Ticker

6/recent/ticker-posts

Paaak.....


In our dreams by *wchild on deviantART

Saya melangkah ke dapur dan menghampiri sinki. Tak perasan apa-apa yang pelik. Tiba-tiba kaki macam tersepak sesuatu. Menunduk ke bawah, ternampak dua lembaga kecil. Mengamok lembaga-lembaga tu. Kaki diserang. Digigit sampai berdarah. Cuba mengalihkan kaki. Diserang juga. Entah kenapa saya tak lari saja dari situ, saya tak tahu. Saya duduk mencangkung dan menangkap salah seekor dari lembaga itu. Kemudian, seekor lagi. Lembaga tersebut meronta-ronta dalam genggaman, terlepas bila ia cuba menggigit tangan pula. Yang seekor lagi pun cuba menggigit tangan yang menggenggamnya. Saya tangkap semula lembaga yang terlepas tadi bila ia mahu meneruskan operasi menggigit kaki yang dah luka berdarah. Saya rapatkan kedua-duanya sambil memegang erat bahagian kepala, bimbang kalau-kalau ia cuba menggigit tangan lagi.

"Pak... Pak..." Saya panggil bapak. Tak bersahut, sedangkan bapak ada di ruang tamu tadi.

"Pak..." Saya kuatkan lagi suara... Bapak masih tidak muncul.

"Paaak......" Saya rasa mahu menangis. Kenapa bapak tak datang-datang. Saya sudah tidak mampu untuk menahan usaha lembaga-lembaga itu. Tak mampu! Penat memegang mereka begitu, akhirnya saya lepaskan sambil menjerit...

Terjaga dari tidur. Dada panas seperti selalu bila terbangun dari mimpi 'menakutkan'.

***


aq mimpi di gigit tikus,,,
artinya apa y,,,???
onrassu, on March 19, 2010 at 4:49 am said:

akan menghadapi orang yang akhlaknya kurang baik, waspada dan banyak berdo’a, semoga tidak trjadi. segala apapun yang trjadi pasti ada hikmahnya.

***

Bermimpi bermain-main dengan tikus. Artinya, akan dipermainkan oleh orang yang memusuhi kita.
Bermimpi membunuh tikus. Artinya, akan bisa mengalahkan lawan.
Bermimpi melihat tikus berjalan menuju jalan. Artinya, akan mendapatkan pertolongan dari orang budiman.
Bermimpi melihat tikus berlari. Artinya, akan menerima kabar yang menyenangkan.

***
Mimpi itu mainan tidur... Wallahu'alam...

Post a Comment

29 Comments

  1. peliknya mimpi tu

    mimpi yu ke

    nk jmpe lg

    ReplyDelete
  2. betul tu..mimpi mainan tidur...tafsiran mimpi tu boleh percaye ke?

    ReplyDelete
  3. ni sah tidur tak basuh kaki dulu ni...

    ReplyDelete
  4. tido basuh kaki tak ? huhu . thengss kongsi info (:

    ReplyDelete
  5. slm ahad!itu mainan tidur.banyakkan zikir supaya jiwa rasa tenang.jgn terlalu percayakan tafsir mimpi kerana hanya Allah yg tahu di sebalik setiap kejadian.....

    ReplyDelete
  6. Qila selalu mimpi tengok tikus lari2 sebab dalam dunia nyata pun qila selalu tengok tikus lari..diorg tu suka lari cari makan dekat sebelah rumah qila. mugkin tu yg terbawak2 dlm mimpi...

    ReplyDelete
  7. memang mimpi mainan tidur tapi kadangkala ada benarnya kan?

    ReplyDelete
  8. semua berkait dengan tikus...kalau mimpi kene makan dengan tikus..hehe

    ReplyDelete
  9. kira selalu lupa mimpi ape.. hihihi :p

    ReplyDelete
  10. sunah..
    baca doa tak sebelum tidur?..
    basuh kaki?
    amik wuduk?

    ReplyDelete
  11. mimpi itu mainan tidur, mimpi juga satu petunjuk :)

    ReplyDelete
  12. kalau mimpi jumpa ular pulak, ada orang kata: ada yang cuba hantar sihir pada kita. betul ke?

    ReplyDelete
  13. mimpi tikus.. kalau mickey mouse?.. tapi kalau mimpi anjing,kucing,ular or kala jengking hitam.. itu jin.. menurut org berpengalaman la.. :)

    http://aimankesah.blogspot.com/2011/07/kursus-gangguan-makhluk-halus.html

    ReplyDelete
  14. semua itu mainan tido..yg penting be positif

    ReplyDelete
  15. penah tak mimpi di patuk ular??? hehe berdebar2 dalam hati

    ReplyDelete
  16. lembaga tu tikus ke?
    moga tak ada apa2 ye :)

    ReplyDelete
  17. mimpi memang mainan tidur. memang ada tafsiran mimpi. kadang-kadang mimpi tu terbawa-bawa sampi ke jaga...=)

    ReplyDelete
  18. mainan dan juga signal...
    kalau kerap mimpi haiwan berbisa.. atau baby banyakkan amal surah al-baqaroh :)

    Take care dik

    ReplyDelete
  19. basu kaki, baca doa sbelom tido.. insyaAllah mimpi baik2 jer.. :D

    ReplyDelete
  20. apa pn mendoakan terbaik wat bos. n keselamatan boss. ;)

    ReplyDelete
  21. aiyakkkk~
    akak..apakah?
    moga baik2 aje ye..
    insyaAllah =)

    ReplyDelete
  22. tak mimpi tikus..
    tapi ada orang cakap... idung sy kena gigit kat tikus,.
    sebab tu takde idung kat doodle tu.. hahaha

    ReplyDelete
  23. eh 1st time dengar psl mimpi mcm ni sunah..

    ReplyDelete
  24. kalau mintak ular patuk cmne ye adikecik....hehee..

    ReplyDelete
  25. mimpi tu cuma mainan tidur, tapi adakalanya mimpi itu sebagai satu petanda.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com