Ticker

6/recent/ticker-posts

CINTA vs SAYANG


Selalu kita dengar atau baca, CINTA vs BENCI, tapi kali ni CINTA vs SAYANG~

Antara CINTA dan SAYANG, apa bezanya?

Soalan yang dilontarkan oleh Ustaz Izat kepada peserta Kem Motivasi Adikku Sayang di Sekolah Agama Tanjung Kupang semalam rupa-rupanya bermain-main di fikiran kami juga. Hingga menjadi isu yang dibincangkan tatkala menjamah tomyam di Restoran Saujana.

Teringat jawapan adik-adik semalam, ada yang mengatakan kedua-duanya berbeza, ada yang mengatakan sama sahaja antara keduanya.

Bila dikatakan keduanya sama, dari segi bahasa Inggeris, mungkin boleh diterima, iaitu 'Love'.

"I love you as much as you love this sakura~" Huh?

"I love you."

"I love my mom and dad."

"I love my friends."

"I love my cat."

Kerana mereka tiada perkataan yang melambangkan sayang atau cinta secara berbeza, tetapi dalam bahasa Melayu yang kita banggakan;

"Saya cintakan kamu."

"Saya cintakan ibu dan ayah saya." Eh?

"Saya cintakan sahabat-sahabat saya." Erk.

"Saya cintakan kucing saya." Errk lagi.

Tapi...kalau;

"Saya sayangkan ibu dan ayah saya."

"Saya sayangkan sahabat-sahabat saya."

"Saya sayangkan kucing saya."

Hurm...ok pulak 'didengar'.

Actually apa bezanya CINTA dan SAYANG? Kita katakan CINTA itu lebih tinggi daripada SAYANG, tetapi adakah bermaksud kita 'CINTAKAN' kekasih hati lebih tinggi daripada 'SAYANGKAN' ibu ayah? Ha...fikirkan~

Kita juga mengatakan kita CINTAKAN ALLAH...jarang-jarang orang menyebut 'SAYANGKAN ALLAH'...kerana mahu menunjukkan bahawa CINTA kita itu CINTA TERATAS dan kita kerap menyebut, CINTA dan SAYANG pada Rasulullah s.a.w. Tetapi, sejauh mana kita CINTA pada ALLAH dan Rasulullah? CINTA kita pada ALLAH dan Rasulullah mengharapkan redhaNYA, mengharapkan pahala juga syurgaNYA...tetapi sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan semua itu dengan CINTA kita pada ALLAH dan Rasulullah? Ha...lagi satu untuk difikirkan~

CINTA dan SAYANG...jadi apa bezanya antara kedua-dua perasaan ini? Aduh, serius pening fikir mana satu yang sepatutnya kita rasakan pada ALLAH, Rasulullah, ibu ayah, sahabat, kucing dan kekasih kan?

Seorang Kak Husna berkata; bila kita katakan CINTA, kita sebenarnya perlukan balasan atas CINTA itu, tetapi bila kita katakan SAYANG, kita tidak perlukan apa-apa sebagai balasan kepada rasa SAYANG kita~

Ok~ nampak bezanya di sini~ how 'bout you guys?

Tiba-tiba terserempak dengan lebah di celah-celah kuntuman sakura~ Lebah CINTA atau SAYANG pada sakura? Hurm..dua-dua tak sesuai...

Rasa nak tag seseorang...:)

Rujuk-rujuk link beliau kalau nak tahu lebih lanjut tentang CINTA~

Post a Comment

4 Comments

  1. seorang cik azumar berkata; kadang-kadang CINTA tidak perlukan balasan~

    ReplyDelete
  2. manakala seorang cik haniza berkata;

    CINTAILAH Allah dan Rasul, SAYANGILAH makhluk2Nya...
    CINTA : untuk memberi dan menerima
    SAYANG : untuk memberi, kerana mungkin akan diterima atau tidak..

    > Belajar untuk menyayangi lebih susah dari mencintai, kerana cinta takkan datang tanpa sayang.

    > Jangan berani bermain cinta andai tidak bisa sayang.
    > Jangan tersilap untuk bercinta andai sayang bukan pemula.
    > Jangan suka2 menyayangi andai bukan untuk CINTA
    Hakikatnya:
    > ∙Jangan dikejar Cinta terlarang kerana buruk padah akhirnya...
    ∙> ∙Jangan belajar bermain CINTA andai belum tiba masanya.

    >∙ NAMUN∙, CINTA pada Allah perlukan paksaan sayang. Sayangkan ibadah demi cintaNya, sayangkan akhlak Islam yang indah, sayangkan diri dari mendedah, sayangkan tumbuh-tumbuhan dari merosak, sayangkan tanah dari diperkosa, sayangkan yang Halal dari yang Haram... Itulah makna cinta dan sayang sebenar.. ~Si Penumpang Dunia~

    ReplyDelete
  3. salam..
    pada saya, kedua2nya adalah sama kehendak, berlainan masa.
    kesimpulannya, kedua2nya adalah 'masa' dari segi Islam nya
    rujuk pada header saya juga untuk penjelasan

    :)

    ReplyDelete
  4. dr cinta ni junior sekolah akak
    tp akak xkenal dia sebab akk da kuar skola.hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com