Ticker

6/recent/ticker-posts

Darussyifa' dan Perubatan Islam...


Perkembangan ilmu pengetahuan akan terus maju menurut perkembangan daya fikir manusia. Di Malaysia, amalan merawat pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang digunakan oleh para anbiya' adalah merupakan satu bidang yang masih agak baru. Usaha untuk mengatur segala bentuk rawatan pesakit melalui cara ini dalam satu kaedah yang jelas, teratur dan dapat dimanfaatkan boleh dikatakan amat berkurangan biar pun memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai para pengamal perubatan Melayu tradisional yang menyumbangkan tenaga mereka dengan menggunakan kaedah ini.

Perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya Darussyifa' hanya menggunakan dengan cara yang teratur dan tersusun ayat-ayat al-Quran, amalan sunnah Rasulullah dan kaedah-kaedah lain yang selaras dengan syarak dalam tujuan mencari ikhtiar untuk merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau spiritual.

Rawatan yang diamalkan oleh Darussyifa' ini tidak boleh dimasukkan dalam kategori perubatan Melayu tradisional kerana rangkaian al-Quran yang dibaca itu jelas ayat-ayatnya, hadis-hadis dan sunnah Rasulullah itu nyata sumbernya manakala doa-doa yang dipohon juga jelas maksud dan susunan katanya. Memang terdapat beberapa rangkaian kata Melayu yang digunakan dalam kaedah ini, tetapi penggunaan rangkaian kata yang dapat difahami maknanya serta tidak mengandungi ungkapan kata yang menyalahi hukum yang diharamkan Allah di samping tidak mengandungi kata-kata yang membawa syirik. Semua yang diamalkan ini adalan tidak bersalahan dengan ajaran Islam. Selebihnya di SINI.

*****

Kaedah rawatan perubatan Islam semakin lama semakin berkembang kat Malaysia ni, tak kiralah namanya Darussyifa' ke, al-Hidayah ke, dan banyak lagi. Rawatan Islam yang melibatkan psikologi, kaunseling dan sosiologi merupakan antara usaha penyembuhan penyakit, yang mana tak ramai antara kita tahu bahawa penyakit yang menyerang kita ni pun salah satu dari gangguan makhluk halus. Ade banyak ayat dalam al-Quran mengaitkan tentang makhluk halus dan penyakit, yang ni boleh rujuk slide NI (saya rekemenkan anda download dan baca, ada contoh kes dalam ni).

Jangan ingat kat zaman moden ni da takde da pembomohan, makin moden ni makin banyak pulak benda-benda macam ni...sebab manusia ni kan makhluk Allah yang susah nak puas... Jadi, kalau rasa macam diri kamu berubah dari segi fizikal atau emosi, cepat-cepatlah gi 'scan'... Kat Darussyifa' takde bayaran dikenakan untuk rawatan. Semuanya untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Sahabat saya pernah gitau, kalau macam nak tak nak je pergi 'scan' tu, haa...tu lagi bahaya, memang ada la tuuu...ops~ Mintak dijauhkan...

Post a Comment

17 Comments

  1. lebih suke gunakan rawatan islam berbanding bomoh yg kononnya guna mantera n ayat yg entah apa2.. takut guna makhluk pendamping lak..

    ReplyDelete
  2. Kebanyakkan perubatan islam tidak mengenakan bayaran khusus, kalau ada yg kenakan bayaran yg tak masuk akal dan ngaku perubatan islam tu try risik2 tengok kot2 ada yg tak kena....

    ReplyDelete
  3. ade y suruh ai g mandi uma die..sbb nk bersihkan bende tu

    tataula betul ke tk ade tak dlm bdn ai ni

    takut lak

    jom cte sal kawen lagi

    ReplyDelete
  4. ahaha..aku nak scan le..kot2 ade pelangi dalam hati

    ReplyDelete
  5. betol!~ saya suke dgn perubatan islam ni~ contoh cam ustaz syarhan yg selalu kuo tb tu, ada buat sesi scan2 ni kan jom heboh kat sabah hari tu~ alhamdulillah, sume nye setel, berkat ayat suci Al-Quran =)

    ReplyDelete
  6. yup...setuju....

    macam kat ikim tu, PUSRATU, Tabib Nor, darussyifa'. al-hidayah....

    dalam berusaha, kena jumpa yg betul, jgn tersalah pilih..bomoh2 ni...haii tak yahlaa

    ReplyDelete
  7. erm.. betul tu.. mereka hanya menggunakan ayat2 suci al-Quran..

    kalau nk berubat kna perhatikan bebetul..kekadang ada diantara mereka2 yg dianggap 'alim' ni menggunakan kaedah rawatan yg dikatakan Islam sedangkan ianya bercanggah dgn perubatan Islam.. cth menggunkan khadam.. biasanya mereka kna pakai baju yg tertentu baru blh berubat, katanya nk jmpa jin Islam... akak tgk kt Al Hidayah mengenai perubatan ni, seronok tgk.. bnyak bnda yg tatau... xsemestinya org yg memakai serban, berjubah putih itu menggunakan perubatan secara Islam.

    ReplyDelete
  8. akak pnah gunakan rawatan ni.. pergi scan kt Machang, dia yg selalu masuk lam rancangan Al-Hidayah tpi akak lupa plak apa namanya

    ReplyDelete
  9. as salam..
    alhamdulillah..
    betul..pengubatan yang mana tak dapat diselesaikan oleh teknologi dan kepakarna manusia, insya'Allah mujarab.berserah kepada-Nya setelah berusaha..

    =)

    ReplyDelete
  10. betol2, rawatan islam banyak kelebihannya

    ReplyDelete
  11. eh yg ni 'ustaz amirul' pnye tmpt tu ke hehe

    ReplyDelete
  12. pernah pergi bawak anak berubat kat darussyifa ni...

    ReplyDelete
  13. bukan baca surah jin je dah cukup ke???hehehe...saya yakin...saya tak perlu di scan...hehehe

    ReplyDelete
  14. rawatan perubatan Islam semakin menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  15. kak sunah nak pergi ke??

    macam bagus jek :)

    mungkin lagi mujarab sebab guna ayat-ayat quran.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com