fire by ~Keil0r on deviantART

Otak kotor.

Dah tak suci macam bayi, asyik-asyik nak buat maksiat. Nak brainwash pun tak guna, melainkan terhantuk kepala kat batu, kemudian hilang ingatan secara kekal. Jadi lah orang baru yang bersih dari segalanya, tapi dosa lalu tetap akan ada imbalannya di akhirat. Bagi yang tak hilang ingatan, tentu ada yang mahu bertaubat. Mahu mengubah diri supaya menjadi lebih baik. Mahu menjauh dari dosa-dosa yang lama, tidak mahu mengulanginya lagi.

Namun, dalam kita berusaha untuk berubah dan membuang perkara-perkara yang tidak kita sukai (baca: tidak Allah sukai), mesti akan ada saatnya syaitan berbisik untuk kita buat perkara-perkara yang tak elok. Dalam kita sedang berusaha untuk berbuat baik, ada pula yang berbisik menyuruh berhenti dan kembali kepada zaman yang mengasyikkan. Semakin kita berusaha mendekat kepadaNya, semakin hebat syaitan membisikkan godaan. Kerana syaitan memang tidak akan berhenti menghasut manusia hingga ke hari kiamat! [38:80-83]

Cuba nyalakan sebatang lilin...

Bila saja terdetik hendak berbuat dosa atau maksiat, letakkan jari-jemari kamu pada lilin yang menyala, bukan pada nyalaan kuning, tetapi pada nyalaan biru! Panas, kan? Jika teringat dan terfikir lagi, buat lagi sekali! Panas??? Ya, memang panas! Tapi itu hanya api lilin, sayang...bukan api neraka yang lebih panas dari tu! Api neraka itu lebih membakar, yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu... [66:6]

Memang sukar untuk menjaga hati dari sifat mazmumah, tapi Allah sentiasa ada untuk membantu... Dan Dia turunkan bantuanNya melalui setiap perkara di sekeliling kita... Berusahalah!

P/S: Rajin-rajinkan diri buka tafsir al-Quran dan belek surah dalam kurungan...