Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Berubah Kerana Manusia!


change the world. by *this-is-the-life2905 on deviantART

Tapi berubahlah kerana Allah dan Rasul!

Semua orang yang punya hati untuk berubah pasti terdetik perasaan itu kerana sesuatu yang berlaku dalam hidupnya. Perubahan kerana sesuatu yang berbeza-beza bagi setiap orang di akhirnya kelak hasilnya juga berbeza-beza.

Berubah apabila ditimpa kesakitan yang hampir meragut nyawa pergi, berubah kerana melihat sahabat yang kini sudah jauh berjaya, berubah tatkala yang tersayang mengatakan dia tidak suka itu dan ini, berubah kerana macam-macam lagi.

Yup, bila kita lihat sekali lalu, perubahan-perubahan itu lebih bersifat dunia. Kerana perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, kita perlu berubah. Tapi atas dasar apakah kita berubah di dunia?

Kata Ustaz Pahrol Juoi, kejarlah dunia untuk akhirat! Ya, tidak salah kalau dalam proses perubahan, kita sibuk mencari keduniaan, tetapi letaklah matlamat akhir perubahan kita itu di akhirat. Bukan cukup setakat kejayaan di dunia, tetapi juga kejayaan di akhirat kelak, itu yang paling utama.

Jangan berubah kerana manusia, kerana ia tak akan kekal... Tetapi berubahlah kerana Allah, kamu pasti tak akan jemu dengan cintaNya. Insya'Allah...

Post a Comment

17 Comments

  1. kepada Allah kita akan kembali. tq atas peringatan :)

    ReplyDelete
  2. weeee!
    betolll
    berubah kerana Allah lebih mencapai kebahagiaan hakiki =)

    ReplyDelete
  3. berubah kerana Allah..tetapi tengok manusia tu sebagai role model untuk berubah..boleh kan macam tu kak sunah??

    ReplyDelete
  4. buat aper2 pun, tujuan sebenar adalah kerana Allah... :D

    ReplyDelete
  5. niat kene kuat,.niat kerana Allah,pasti juga perubahan yg dilakukan semata2 kerana Allah,.

    ReplyDelete
  6. betul, berubah kerana Allah.

    insyaAllah akan istiqamah :)

    ReplyDelete
  7. thnkx atas perkongsian ini sis..incya-Allah..

    ReplyDelete
  8. manusia hnya perantara ... tapi hakikatnya perlu berubah hanya kerana Allah ~

    ReplyDelete
  9. SANGAT SETUJU.

    BERUBAH DEMI ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  10. terima kasih sunnah.
    sama2 kita ingat mengingati ya

    ReplyDelete
  11. kejar dunia nanti kite akan sentiase rase tak cukup..

    ReplyDelete
  12. ermmmmm

    kalau berubah kerana manusia tapi demi Allah okey kot

    kire manusia adlh agent perubahan

    ReplyDelete
  13. terkesan di hati..
    yg penting nawaitu...

    selalu muhasabah diri..
    thanx kak sunah :)

    luv u!!

    ReplyDelete
  14. mula2 mungkin kita berubah krn manusia..
    misalnya makwe yg pakai tudung sbb pkwe suruh...
    n then lama2 insyaallah akan dtg niat bertudung tue kerana Allah...

    ReplyDelete
  15. dan berubah kerana diri sendiri :3

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com