Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Sahabat


Entah kenapa hari ni ustazah macam termenung-menung di dalam pejabat. Sampai Ustaz Fakhrul tegur pun ustazah tak dengar. Last-last anak murid ustazah yang sorang tu jugaklah yang tiba-tiba masuk pejabat masa rehat yang buat ustazah terhenti dari lamunan yang panjang.

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum!

Ustazah: Eh, Nasri! Wa'alaikumussalam... Efa pun ade?

Efa: Ha'ah, Cikgu Azlini suh antar laporan makmal ni tadi.

Ustazah: Ooo... Dah makan belum ni? Meh makan sekali, tadi sempat beli roti jala kat gerai Pak Cik Mat.

Nasri: Pucuk dicita, ulam mendatang, ustazah! Ni buat kami suka datang pejabat waktu-waktu rehat ni. Hehehe...

Efa: Hamboiii, tak bertapis!

Ustazah: Takpe, ustazah pun suka makan dengan murid-murid ustazah. Meh duduk sini makan.

Efa: Orait. Ustazah, teringat kat sape tu tadiiii? Jauh je menung! Hehehe...

Ustazah: Eh, perasan pulak kamu ustazah termenung ye~

Nasri: Macam mana tak perasan, ustazah. Bila Ustaz Fakhrul panggil pun tak dengar, kami yang dengar. Haha~

Ustazah: Owhhh, ade ke Ustaz Fakhrul panggil tadi? Ustazah teringat kawan-kawan lama dulu...

Efa: Waaaa, mengimbau kenangan silam la ni ye?

Ustazah: Hehe... Rindu kat sahabat-sahabat, teman masa susah dan senang time belajar dulu. Macam-macam kenangan yang datang.

Nasri: Ooo... sahabat dalam susah senang sukar dicari kan ustazah?

Ustazah: Yup, kita boleh berkawan dengan semua orang, tapi sahabat yang sama-sama rasa kesukaran dan kepahitan kita dalam menjalani kehidupan ni, macam mencari berlian antara kaca-kaca.


Efa: Alhamdulillah saya ada beberapa orang sahabat yang macam tu...

Ustazah: Alhamdulillah... Lebih indah lagi sekiranya sahabat kita tu adalah sahabat yang mengajak kita ke arah kebaikan dan menjauhi perkara-perkara yang Allah murka.

Nasri: Macam mana nak tahu sahabat tu jenis yang macam tu, ustazah?

Ustazah: Tak semua sahabat yang dicari boleh membawa kita lebih dekat kepada Allah...


Efa: Tentu sukar nak cari sahabat yang macam tu kan, ustazah?

Ustazah: Sebenarnya di sekeliling kita sudah ramai calon yang boleh kita jadikan sahabat. Tinggal kita sahaja yang mahu mengorak langkah untuk memulakan persahabatan.


Nasri: Apa akan jadi kalau kita tersalah dalam memilih sahabat, ustazah?

Ustazah: Kalau tersilap pilih, dapat kawan yang tak baik, samalah macam kita dapat bau busuk dari tukang besi walaupun kita tak terlibat langsung dengan kerja-kerja mengimpal besi tu...


Efa: Huhuhu... Takmo la macam tu. Nak dapat minyak wangi jeee...

Ustazah: Sebenarnya yang ni pun berbalik kepada diri kita sendiri, kalau kita nak dapat kawan yang baik, kita pun kena lah jadi kawan yang baik kepada orang lain..


Ustazah: Kat sini, kita leh nampak, kita dianjurkan untuk bersahabat dengan semua orang... Jadi kawan yang baik kepada kawan kita. Mana yang baik dari kawan kita, kita amek...

Nasri: Mana yang tak baik, kita jangan amik, kan ustazah?

Efa: Aha... Bila diorang buat salah, kita patut tegur kan ustazah? Bukan buat dek je kan?

Ustazah: Yup... Jangan nanti kat akhirat, Allah tanya kamu... Kenapa biarkan kawan kamu macam ni dan macam tu tanpa sedikit usaha pun untuk membetulkan dia!


Nasri: Kita kena usaha juga menegur walaupun nanti tak pasti dia akan terima teguran kita... Kita da laksanakan tanggungjawab kita, tinggal dia je lagi betulkan diri dia, kan?

Ustazah: Alhamdulillah... Pandai murid-murid ustazah ni. Lepas ni jadilah kawan yang baik kepada kawan-kawan kamu.

Efa: Insya'Allah, ustazah...

Nasri: Insya'Allah... Eh, ustazah! Da habis waktu rehat dah ni... Kami gerak balik kelas dulu ye...

Ustazah: Ok, ok... Terima kasih temankan ustazah makan...

Efa: No problem, ustazah! Nanti nak cari kawan untuk makan, panggil je kami! Hehehe... Terima kasih ye ustazah! Assalamualaikum...

Ustazah: Wa'alaikumussalam...

Nasri dan Efa beredar ke kelas masing-masing.


Dalam persahabatan, kita akan berjumpa dengan ramai orang. Ada yang membahagiakan, ada yang mampu menjahanamkan. Pilihlah sahabat yang boleh mengingatkan kita kepada Pencipta, yang akan menyelamatkan kita daripada azab nerakaNya. Sahabat, maafkan diri ini kerana kadang-kadang diri terlupa sehingga ada perkara yang terlepas pandang dari teguran...

Post a Comment

26 Comments

  1. terbaik ustazah

    ingt sal kawen tadi ngeh2

    ReplyDelete
  2. terbaik !!!
    banyak teladan leh amik..
    kena pandai pilih kawankan sunah ??

    ReplyDelete
  3. betul tu Ustazah

    kita nak yang baik2 daripada orang lain,
    kita perlu lah berbaik2 pada orang lain.. :)

    seterusnya berserahlah pasa Allah.. insyaALlah.. syurga menanti.. :)

    ReplyDelete
  4. saya suka sangat sangat sangat.. nak pick up a few sentences nak letak lam entry.. hehehehe.. suka la kak sunah!!

    ReplyDelete
  5. setuju ustazah.. :) kamu juga kawan yang baik. :) seyes.. :)

    ReplyDelete
  6. ehehe..susah nak cari sahabat sejati..dalam sejuta tu ade la sepuluh..

    ReplyDelete
  7. bukan senang nak jumpa sahabat sejati..

    http://eerashera.blogspot.com/2011/06/kau-kawan-ke-lawan.html

    ada jugak entry psl shbt..

    ReplyDelete
  8. Sahabat ketawa, saya gembira,
    Sahabat sayu, saya syahdu,
    Sahabat layu, saya pilu,
    Sahabat cemerlang, saya gemilang.

    Ya Allah,
    Kawan saya, sahabat saya,
    Rahmati kami meniti usia,
    Terpisah kami di alam nyata,
    Temukan semula di taman syurga.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    IsyaAllah efa akan jadi kwn yg baik kpd kwn2 efa..
    mekasih ustazah..:)

    ReplyDelete
  9. kak zu setuju ustazah, pengalaman lalu byk mengajar erti kehidupan dlm persahabatan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. tenang je bila ke sini :)

    ReplyDelete
  11. betul tu ustazah...

    sangat takut kalau kita dapat kawan yang suka tikam kita di belakang..

    sayang sahabat2..^^,

    ReplyDelete
  12. kwn utk brgmbira mmg sng dcari..tp kwn utk brsame kongsi duka bukn main ssah dcari..tp insyaAllah..dlm satu pokok x smestinya semua buah itu busuk...pasti ade yg elok...

    ReplyDelete
  13. sedang mencuba mnjadi shhbat sejati~ (^^!

    ReplyDelete
  14. terbaik ustazah, sy suka ni ustazah :D

    ReplyDelete
  15. saya maafkan kak sunah, hehe XD

    ReplyDelete
  16. terbaik!!
    suka baca hadis2 yg sunah berikan tu..

    ReplyDelete
  17. tiba2 teringat lagu teman sejati

    salam kenal dari sendai...

    ReplyDelete
  18. Sahabat. Perlu sling memasihati . Manusia mudah alpa dan lalai dgn kesyikkan dunia. Moga kta sma2 peroleh sahabat sejati satu hari nnt. Ameen^^

    ReplyDelete
  19. yang penting pandai mencari kwan u mnuju ke arah kebaikan..kalo kwn kita tsesat jalan pujok la dia spy kembali ke jln y btoi :) kalo x apa gunanya kwn:D

    ReplyDelete
  20. sahabat yang baik membawa ke syurga.....pilihlah teman yang betul...

    ReplyDelete
  21. kak sunah, macam mana nak tegur kawan?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com