputra. Ustaz Mohd Khairi Hussain (KUIS) pula membentangkan kertas kerja bertajuk "Membudayakan Pemikiran Mahasiswa Islam dalam Bidang Korporat."

Majlis perasmian pembukaan konvensyen dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Pengerusi DAMAI pada masa tersebut. Menurut beliau, kepelbagaian silang pemikiran dan latar belakang telah menyebabkan percampuran fikrah di kalangan mahasiswa Islam. Oleh sebab itulah DAMAI diwujudkan untuk menyatukan fikrah, sanubari dan tindakan tanpa mengetepikan bahawa kepelbagaian yang wujud adalah untuk mencari hikmah. Beliau turut mengajak mahasiswa Islam berfikir dengan lebih terbuka dan membuang sifat jumud yang mengongkong segenap tindakan.

.......

Sebelah malamnya, kami 'dihiburkan' dengan forum "Dunia Kerjaya & Keusahawanan Islam" (mungkin) yang dipengerusikan oleh penceramah bebas, Ustaz Mohd Shukur Puteh. Dua orang ahli panel yang hadir ialah Ustaz Lokman Zulkifli (UiTM Johor) dan UStaz Abdullah Sulaiman (UTHM). Nyata para peserta konvensyen tidak kering gusi sepanjang forum hasil perkongsian pengalaman daripada ahli panel. Selepas forum, kami dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk membincangkan resolusi yang bakal diserahkan kepada Perdana Menteri pada hari esoknya.


Mahasiswa Islam UTM, UDM, UTEM dan UTHM (tolong betulkan kalau tersilap) berbincang mengenai resolusi untuk pembangunan sahsiah

Pada 26 Julai 2009, kami bergerak ke UiTM Shah Alam untuk menghadiri majlis Pelancaran Kelab DAMAI IPTA dan Majlis Penutupan ISCO '09. Majlis yang diadakan di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam itu dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul RAzak dan turut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada majlis tersebut, Y.B. Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, selaku pengerusi DAMAI telah menyerahkan jawatan itu kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Saifuddin Abdullah. Para peserta disajikan dengan persembahan nasyid kontemporari daripada mahasiswa UiTM dan montaj pelancaran Kelab DAMAI IPTA. Para peserta konvensyen secara automatik telah menjadi ahli Kelab DAMAI IPTA, yang mana berfungsi untuk memperkasakan persatuan-persatuan Islam sekaligus menyemarakkan aktiviti-aktiviti persatuan Islam di kampus.

Perasmian oleh Y.A.B. Dato' Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak

Paling tidak boleh ana lupa adalah detik berjumpa dengan seorang gadis yang tidak ana sangka akan ana jumpa di sini. Entah kenapa, hati ana tertarik apabila membaca alamat blogspot salah seorang peserta yang tertera di atas kertas senarai nama yang diedarkan oleh Ukhti Sabihah (UTMKL). Perasaan ingin tahu membuatkan ana menyalin setiap maklumat pemilik blog. Selesai pembentangan kertas kerja ketiga, ana menghampiri meja kumpulan peserta paling hadapan di dalam dewan hotel lalu bertanya yang mana satukah empunya nama itu. Rakannya menunjukkan seorang gadis yang sedang sibuk melayani sahabat-sahabatnya. Melihat kesibukan itu, ana bercadang untuk menyapanya pada sebelah malam. Alhamdulillah, ana bernasib baik selepas makan malam. Dua tempat duduk di hadapan ana dan Kak Nor (PMIUTM) kosong, gadis itu tiba bersama seorang sahabatnya, mencari tempat duduk.

"Duduklah depan ni, kosong lagi," ana bersuara. Mereka berhenti di sebelah meja ana.

"Tak de orang eh?" Ana mengangguk sambil diiyakan oleh Kak Nor, Kak Alina dan Kak Samira.

"Duduklah, senang sikit nak tanya." Kata-kata itu berjaya mengubah reaksi wajah si pemilik blog walaupun dia nampak kurang faham. Mereka duduk di hadapan ana dan Kak Nor.

"Mashitah," panggil ana. Gadis itu berpaling ke belakang. "Ade blog eh?" Dia mengangguk smbil tersenyum.

"Luklukbaidoah.blogspot.com?" tanya ana. Dia nampak agak terkejut.

"Selalu lawat blog mahasiswa lain kan?" Dia lagi hairan.

"Luklukbaidoah eh?" (wah, psiko betul ana ni! cakap terus je la)

"sunahmohammad.blogspot.com." Ana menghulurkan kad nama.

"Eh...." itulah perkataan pertama yang ana dengar selepas menyebut alamat blogspot ini. Dia tersenyum malu, sahabat di sebelahnya turut tersengih. Kami bersalaman sebelum mula berbual mengenai pertukaran idea dan pandangan pada masa akan datang.

Penulis bersama Mashitah

Alhamdulillah, di sini ana ditakdirkan untuk bertemu pemilik blog luklukbaidoah yang kerap berkunjung ke blog-blog mahasiswa. Ukhti Mashitah merupakan salah seorang peserta konvensyen yang mewakili Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam UDM.

Selain bertemu dengan mahasiswa seperjuangan daripada kampus-kampus lain, para peserta juga berpeluang untuk bertukar pendapat dalam perbincangan dan mencapai konsensus yang bakal mencipta satu lagi transformasi besar seperti harapan Perdana Menteri. Ana tidak sempat untuk bertanya pendapat semua mahasiswa mengenai konvensyen yang telah dilalui, tetapi ana percaya hampir kesemua mahasiswa Islam yang terlibat telah mendapat banyak input baru dan overview mengenai sistem kerajaan yang terkini di bawah Y.A.B Dato' Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak.

Wakil mahasiswa Islam UTM Skudai

Rujuk laman web http://www.damaihadhari.org.my untuk keterangan lanjut mengenai DAMAI.

P/S: .......

Post a Comment

5 Comments

  1. Salam elaik...
    aduh hasunah...jangan dong letak gambar ana..malu sih...
    ape pun,semoga kita sama2 jalankan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa islam.
    salam perjuangan dakwah Islam

    ReplyDelete
  2. > LuKLuK BaiDoaH
    salam. da letak, tak leh cut balik. :p
    insya'ALLAH..salam perjuangan :)

    > Ismail Sirajudin
    salam...erk, berkat darah LPM yang mengalir dalam salur darah kot..heh.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    oh..sudah kenal lukluk baidoah di blog hasunah..

    =)

    Muga terus istiqamah dalam perjuangan ya sahabiah!

    ReplyDelete
  4. > .:Khalifatun Khairiah:.

    salam. sama2 kita berjuang...:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com