Statistik...(bukan Statistik Kejuruteraan ye~)

Siang tadi ana menjenguk tab Stats blog dan untuk kali pertamanya, tab itu berfungsi dengan baik setelah selama ini asyik loading tak done-done (ada ke kata ganda ni?) Alhamdulillah, memang ramai rakyat Malaysia yang rajin membaca dan buat blogwalking, untuk sebulan yang lepas sahaja ada 776 pelawat Malaysia yang berkunjung ke blog ni.


Dan kalau kira ikut week, dalam masa seminggu yang lepas ada dalam 217 orang rakyat Malaysia melawat ke blog ini. Antara post yang popular ialah post tentang e-voting, purdah dan Hilal Asyraf tu. Hurm...apa yang mereka nak perolehi dari situ, ana pun kurang pasti. Itu kan hak mereka...blog ini pun memang terbuka untuk dibaca oleh semua peringkat manusia di Bumi, adeh...


24 jam yang lalu pula, statistik pengunjung blog adalah seperti berikut.


Namun yang menarik perhatian ana adalah kunjungan daripada negara Ukraine, Russia, South Korea dan Israel...ana rasa ana tau apa yang mereka cari di sini atau pada pautan-pautan blog ana. Cuma, dalam minggu ni tak ada pula pengunjung dari US padahal jika diikutkan statistik bulanan, pengunjung dari US berjumlah kedua tinggi selepas pengunjung Malaysia.

Apa-apapun, moga blog ini ada manfaatnya, untuk semua...harapnya, tidak ada apa-apa yang perlu dipantau ya... ;)

1 comment:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com