BLOG ENCIK SUAMI

Monday, January 10, 2011

Kenapa ek???

sakura yang gugur...tak kira di malam hari ke, sampai subuh ke, sampai petang ke, sampai malam balik ke...
sakura stay kat situ jek...sampai la ada yang usik sakura tu...

Kenapa ek? Kita boleh stay up sampai ke subuh sebab nak baca entri-entri blog, tapi susah bebenor nak stay up meminta-minta pada DIA...

Kenapa ek? Kita boleh jek blogwalking sebelum tido tiap malam...siap ucap gudnite lagi, tapi susah bebenor nak recite al-Mulk sebelum tido...

Kenapa ek? Kita boleh jek bila terbangun kul 3 pagi, terus ngadap blog check kot-kot ada komen kat entri, tapi susah bebenor nak bangun tahajjud...

Kenapa ek? Kita siap boleh hafal url bloggers yang kita selalu baca entry dia, tapi maksud surah al-Fatihah tak hadam pun lagi...

Kenapa ek? Kita laju jek jenguk blog dalam bloglist yang baru berapa saat update, tapi boleh pulak lambat-lambat nak solat...

Kenapa ek? Kenapa? Hurm...

Muhasabah diri balik, siapa yang bagi kita semua nikmat ni? Masa untuk blogwalking, idea untuk entri, mata untuk membaca, jari-jemari untuk menaip, dan segalanya. DIA yang bagi kat kita...sayangnya DIA kat kita kan? DIA bagi kita semua ni...tak ungkit-ungkit pun...tapi kita? Selalu jek tanya DIA, "kenapa KAU tak bagi aku yang ni?", "kenapa KAU jadikan aku macam tu?", "kenapa KAU biar aku macam ni?", banyaknya kita punya "kenapa" kat DIA. Tapi...cukup ke apa yang kita buat untuk DIA? DIA sebut dalam al-Quran, katakanlah...

Kita fikir-fikirkan sendiri ya...

Sekadar muhasabah diri, dan mengajak kamu-kamu muhasabah sama-sama~ :)




17 comments:

Cik Diana said... Reply to comment

alhamdulillah.. saling mengingati..

JIJI YU said... Reply to comment

hurm en3 yg bernas..mmg muahsabah diri jap ...makaseyh

Awangku Johan said... Reply to comment

Satu je bg awang.. jgn kita memperhambakan diri dengan benda2 maujud.. memperhambakan la diri kita pada yang maha esa.. kena pndai agih masa

Salfiza said... Reply to comment

muhasabah sesama rakan blogger dan semua org...moga2 mendapat manfaat :)

... said... Reply to comment

as salam.betul tu awang.bila setiap kali saya online je blog, rasa bisikan2 yang menghasut,macam menhghantui..harap juga tak online depan laptop sehari suntuk.maupun setengah hari suntuk.juling mata hati

0_0"

takut kalau muhasabah diri itu suma sebentar je..minta dijauhkan..ameen..

nazirulhazwan~ said... Reply to comment

sebab minat sume tu, jd, kite kene cari care utk tanamkan minat pada ibadah pulak.cmner agak2nyer tu??

Sunah Mohammad said... Reply to comment

terima kasih semua... :)

Sunah Mohammad said... Reply to comment

@nazirulhazwan~

that's it! samalah dengan macam mana kita nak saling mengingatkan melalui blog..kena kreatif, baru orang minat baca...

kalau ibadah pula?

aDisH.sHidA said... Reply to comment

thanks tolong ingatkan akak :)

Sunah Mohammad said... Reply to comment

@aDisH.sHidA

sama-sama kak..:)

suka cartoon said... Reply to comment

sama-sama kita ingat mengigati semsamer blogger...huhuu..

Abhamz said... Reply to comment

salam, tkasih di atas peringatan buat diri yg sering alpa dgn sesuatu yg belum pasti....

Fiqas said... Reply to comment

alhamdullah, ada jugak org yg nak igtkan..terima kasih kerana mengingatkan saya..:)

Ujang9897 said... Reply to comment

good entri...

Sunah Mohammad said... Reply to comment

terima kasih semua..:)

ms. ck said... Reply to comment

salam k.sun=)
kenapa ek???
kebanyakkan manusia ni cepat leka...
dan dunia ni smakin hari smakin cuba mggoda manusia dari pelbagai segi.
kadang2 kte lupa sebab asyik leka. kita lupa pada tanggungjawab sebab sronok sgt berbalas komen dlm fb.
kita lupa amanah kita sbb asyik sgt nk bca komen & post shbt2 blogger.
perasan x smkn lma kalu dibiarkan, hati kita jdi kurang seronok nk banyakkn buat amal & ibadah. kenapa ek? byk sgt dah ke titik hitan dalam hati.?
shbat2 yang selalu bagi peringatan, kamu adalah anugerah yg x ternilai, kamu adalah permata yg memantulkan sinar yg silau tapi indah.
syukran k.sun=)

Sunah Mohammad said... Reply to comment

@ms. ck

salam dear~ akak rasa cam nak nangis jek baca komen skin...:(

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (48) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.