Ticker

6/recent/ticker-posts

Sindrom Bahu Lenguh

Gambar amek kat SINI

Pernah tak kamu-kamu rasa sakit sangat kat bahu sebab duduk terlalu lama? Atau sakit tu sebab terlalu banyak menggerakkan sebelah tangan untuk bekerja dalam keadaan posisi duduk yang tak berapa nak betul?

Pernah tak rasa lenguh kat bahu tu masa tengah khusyuk menghadap laptop? Tak kira lah masa tu tengah berinternet ke, berblog ke, berfacebook ke, berprojek PSM ke, berbisnes ke, dan banyak lagi 'ber' yang lain...

Pernah tak?

Mesti pernah kan? Sebab sekarang ni saya pun tengah mengalaminya! Adoi...sakit betul urat bahu ni. Nampaknya kaedah melegakan urat leher tak mampu membantu melegakan urat bahu saya yang dah kronik sangat ni.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd cakap, "perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul." (Ha..jaga-jaga wahai cik puan semua!)

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.

"Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton." Lagi kat SINI. SINI pun ada.

Cara nak merawatnya adalah berehat. Tu paling basic. Kalau tak pun, doktor akan suruh buat senaman regangan, dan paling teruk boleh sampai kena buat pembedahan. Huhuhu...

Maka, saya pilih yang pertama la ye~ Saya nak berehat dulu. Selamat malam~

Admin: Cik Puan Nabila, esok lah saya try join contest tu ye.


Post a Comment

10 Comments

  1. Ohh yeke?
    Tak perasan kut.
    Dah ubah dah.
    Sekarang awak teman wanita saya. HAHA.

    Hehe. Uish nape blog saya nama Epal Merah Percuma lagi?

    ReplyDelete
  2. @Mr. Swift

    haha~ bila pulak jadi teman wanita ni?

    sebab epal merah masih percuma~ hahaha~

    ReplyDelete
  3. Salam Sunah..
    Baca ni, terus sy duduk tegak tegak..

    hehe..
    thanks sunah..
    for this informatian.
    its usefull!
    i loike..

    ReplyDelete
  4. Salam Sunah..
    Baca ni, terus sy duduk tegak tegak..

    hehe..
    thanks sunah..
    for this informatian.
    its usefull!
    i loike..

    ReplyDelete
  5. @|| A r a W a n i ||

    ha...lepas ni pastikan duduk dengan posisi yang betul ye..

    ReplyDelete
  6. owh...bahaya tu untk kaum wanita....hamba pon ade gak kena cmtu...sakit....rse xselesa...emmmmm

    ReplyDelete
  7. cik puan sunah,
    sy lenguh sebab selalu kena dukung anak sedara sy yg kecil tp boleh tahan berat...
    apekah cara tbaik utk mngurangkan lenguh tsebut?
    hahaha mcm tanya doktor plak :P

    ReplyDelete
  8. kalu sy saket bahu,sy tumbuk2 bahu sy..hahaha..adohh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com