Ticker

6/recent/ticker-posts

Entri Ini Tidak Bertajuk

Salam. Ana tidak pasti apa tajuk untuk entri kali ini, oleh itu entri ini tidak bertajuk. Sudah lama diri ini tidak menaip papan kekunci untuk menulis di ruang maya ini. Entah kenapa, idea tidak datang. Kalau datang pun, sebentar sahaja akan dilupakan kerana penyakit 'M'. Usah ditanya apa penyakit 'M' itu, kerana ana pasti antum yang berkecimpung dalam dunia blog sudah sedia tahu apa yang ana maksudkan. Penyakit 'M' yang kalau tidak bijak merawatnya setelah gagal dicegah akan melarat menjadi penyakit 'TB'. Ana pasti antum tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan penyakit 'TB' di sini. Penyakit 'TB' = 'Tutup Blog'.

Terhenti sebentar penulisan tatkala sahabat seblok datang menjengah.

"Akak, nak masak ape sahur besok?" Alhamdulillah, ALLAH mengurniakan adik-adik yang sentiasa mengambil berat akan sahabat. Bulan Ramadhan menjadi lebih indah dengan ikatan ukhwah yang semakin erat bertaut. Banyak lagi keindahan di bulan kemuliaan ini kalau ditilik dalam-dalam. Bukan setakat pengerat ukhwah, malah menjadi agen penghijrahan seorang individu Muslim. Penghijrahan daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Insya'ALLAH dengan terantainya syaitan yang sentiasa berbisik kepada manusia untuk melakukan kejahatan, manusia yang berjaya mengekang hawa nafsu akan mendapat ganjaran yang selayaknya.

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)." (79:40-41)

Bersama-samalah kita mengejar ganjaran yang dijanjikan oleh ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang berusaha untuk mendapatkannya. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik pembaharuan untuk menjadi hamba yang dekat padaNYA.

Kembali kepada point utama, iaitu tentang penulisan di blog. Suka ana berkongsi kata-kata seorang blogger, menulis itu mengubah peradaban. Hebatnya seorang penulis kerana mampu mengubah peradaban! Tetapi penulisan yang bagaimana yang mampu mengubah peradaban? Adakah catatan harian yang santai, atau tinta fikiran yang tajam memecah perisai zamannya, atau sekadar "contengan" (bak kata seorang lagi blogger) yang akhirnya mencetus keinginan orang lain untuk menulis? Mungkin para pembaca ada jawapannya.

Keinginan untuk menulis itu ada, tetapi separuh perjalanan sahaja daya fikir sudah terbantut. Kadang-kadang ana cemburu dengan sahabat-sahabat yang hebat pemikirannya sehingga boleh menulis di blog setiap hari tidak kira masa itu mereka lapang atau tidak, bahkan ada yang boleh menulis sehingga beberapa jam sekali. Maksudnya, dalam sehari itu mereka boleh menulis lebih dari sekali. Contohnya sahabat-sahabat di bawah:

Akhi Dzulkhairi
Akhi Zulhilmey
Akhi Aizat
Akhi Hafizul Hilmi
Ukhti Nurul 'Uyun
Ukhti Intan Farhana
Ukhti Asmah Andy

Sesiapa yang ingin mencari inspirasi untuk menulis, bolehlah berkunjung ke blog mereka. Semoga ALLAH terus memberikan mereka ilham untuk menulis sambil menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Dan semoga diri ini juga boleh mencontohi mereka yang rajin mengemaskini blog supaya tidak berusang dek sawang serangga pembawa penyakit 'M' dan 'TB'.

Bercakap tentang penyakit, semakin ramai sahabat di sekeliling yang batuk-batuk, demam dan selesema. Diri ini pun sudah mula batuk-batuk dan bersin-bersin. Dalam keadaan penularan penyakit H1N1 sekarang ini, kebersihan diri amat ditekankan. Hinggakan memakai topeng muka sahaja pun sudah tidak berkesan; yang paling penting adalah sentiasa membasuh tangan dengan air dan sabun mengikut 7 langkah mencuci tangan yang betul terutama sekali selepas bersin. Akhir-akhir ini juga ana mendapat mesej daripada sahabat-sahabat mengenai langkah pencegahan penularan penyakit H1N1 iaitu dengan memakan banyak BAWANG, KURMA dan MADU serta mengambil makanan dan minuman BERALKALI. Sejauh mana bahan-bahan ini boleh membantu, ana kurang pasti. Mungkin ada di kalangan sahabat yang membaca mahu berkongsi ilmu kimia masing-masing. Wallahu'alam.

Akhir kata, doakan agar diri ini dan juga sahabat-sahabat sentiasa mendapat petunjuk dan ilham daripada ALLAH untuk terus menulis perkara-perkara bermanfaat.

Selamat menjalani ibadah puasa.

P/S: Er, kena makan bawang ke...???? Hurm. Sahur esok makan nasi goreng lah ye, Angah percaya kat Usu.. Along, Achik & Uda jangan jeles ye... :)

Post a Comment

8 Comments

  1. Salam'alayk..

    Syukran atas 'contengan' yang bermanfaat..

    P/s-Tajuk entri ini ialah; "Entri ini tidak bertajuk"..

    ReplyDelete
  2. salam,

    Adikku sunah yg disayangi kerana ALLAH, jgn sampai penyakit TB menular ye, akak suka baca blog sunah bermanfaat dan berinformasi..

    Tugasan jgn lupe ye :)

    ReplyDelete
  3. > myikhwanfiideen

    salam..masyaALLAH, pen"conteng" yang dicemburui datang berkunjung..benarlah, tajuknya "Entri ini tidak bertajuk"...

    >~Nur-insani~

    salam kakak cumil, insya'ALLAH..belum melarat lagi ke penyakit TB..tugasan2..insya'ALLAH..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum....
    saya hanyalah penulis mahupun bloggers yg biasa....pernah jgk 'TB' skjp...huhu...=)

    ReplyDelete
  5. > asmah-andy

    salam. alhamdulillah, stakat ini belum terfikir untuk 'TB'..:)

    ReplyDelete
  6. penyakit TB xde mslh pun, yg pntg jgn ada penyakit malas baca (MB). MB menyebabkan otak jadi tak mengalir~

    ReplyDelete
  7. > Hafiz El Hilmi

    salam wrt. wbt..

    alhamdulillah, ALLAH mengurniakan rasa sayang pada buku2 dan rasa senang dengan membaca sejak dari kecil..semoga berkekalan hingga usia tua..tanpa serangan MB..insya'ALLAH

    ReplyDelete
  8. as salam..moga idea2 untuk dinukilkan dalam blog, mencurah-curah.
    ameen..
    M? malas? hmm..memang tak dapat dielakkan. ia tetap ada walau sekecil virus tanpa kita sedari. bagaimana 'saiz' nya? wallahu'alam..
    dan, ia juga tidak terlepas dari catitan 2 malaikat di kiri dan kanan kita.sesungguhnya Allah mengetahui akan antara sebelum, semasa, dan selepas.aliff lammm mimmmm..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com