Direktor: Jeneral Sunah Suka Sakura dot com
Penasihat: Mejar Ben Ashaari


BOOOOOOMMMMM!!!!

Letupan peluru dan mortar kedengaran bertalu-talu. Kota Palsedon bergegar lagi untuk ke berapa kalinya hari itu. Sejak seminggu lepas, tentera-tentera Isruli di bawah arahan Presiden Azfur membuat kacau-bilau di pinggir Kota Palsedon.

Di sebuah rumah kecil di hujung kota…

“Ibu, Luqluq harap ibu merestui Luqluq.” Luqluq menggenggam tangan ibunya. Sejuk. Dia tahu, ibunya serba-salah.

Sebulan lalu ayahnya, Abu Budika telah syahid. Tentera-tentera Isruli menyerang kerana penduduk di pinggir Kota Palsedon berdegil mahu menyerahkan tanah mereka kepada Isruli. Ayahnya antara pejuang-pejuang yang telah menyahut seruan jihad. Abu Budika syahid ketika mahu menghalang dua orang tentera Isruli membelasah seorang penduduk yang mempertahankan rumahnya daripada diruntuhkan.

“Ibu, Luqluq tahu ibu risaukan Luqluq. Ibu risau jika sesuatu berlaku kepada Luqluq. Ibu takut Luqluq akan pergi seperti ayah…”

Ummu Qaseyh menahan air mata yang hampir menitis. Mustahil anak perempuannya ini tidak tahu, sungguh benar apa yang diperkatakan olehnya.

“Benar, Luqluq. Ibu takut kehilangan Luqluq. Ibu dah kehilangan ayah kamu…”

“Ibu, sesungguhnya sekarang ini Kota Palsedon memerlukan Luqluq. Kota ini mesti dipertahankan…”

“Tetapi, bukankah mereka yang lain sudah berada di medan jihad? Dan kamu seorang perempuan, Luqluq…”

“Ibu, Allah mahu kita menggunakan segala kekuatan yang kita ada untuk menentang musuh. Benar Luqluq seorang perempuan, tetapi srikandi-srikandi silam juga telah banyak menyumbang kepada kita hari ini. Jika ditakdirkan Luqluq syahid di sana, Azidilla dan Azirulhaz masih berada di sini bersama ibu…” Luqluq nekad. Kedua-dua adik kembarnya dipandang sekilas.

Luqluq…” suara Ummu Qaseyh lemah.

“Ibu…Luqluq mahu menjadi bidadari Afnan di sana…”

Ummu Qaseyh mengangkat wajah apabila Luqluq menyebut nama menantunya. Menantunya telah bergerak lebih awal ke medan jihad, dan mereka sama-sama merelakannya. Hari ini…Luqluq akan menyusul suaminya.

***

Afnan bersembunyi di belakang tembok lama yang sudah hampir runtuh. Rakannya, Zarin sudah parah. Kaki kirinya dimakan peluru tentera Isruli. Kini perlu bergerak sendiri. Segera dia mengorak langkah, terhendap-hendap sepanjang tembok lama itu.

Di hujung jalan sana kelihatan tiga orang askar Isruli sedang menghendap juga sepertinya. Afnan mengangkat M-16, menetapkan sasarannya. Salah seorang askar Isruli itu kelihatan sedang lalai. Afnan menarik picu M-16.

***

“Argggghhhh!” Fredley menjerit kesakitan. Seorang penghendap telah menembak tepat ke dadanya. Iquebal dan Arereff terkejut. Bagaimana boleh terlepas pandang! Mereka terus melilau-lilau ke sekeliling sambil bersembunyi di belakang tong sampah besar berhampiran.

Satu lagi peluru dilepaskan, tetapi tidak mengena.

“What the fish! Siap kau!” Iquebal membalas tembakan dengan bertalu-talu. Sejurus kawasan itu menjadi hingar dengan bunyi tembakan. Arereff membuat laporan kepada ketua pasukan, Ahsey. Ahsey berang. Dikerahkan lebih ramai tentera Isruli ke kawasan tersebut.

***

Luqluq nampak kelibat Afnan dari jauh. Dia juga nampak Zarin yang terbaring lemah tidak berdaya tidak jauh dari tempat Afnan. Afnan kelihatan sedang asyik mengintai dua orang tentera Isruli di hujung jalan. Hati Luqluq kurang enak, seakan-akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku.

***

“Apa? Berani budak tu buat onar!” Presiden Azfur menghempas meja. Ahsey tersenyum sinis kerana berjaya membuatkan Presiden Azfur naik angin. Memang ini yang ditunggu-tunggu olehnya.

“Saya dah hantar lebih ramai tentera ke sana. Mungkin di sini kita akan gunakan senjata itu.” Ahsey mencucuk.

“Hurm…bagus. Teruskan.” Presiden Azfur memeluk tubuh. Bilik pejabat itu terasa hangat walaupun penghawa dingin telah dipasang.

***

Afnan melihat dua orang tentera Isruli di hadapannya sudah berhenti menembak. Tidak pasti kenapa. Namun, seperti ada sesuatu yang sedang dirancang. Dia pasti yang itu. Afnan tidak mahu membiarkan perkara yang dirancangkan terjadi, dia perlu menghentikan saat ini juga. Dia bergerak ke hadapan sedikit.

***

“Bagus, budak ni makan umpan…” Iquebal dan Arereff tersenyum sinis.

***

Luqluq tersentak. Dia nampak sesuatu. Dia tidak boleh membiarkannya. Mereka sudah mendekat, suaminya langsung tidak sedar. Luqluq meluru ke arah suaminya sambil terhendap-hendap.

***

Booommmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dalam sekelip mata, kawasan itu menjadi berbahang. Asap berkepul-kepul di udara. Afnan terkejut. Dia tidak pasti apa yang telah berlaku. Namun dia nampak sesuatu di hadapannya. Sesusuk tubuh terbaring, menggelupur. Jantung Afnan bagai disentap.

Luqluq!!!!!”

CUTTTTTT! Iklan jap...


Setakat tu je yang mampu saya buat...kena potong banyak sangat scene...kalau tak, nanti jadi filem berjam-jam... Moga ada manfaat. Terima kasih kepada pelakon-pelakon...:)


P/S: Luqluq dalam bahasa Arab bermaksud mutiara...;)

ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!